Thursday 16 June 2016

Filled Under:

Bihun Goreng Sarawak Bersama Pucuk Manis


(**)Bahan:

(**)1 paket mihun: direndam

(**)1 mangkuk Daun pucuk manis- daunnya sahaja, sudah dihancurkan.

(**)1 mangkuk kecil udang- dibuang kulit

(**)1 mangkuk kecik isi ayam yg sudah dihiris kecil

(**)1 mangkuk kecil sotong- di potong ikut suka

(**)5 ulas Bawang putih- dicincang halus

(**)1 ulas bawang putih- dicincang halus

(**)Sebiji cili merah- dibuang isi dan bijinya, dipotong memanjang

(**)2 sudu makan kicap cair (light soy sauce)

(**)1 sudu makan sos ikan (nampla)

(**)Secubit gula,

(**)Sedikit lada sulah

(**)Garam sucukup rasa (tidak perlu banyak sbb kicap sudah masin)

(**)2 biji telur ayam

(**)Minyak untuk menumis

(**)Cara:

(**)Tumiskan bawang putih dan bawang merah di dlm minyak yang panas.

(**)Bila sudah agak kekuningan, masukkan ayam

(**)Bila ayam hampir masak, masukkan udang dan seterusnya sotong.

(**)Ketepikan bahan yang ditumis, masukkan telur. Gaul rata.

(**)Masuk sedikit air berserta kedua2 kicap.

(**)Tambah sayur serta hirisan cili,  kemudian mihun

(**)Gaul rata, tambah air jika perlu. Tabur sedikit lada sulah, secubit gula & garam.

(**)Goreng sehingga masak

(**)Cara untuk menyediakan daun pucuk manis:

(**)Cuci daun sehingga bersih.

(**)Leraikan daun dari batangnya

(**)Toskan.

(**)Ambil segenggam daun dan pulaskan daun beberapa kali sehingga daun  hancur sedikit.

(**)Ulangi sehingga kesemua daun sudah agak hancur.




0 comments:

Post a Comment