Friday, 10 June 2016

Filled Under:

Resepi Sup Ayam Kukus


Bahan-Bahan:

(**)1 ekor ayam sederhana besar – anggaran 1 kg
(**)Garam secukup rasa
(**)Secubit gula
(**)1 camca teh madu
(**)1 pokok kecik daun ketumbar – hiris

Bahan Kisar –

(**)2 batang serai – hiris
(**)3 ulas bawang putih
(**)1 inci halia
(**)1 1/2 inci lengkuas
(**)1/2 inci kunyit hidup
(**)1/2 camca besar lada hitam biji
(**)1 camca besar ketumbar
(**)1/2 camca teh jintan kasar
(**)1/2 camca teh jintan halus

Hiasan –

(**)Hirisan daun sup
(**)Bawang goreng

Cara Memasak:

(**)1. Ayam dibersihkan dan kerat 2, cucuk dengan garfu. Letak dalam satu bekas.

(**)2. Masukkan bahan kisar halus, madu, garam secukup rasa dan hirisan daun ketumbar, gaul rata pada semua bahagian ayam. Perap dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau semalaman.

(**)3. Panaskan pengukus, letak jaring atas mangkuk tahan panas. Letak ayam tadi atas jaringan. Sapu baki-baki bahan perap atas ayam. Kukus selama 35 minit. Periksa ayam, jika isi kelihatan putih, tanda ayam sudah masak.

(**)4. Keluarkan ayam dan potong kepada saiz yang anda suka. Letak dalam bekas. Stok ayam yang terhasil tadi, ditapis dan tuang atas ayam tadi. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Hidangkan.





0 comments:

Post a Comment