Thursday 16 June 2016

Filled Under:

Roti Lapis


Bahan Inti

(**)2 cawan daging/ayam kisar
(**)2 labu bawang besar-dadu
(**)4 biji tomato-dadu
(**)1 cawan cendawan hitam-dadu
(**)2 cubit lada hitam
(**)Garam dan gula
(**)½ cawan sos cili
(**)Mentega

Bahan Lain

(**)Roti keping
(**)Susu segar/susu cair
(**)4 biji telur
(**)4 sudu besar mentega


Cara Penyediaan

(**)1. Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang hingga layu.
(**)2. Kemudian masukkan daging ataupun ayak kisar, bersama bahan inti yang lain. Tumis sehingga kering. Ketepikan.
(**)3. Ambil bekas, satukan susu segar ataupun susu cair, dan pukulkan telur serta mentega. Kalau susu segar tu belikan satu kotak besar. Kalau susu cair  dua tin.
(**)4. Susun roti selapis ataupun dua lapis  tapi rapat dalam loyang. Tuangkan sebahagian adunan susu. Biarkan ia menyerap. Tuangkan semua inti di tengahnya.
(**)5. Lapiskan lagi dengan roti menutupi inti. Tuangkan lebihan bancuhan susu. Tak apa kalau semuanya tenggelam. Itu sebabnya loyang anda gunakan mesti tinggi.
(**)6. Bakar pada suhu 190 selsius selama sejam. Setelah setengah jam, perhatikan agar lapisan atas tidak hangus, dan kalau mula hangus gunakan api bawah sahaja setelah setengah jam dibakar.
(**)7. Kalau anda guna loyang kecil, susu segar tidak perlu guna yang kotak besar. Cukup yang sedang dan kalau anda guna susu cair cukup satu tin. Telur tak apa kalau digunakan lebih pun sebab ia mengikat adunan menjadi lebih padu.





0 comments:

Post a Comment