Bahan-bahannya:
(**)4-5 keping ikan jenahak
(**)1 botol kecil jeruk asam
(**)4 sudu makan pes sambal
(**)1 batang serai – dititik
(**)1 biji tomato-potong baji
(**)1 helai daun kunyit saiz kecil – disiat dan disimpul
(**)300ml santan pekat
(**)1 ½ cawan air
(**)Garam, gula, dan serbuk perasa
Cara penyediaan
(**)1. Didalam periuk campurkan pes sambal pedas, serai, daun kunyit, santan, air dan asam keping. Biarkan mendidih. Kemudian ikan dan jeruk asam. Masak sehingga mendidih dan ikan masak dengan sempurna. Padamkan api dan masukkan tomato.
(**)2. Akhir sekali perisakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Padamkan api dan sajikan.
0 comments:
Post a Comment