Wednesday 22 June 2016

Filled Under:

Resepi Kuih Keria Kentang


Bahan-Bahan:

(**)300 g kentang – direbus hingga lembut
(**)1 cawan tepong gandum
(**)1 sudu besar planta/margerine
(**)1 sudu besar gula
(**)1 sudu teh baking powder (Tak letak pun boleh)
(**)sedikit pewarna kuning

Bahan Sira –

(**)3 sudu besar gula pasir
(**)2 sudu besar air

Cara Membuat:

(**)1. Lenyek halus kentang semasa masih panas. Masukkan sekali margerine, gula dan pewarna. Biar hingga kentang sejuk.

(**)2. Masukkan tepung dke dalam adunan kentang. Uli hingga tak melekat ditangan.

(**)3. Jika masih lembik (ikut jenis kentang) tambah sikit lagi tepung.

(**)4. Bentukkan adunan seperti donat. Goreng hingga garing keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.

Cara buat sira –

(**)1. Gula dan air dimasak hingga berbuih dan pekat.

(**)2. Masukkan kuih keria tadi, gaul rata. Tutup api dan terus gaul hingga gula mengering. Hidangkan.




0 comments:

Post a Comment