Thursday, 9 June 2016
Filled Under:
resepi masakan
Resepi Biskut Berkacang Rapuh
Posted By:
Unknown
on 15:23
Bahan:
(**)1 camca teh marjerin untuk tujuan mengris kertas pembalut aluminium
(**)2 cawan Quaker Instant/Quick Cooking Oats
(**)1 1/4 cawan tepung gandum penuh
(**)1/2 camca teh serbuk penaik
(**)1 cawan marjerin disejukkan dan dipotong kepada beberapa bahagian
(**)1 cawan gula aising
(**)2/3 cawan gula perang yang tidak berbuku
(**)1 1/2 sudu besar air
(**)1 camca teh esen vanila
(**)1 cawan kacang pilihan anda yang telah siap dipanggang kering, ditabur sedikit garam dan dihiris kasar
(**)1/2 cawan coklat separa manis
Cara:
(**)Panaskan oven 180°C
(**)Alaskan dulang oembakar dengan kertas aluminium (aluminum foil) da griskan kertas aluminium tersebut dengan marjerin.
(**)Dalam mangkuk, gabungkan oats, tepung dan serbuk penaik sehingga sebati.
(**)Campurkan pula marjerin dan pukul campuran dengan kadar putaran serdehana menggunakan mesin pemutar sehingga campuran kelihatan rapuh.
(**)Setelah itu, campurkan pula gula aising, gula perang, air dan esen vanila. Gaul sebati sehingga ia membentuk doh.
(**)Bahagikan doh kepada dua bahagian
(**)Ratakan satu bahagian doh menggunakan tangan yang disapu dengan sedkit tepung sehingga membentuk satu segi empat tepat.
(**)Ulang langkah yang sama untuk doh satu lagi.
(**)Bakar biskut itu selama 20 – 25 minit atau sehingga ia bertukar menjadi keemasan. Jangan lupa untuk terbalikkan doh yang sedang dibakar ke bahagian yang sebelah lagi selepas 12 minit pertama ia dibakar.
(**)Taburkan kepingan coklat di atas biskut yang masih panas. Biarkan coklat mencair dan melitupi keseluruhan bahagian atas biskut.
(**)Alihkan biskut dari dulang pembakar, patahkan ia ke beberapa kepingan sebelum dihidang dan dinikmati bersama!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment