Friday, 10 June 2016
Filled Under:
resepi masakan
Resepi Chicken Cheese Ball
Posted By:
Unknown
on 15:54
Bahan-Bahan:
(**)500g Ayam/Daging Kisar
(**)200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan)
(**)300g Breadscrumb (Serbuk Roti)
(**)400g Tepung Ubi
(**)3 Biji Kentang
(**)1 Biji Telur (Putih Sahaja)
(**)Sedikit garam
(**)Sedikit serbuk lada hitam
Cara Membuat:
(**)1. Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur.
(**)2. Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama Ayam/Daging kisar.
(**)3. Campurkan tepung ubi secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.
(**)4. Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong.
(**)5. Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese (Lagi banyak cheese lagi sedap). Tutup dan bentukkan kembali kepada bulat.
(**)6. Pecahkan telur (Putih Sahaja) dan pukul sehingga kembang. Sediakan sepinggan breadscrumb (Serbuk Roti).
(**)7. Celup bebola tadi didalam telur. Golek-golekkan sehingga sekata.
(**)8. Golek-golekkan bebola atas breadscrumb pula. Golek sehingga serbuk roti tu kena pada semua tempat.
(**)9. Goreng homemade Chicken Cheezy Balls anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus hitam.
(**)10. Siap untuk Dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau xde tepung ubi.. boleh guna tepung beras x????
ReplyDelete