Tuesday, 14 June 2016

Filled Under:

Ayam Panggang Sumbat


BAHAN-BAHAN:

(**)1 ekor ayam – dibersihkan dan di tos

(**)2 batang lobak merah – dipotong kecil

(**)5 biji kentang (saiz kecil) – dipotong kecil

(**)100 gram brokoli yang telah dipotong


Bahan perapan

(**)5 sudu besar serbuk cili

(**)1 sudu besar lada hitam

(**)1 sudu besar serbuk bawang putih

(**)1 sudu besar madu

(**)Sedikit garam



CARA MENYEDIAKAN:

(**)1. Satukan bahan perapan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 1 hingga 3 jam.

(**)2. Rebus separuh masak kentang dan lobak merah. Kemudian gaul kentang dan lobak merah tadi bersama brokoli dengan lebihan perap ayam.

(**)3. Sumbatkan kentang, lobak merah dan brokoli ke dalam ayam dan letak selebihnya ke dalam dulang pembakar bersama ayam.

(**)4. Kemudian bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 1 jam atau hingga ayam masak.




0 comments:

Post a Comment