Tuesday 14 June 2016

Filled Under:

Kerabu Pucuk Paku, Taugeh Kerang


Bahan-bahan sambalnya

(**)1/2 biji kelapa-jadikan keresek.

(**)4 ulas bawang merah

(**)1 sudu lada hitam

(**)4 ekor ikan sardin/selayang dibakar

*Tumbuk lumat semua bahan

Bahan perasanya

(**)Gunakan santan pekat (dalam 1/2 biji kelapa-nak 1 bijipun lagi sedap dan lebih banyak kuah)

(**)Gunakan kerang rebus- bersihkan kerang, masukkan dalam periuk, jangan letak air..tutup periuk dan rebus.

(**)Kerang akan masak dengan airnya sendiri. Dah sejuk boleh kupaskan isinya.

(**)Ini sayur yang saya guna, pucuk paku direbus layu, taugeh rebus sekejap je dan bawang besar dimayang.

(**)Masa siang pucuk paku jangan gunakan pisau nanti terpotng sekali bahagian yang dah keras.

(**)Siang guna tangan dan patah-patahkan saja sebab kita nak buat kerabu, perlukan bahagian yang lembut sahaja.

(**)Masukkan semua bahan dalam satu bekas, masukkan gula, garam dan perah asam limau nipis.

(**)Gaul sebati. Siap. Selamat Mencuba....




0 comments:

Post a Comment