Friday, 10 June 2016

Filled Under:

Resepi Murtabak Daging


Bahan-Bahan:

(**)2 cawan daging cincang (ayam/daging)
(**)1 cawan kentang – dipotong dadu
(**)2 biji bawang kuning(holland) – dipotong dadu
(**)1 biji bawang – dihiris
(**)1 sudu kecil serbuk lada hitam
(**)1 paket kecil serbuk kari daging Babas
(**)Beberapa keping kulit popia (saiz besar)
(**)3 biji telur
(**)2-3 sudu besar tomato sos
(**)1 biji lada merah – dicincang halus
(**)1 biji lada hijau – dicincang halus
(**)1 1/2 cawan air
(**)2 sudu kecil perasa maggie ‘cukup rasa’
(**)Minyak untuk menumis

Cara Membuat:

(**)1. Tumiskan bawang holland hingga layu, setelah itu masukkan daging, kentang dan lada. Tumis bahan hingga garing.

(**)2. Setelah garing masukkan Serbuk kari, perasa maggie, garam secukupnya dan serbuk lada hitam.

(**)3. Biarkan sehingga pekat dan daging masak. Angkat dan biarkan sejuk sebelum membungkus.

(**)4. Ambil 1 biji telur dan ambil putihnya sahaja untuk dijadikan gam.

(**)5. Ambil 2 biji telur dan telur kuning yang dari lebihan tadi dan dipukul, setelah itu campurkan kedalam bekas yg mengandungi kari ayam tadi.

(**)6. Ambil kulit popia, letakkan inti keatasnya dan dilipat persegi.

(**)7. Bakar diatas kuali ‘non stick’ dengan menggunakan sedikit minyak, bakar lah sehingga kedua dua belah masak dan garing.




0 comments:

Post a Comment