Wednesday 22 June 2016

Filled Under:

Resepi Kuih Cara Berlauk


Bahan-Bahan:

(**)300 gm tepung gandum
(**)1 biji telur ayam
(**)200 ml santan
(**)250 ml air
(**)Garam secukup rasa
(**)10 gm marjerin
(**)Sedikit pewarna kuning

Bahan Inti –

(**)30 gm daging kisar
(**)2 ulas bawang merah | dipotong dadu
(**)3 ulas bawang putih | dipotong
(**)1 cm halia | dikisar
(**)1/2 sudu teh lada sulah
(**)2 batang daun sup dan daun
(**)bawang | dihiris
(**)2 sudu makan minyak sapi untuk menumis

Cara Memasak:

(**)1. Untuk membuat inti, panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan lada sulah sehingga berbau wangi.

(**)2. Masukkan daging kisar dan gaul rata.

(**)3. Masukkan sedikit garam, daun sup dan daun bawang. Angkat dan sejukkan apabila sudah masak.

(**)4. Untuk membuat adunan kuih cara, masukkan tepung dalam bekas bancuhan. Pukul telur dan masukkan dalam tepung gandum.

(**)5. Selepas itu masukkan sedikit mentega dan air. Gaul rata supaya sebati.

(**)6. Kemudian masukkan santan kelapa, sedikit garam dan kunyit serbuk supaya warnanya kuning.

(**)7. Panaskan acuan dengan minyak, masukkan bancuhan kuih cara dalam acuan.

(**)8. Letakkan inti yang telah disejukkan tadi di tengahnya. Masak sehingga warnanya kekuningan. Sedia dihidang.




0 comments:

Post a Comment