Tuesday, 14 June 2016
Filled Under:
resepi masakan
Roti Gulung Goreng
Posted By:
Unknown
on 12:58
Bahan-bahan:
(**)1 buku roti potong
(**)150 gm daging kisar
(**)Halia sebesar ibu jari - ditumbuk
(**)Bawang besar - dipotong persegi halus
(**)3 ulas bawang putih - ditumbuk
(**)Lada sulah sedikit
(**)1 biji telur untuk melekatkan roti
(**)Garam secukup rasa
(**)Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan:
(**)Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga garing. Masukkan daging dan bawang besar, garam, lada sulah.
(**)Gaulkan dan biarkan hingga kuning dan masak.
(**)Roti dipotong dua setiap keping dan dibuang tepinya. Sapukan telur di tepinya, masukkan inti dan gulungkannya. Buat hingga habis.
(**)Panaskan minyak kemudian goreng roti ini hingga masak kemudian boleh dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment