Thursday, 9 June 2016

Filled Under:

Resepi Bar Peanut Butter & Jelly


Bahan:

(**)1 tiub (16 – 1/2 auns) doh biskut mentega kacang, disejukkan
(**)1/2 cawan cip mentega kacang
(**)1 tin (16 auns) buttercream (frosting)
(**)1/4 cawan mentega kacang berkrim
(**)1/4 cawan jam raspberi tanpa biji atau jam anggur

Cara:

(**)Biarkan doh berada dalam suhu bilik selama 5-10 minit untuk menjadi lembut setelah keluar dari peti sejuk.
(**)Uli dan leperkan doh di atas dulang pembakar sebesar 13 inci x 9 inci. Taburkan cip mentega kacang pada permukaan doh yang telah siap dileperkan.
(**)Bakar pada 375° selama 15-18 minit sehingga kerak pastri menjadi kuning dan garing. Sejukkan di atas redai kek.
(**)Dalam mangkuk kecil, pukul frosting dan mentega kacang sehingga ringan. Sapu di atas doh yang telah siap dibakar tadi.
(**)Gunakan sudu untuk titiskan jam pada permukaan frosting. Gunakan penghujung pisau tajam untuk mengukir bentuk alur jam seperti dalam gambar.
(**)Potong kepada beberapa bahagian bar sebelum dihidang.




0 comments:

Post a Comment