Monday, 13 June 2016
Filled Under:
resepi masakan
Puding Buah-Buahan Kastard
Posted By:
Unknown
on 13:41
Bahan untuk Puding:
(**)1 cawan tepung kastard
(**)4 cawan air
(**)1/2 cawan gula pasir
Bahan Untuk Kuah:
(**)1 tin susu cair
(**)1 tin besar koktel buah-buahan campuran
(**)1 1/2 tin air masak
(**)4 sudu besar gula pasir
(**)1 sudu teh esen vanila
Cara-cara membuat pudingnya:
(**)Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
(**)Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
(**)Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu
(**)Biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.
Cara-cara membuat kuahnya:
(**)Campurkan semua bahan kedalam periuk.
(**)Kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).
(**)Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
(**)Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment