Wednesday, 8 June 2016
Filled Under:
resepi masakan
RESIPI BISKUT SHORTBREAD COKLAT BERSAMA CERI MERAH
Posted By:
Unknown
on 13:04
Bahan-Bahan:-
(**)2 cawan tepung serba guna
(**)1/2 sudu kecil garam
(**)2 cawan unsalted butter, suhu bilik
(**)1/2 cawan gula aising
(**)1 cawan cip coklat putih, dicairkan (untuk hiasan)
(**)1/2 cawan cip coklat putih/cip coklat biasa
(**)1/2 sudu makan estrak vanila
(**)1 cawan ceri merah, (potong dadu)
Cara Penyediaan:-
(**)Adunkan butter bersama setengah cawan gula.
(**)Campurkan tepung bersama dengan garam.
(**)Gaulkan sehingga sebati antara adunan kering dan adunan basah yang telah disediakan awal tadi.
(**)Sementara itu, campurkan ceri yang telah didadu kering bersama coklat putih dan estrak vanila.
(**)Apabila kesemua bahan-bahan tadi telah digabungkan menjadi doh bulat bulat atau (ikut bentuk biskut pilihan anda), tutup ia dengan plastik jernih dan letakan ia di dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dibakar.
(**)Setelah satu jam berlalu, keluarkan kembali biskut anda yang telah siap dibentuk itu tadi, letakkannya diatas dulang pembakar. Pastikan ada jarak 1 inci diantara biskut kerana ia akan mengembang.
(**)Bakar selama 10 hingga 15 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan dahulu (325F/170C) sehingga bertukar warna keemasan dibahagian atas biskut berkenaan.
(**)Kemudian, biarkan ia sejuk untuk beberapa ketika sebelum dicelupkan kedalam coklat putih yang telah dicairkan. Setelah salutan coklat kering, letakkan di dalam bekas kedap udara. Siap untuk dinikmati!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment