Wednesday 22 June 2016

Filled Under:

Cara Buat Cucur Badak


Bahan-Bahan:

Bahan Inti –

(**)½ biji kelapa parut
(**)100 gram udang kering (rendam dan kisar)
(**)1 ulas bawang putih
(**)3 biji bawang merah
(**)7 tangkai lada merah
(**)1 cm halia
(**)1 batang serai
(**)1 sudu teh serbuk kunyit
(**)2 sudu makan gula
(**)½ sudu teh garam
(**)2 sudu makan minyak masak

Bahan Doh –

(**)250 gram keledek (rebus dan lenyek)
(**)3 ½ sudu makan tepung gandum
(**)½ sudu teh garam
(**)½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara Memasak:

Inti –

(**)1. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.

(**)2. Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Kuih/Cucur –

(**)1. Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.

(**)2. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.

(**)3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.

(**)4. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.




0 comments:

Post a Comment