Wednesday, 15 June 2016

Filled Under:

Nasi Minyak & Rendang Ayam


Bahan-Bahan nasi:-

(***)3 cawan beras

(***)3 cawan air

(***)4 sudu besar minyak zaitun

(***)1/2 sudu teh garam



Rempah ratus untuk ditumis:-

(***)2 batang kayu manis

(***)3 kuntum bunga lawang

(***)5 kuntum cengkih

(***)3 biji pelaga

(***)1 inci halia

(***)4 ulas bawang merah (dihiris)

(***)2 ulas bawang putih (dihiris)



Bahan-bahan rendang:-

(***)1 ekor ayam

(***)1 kotak kecik santan

(***)2 batang serai  (dikisar)

(***)3 biji bawang besar (dikisar)

(***)3 ulas bawang putih  (dikisar)

(***)1 inci halia  (dikisar)

(***)1 inci lengkuas  (dikisar)

(***)1/2 inci kunyit hidup  (dikisar)

(***)2 senduk cili  (dikisar)

(***)2 keping asam keping (ikut rasa)

(***)Garam

(***)Gula



Cara-cara memasak nasi:-

(***)1. Basuh dan toskan beras

(***)2. Panaskan minyak zaitun ke dalam periuk nasi

(***)3. Masukan bahan-bahan tumis dan tumis sampai naik bau.

(***)4. Masukan air yang telah disukat, garam dan beras ke dalam periuk nasi. Biarkan nasi masak.



Cara-cara memasak rendang:-

(***)1. Masukan bahan-bahan yang telah dikisar dan masak sehingga mendidih.

(***)2. Masukan ayam dan gaul rata.

(***)3. Akhir sekali tabur garam, gula dan asam keping secukup rasa.

(***) Okay, selamat mencuba.





0 comments:

Post a Comment