Monday 13 June 2016

Filled Under:

Ayam Kampung Mentega Berkrim


BAHAN-BAHAN:

(**)5 ketul ayam kampung

(**)3 sudu besar mentega

(**)½ labu bawang Holland

(**)5 tangkai cili padi -cincang

(**)8 ulas bawang putih - dikisar

(**)5 helai daun kari

(**)175ml susu sejat

(**)Garam dan lada hitam secukup rasa

(**)Sedikit minyak



CARA MENYEDIAKAN:

(**)1. Lumur sedikit garam dan lada hitam pada ayam. Panaskan sedikit minyak masak dan sedikit mentega di dalam kuali leper, masukkan ayam. Masak ayam seketika sehingga masak. Ketepikan.

(**)2. Masukkan sedikit minyak dan 3 sudu besar mentega di dalam kuali. Selepas mentega cair, tumiskan bawang putih yang dikisar, bawang Holland, daun kari dan cili padi sehingga naik bau.

(**)3. Selepas itu, masukkan susu sejat dan biarkan mereneh. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.

(**)4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacaukan sehingga kuah sebati dengan ayam. Angkat dan hidangkan.




0 comments:

Post a Comment