Friday, 10 June 2016

Filled Under:

Resepi Kek Coklat Kukus


Bahan-Bahan :

Bahan A

(**)1 cawan serbuk koko | diayak
(**)1 cawan gula pasir
(**)1 cawan susu cair
(**)1 cawan minyak masak
(**)1/2 cawan susu pekat
(**)Bahan B (Diayak Bersama)

(**)1 1/2 cawan tepung gandum
(**)1 sudu teh soda bikarbonat
(**)1 sudu teh serbuk penaik
(**)Bahan C

(**)1 sudu teh esen vanilla
(**)3 biji telur (suhu bilik)
(**)Pembalut aluminium
(**)Sedikit mentega


Cara Membuat :

(**)1. Masukkan bahan A ke dalam periuk dan masak hingga sebati menggunakan api kecil. Padamkan api dan sejukkan.

(**)2. Di dalam mangkuk berlainan, pecahkan telur dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A yang telah disejukkan tadi bersama esen vanilla. Kacau hingga sebati.

(**)3. Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati.

(**)4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega. Hentakkan loyang perlahan-lahan agar adunan menjadi mampat.

(**)5. Tutup permukaan loyang dengan menggunakan pembalut aluminium. Ia bertujuan untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam adunan.

(**)6. Panaskan kukusan dan kukus kek selama selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana.

(**)7. Angkat dan biarkan kek sejuk seketika. Sedia untuk dihidangkan.




0 comments:

Post a Comment