Tuesday 14 June 2016

Filled Under:

Resepi Kuah Kacang


Bahan-bahan:

(**)600 gm kacang tanah - disangai

(**)5 biji bawang besar - mayang

(**)½ cawan cili kering - 1/2 mangkuk cili kisar

(**)1 cawan gula Melaka

(**)1 sudu besar gula pasir

(**)1 cawan minyak mazola

(**)2-3 cawan air

(**)1/2 sudu besar garam halus atau secukup rasa


Cara Penyediaan:

(**)Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar.

(**)Guna air hanya secukupnya untuk gerakkan blender sahaja. Jangan terlalu banyak sangat air.

(**)Panaskan 1 cawan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Kalau rasa kurang, boleh tambah sedikit lagi minyak semasa menumis.

(**)Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan naik minyak.

(**)Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend dan 2 - 21/2 cawan air. Bila sudah menggelegak, masukkan gula Melaka, gula dan garam.

(**)Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.





0 comments:

Post a Comment