Wednesday 15 June 2016

Filled Under:

Donat Sos Santan Karamel


Bahan-Bahan:

(**)1 cawan susu segar + 1 sudu besar jus lemon
(**)1 biji telur
(**)2 sudu teh ragi kering segera + 1/4 cawan air suam
(**)1/2 cawan gula
(**)3 1/2 cawan tepung gandum
(**)1/4 cawan mentega
(**)500ml minyak sayuran untuk menggoreng
(**)1 sudu teh serbuk kayu manis + 1/2 cawan gula kastor
(**)Garam secukup rasa

Penyediaan:

Donat

(**)1- Tuang jus lemon ke dalam mangkuk. Tuang susu di atasnya. Biar 10 minit.
(**)2- Tuang ragi kering ke dalam air suam, tunggu beberapa minit.
(**)3- Kacau tepung, gula, garam. Sediakan ruang kosong di tengah adunan.
(**)4- Masukkan telur, campuran ragi.
(**)5- Adunkan sedikit demi sedikit susu bersama jus lemon sehingga doh terbentuk.
(**)6- Uli sehingga separa sebati. Masukkan mentega, adun hingga sebati.
(**)7- Buat adunan berbentuk bebola besar. Masukkan ke dalam mangkuk, tututp guna kain lembab, biar ia naik selama satu jam.
(**)8- Selepas sejam, uli dan leperkan doh. Guna pemotong donal untuk hasilkan kepingan donat.
(**)9- Panaskan minyak. Goreng hingga warna perang.
(**)10- Tos, salut dengan gula kastor dan serbuk kayu manis.
(**)11- Hidang bersama sos karamel santan.

Sos

(**)1- Cairkan mentega bersama gula perang di dalam periuk leper.
(**)2- Masukkan santan, kacau sehingga pekat dan sebati.





0 comments:

Post a Comment