Tuesday 14 June 2016

Filled Under:

Ketupat Daun Palas


Bahan:

(**)Daun Palas

(**)1 kg pulut - untuk 20 ketupat

(**)RM2 santan

(**)sehelai daun pandan

(**)garam dan air secukupnya


Caranya:

(**)Pulut perlu dibersih dan ditoskan, kemudian masukkan pulut ke dalam periuk dan tuangkan santan,  garam dan daun pandan.

(**)Kacau sebentar untuk memastikan semua bahan bergaul rata. Santan perlu sama dengan paras pulut, jika kurang masukkan air.

(**)Biar hingga pulut masak atas api sederhana.

(**)Setelah pulut itu mengering dan sebati, bolehlah dipadamkan api dapur dan biarkan sejuk.

(**)Sementara pulut sejuk, sediakan daun palas.

(**)Buka daun palas dengan betul untuk memisahkannnya, kemudian gunting sedikit di bahagian hujung daun palas itu supaya ianya nampak rata dan boleh mula membungkus pulut.

(**)Pastikan bahagian hukung ketupat disimpul untuk pastikan ia tidak tercabut.

(**)Selepas itu, susun ketupat palas ke dalam periuk kukus untuk pastikan pulut benar-benar masak.




0 comments:

Post a Comment