Thursday, 9 June 2016

Filled Under:

Resepi Pancake Red Velvet Bersama Sirap Kelapa dan Beri Biru


Bahan-Bahan:

(**)2 cawan tepung serbaguna
(**)3 cawan susu buttermilk
(**)2 biji telur
(**)1/2 camca teh garam
(**)1 camca teh soda bikarbonat
(**)2 camca teh serbuk penaik
(**)2 sudu makan serbuk koko
(**)2 sudu makan gula aising
(**)pewarna makanan merah

Sirap Kelapa:

(**)1 cawan gula aising
(**)1 sudu makan krim kelapa
(**)2-3 sudu makan santan atau susu biasa
(**)2 cawan beri biru sebagai hiasan

Arahan:

(**)Campurkan tepung, susu, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan telur. Tambah serbuk koko dan gula aising. Gaulkan.
(**)Campurkan kesemua bahan untuk adunan sirap bersama dan gaulkan sehingga sebati. Pastikan adunan sirap kelapa tidak berketul.
(**)Hidangkan pancake yang dicurah dengan kuah sirap kelapa bersama butiran buah beri biru segar.




0 comments:

Post a Comment