Wednesday 22 June 2016

Pavlova Pisang Bersama Pisang Goreng


Bahan-Bahan:

Pavlova

(**)3 putih telur
(**)1 cawan gula
(**)1 sudu teh cuka
(**)1 sudu teh tepung jagung
(**)2 titis esen pisang

Pisang Goreng

(**)2 biji pisang separuh masak
(**)2 sudu besar tepung gandum
(**)1/2 sudu teh tepung jagung
(**)1/2 sudu teh serbuk penaik
(**)1 sudu besar minyak sayuran
(**)Serbuk roti Perancis
(**)1 sudu besar air
(**)1/2 cawan susu skim

(**)2 sudu besar susu pekat

Hiasan

(**)Krim putar
(**)Strawberi, beri biru, raspberi

Penyediaan:

(**)1- Panaskan ketuhar ke suhu 160 darjah celcius
(**)2- Pukul putih telur hingga menghasilkan ‘soft peak’. Tambah setengah cawan gula beransur-ansur.
(**)3- Setelah meringue kelihatan berkilat, masukkan cuka, tepung jagung, esen pisang dan pukul.
(**)4- Gaul baki gula perlahan-lahan ke dalam meringue.
(**)5- Bentukkan meringue seperti dikehendaki di atas kertas minyak. Bakar 1 jam.
(**)6- Padam ketuhar, biar pavlova sejuk hingga ke dalamnya.

(**)Sambil menunggu, campur semua bahan untuk pisang goreng (kecuali pisang) sehingga adunan tepung terbentuk. Celup pisang dalam tepung, goreng dalam minyak sehingga warna keemasan.

(**)Hidang pisang goreng bersama pavlova, krim putar dan buah beri segar. Titis sedikit susu pekat dan hidang.


Resepi Kuih Keria Kentang


Bahan-Bahan:

(**)300 g kentang – direbus hingga lembut
(**)1 cawan tepong gandum
(**)1 sudu besar planta/margerine
(**)1 sudu besar gula
(**)1 sudu teh baking powder (Tak letak pun boleh)
(**)sedikit pewarna kuning

Bahan Sira –

(**)3 sudu besar gula pasir
(**)2 sudu besar air

Cara Membuat:

(**)1. Lenyek halus kentang semasa masih panas. Masukkan sekali margerine, gula dan pewarna. Biar hingga kentang sejuk.

(**)2. Masukkan tepung dke dalam adunan kentang. Uli hingga tak melekat ditangan.

(**)3. Jika masih lembik (ikut jenis kentang) tambah sikit lagi tepung.

(**)4. Bentukkan adunan seperti donat. Goreng hingga garing keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.

Cara buat sira –

(**)1. Gula dan air dimasak hingga berbuih dan pekat.

(**)2. Masukkan kuih keria tadi, gaul rata. Tutup api dan terus gaul hingga gula mengering. Hidangkan.


Cara Buat Cucur Badak


Bahan-Bahan:

Bahan Inti –

(**)½ biji kelapa parut
(**)100 gram udang kering (rendam dan kisar)
(**)1 ulas bawang putih
(**)3 biji bawang merah
(**)7 tangkai lada merah
(**)1 cm halia
(**)1 batang serai
(**)1 sudu teh serbuk kunyit
(**)2 sudu makan gula
(**)½ sudu teh garam
(**)2 sudu makan minyak masak

Bahan Doh –

(**)250 gram keledek (rebus dan lenyek)
(**)3 ½ sudu makan tepung gandum
(**)½ sudu teh garam
(**)½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara Memasak:

Inti –

(**)1. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.

(**)2. Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Kuih/Cucur –

(**)1. Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.

(**)2. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.

(**)3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.

(**)4. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.


Resepi Kuih Cara Berlauk


Bahan-Bahan:

(**)300 gm tepung gandum
(**)1 biji telur ayam
(**)200 ml santan
(**)250 ml air
(**)Garam secukup rasa
(**)10 gm marjerin
(**)Sedikit pewarna kuning

Bahan Inti –

(**)30 gm daging kisar
(**)2 ulas bawang merah | dipotong dadu
(**)3 ulas bawang putih | dipotong
(**)1 cm halia | dikisar
(**)1/2 sudu teh lada sulah
(**)2 batang daun sup dan daun
(**)bawang | dihiris
(**)2 sudu makan minyak sapi untuk menumis

Cara Memasak:

(**)1. Untuk membuat inti, panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan lada sulah sehingga berbau wangi.

(**)2. Masukkan daging kisar dan gaul rata.

(**)3. Masukkan sedikit garam, daun sup dan daun bawang. Angkat dan sejukkan apabila sudah masak.

(**)4. Untuk membuat adunan kuih cara, masukkan tepung dalam bekas bancuhan. Pukul telur dan masukkan dalam tepung gandum.

(**)5. Selepas itu masukkan sedikit mentega dan air. Gaul rata supaya sebati.

(**)6. Kemudian masukkan santan kelapa, sedikit garam dan kunyit serbuk supaya warnanya kuning.

(**)7. Panaskan acuan dengan minyak, masukkan bancuhan kuih cara dalam acuan.

(**)8. Letakkan inti yang telah disejukkan tadi di tengahnya. Masak sehingga warnanya kekuningan. Sedia dihidang.


Resepi Kuih Tepung Talam Ubi Kayu


Bahan-Bahan:

Lapisan Bawah –

(**)700 gm ubi kayu (parut, timbang dan sejatkan air selama 15 minit )
(**)100 ml santan pekat
(**)300 ml air
(**)250 gm gula castor
(**)sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas –

(**)100 gm tepung beras
(**)50 gm tepung ubi
(**)50 gm tepung gandum
(**)2 sudu teh garam
(**)300 ml santan pekat
(**)800 ml air

Cara Membuat:

Lapisan Bawah –

(**)1. Satukan kesemua bahan-bahan kedalam kuali dan kacau rata.

(**)2. Masak semua bahan-bahan sehinga pekat.

(**)3. Sediakan loyang dan lapiskan loyang dengan plastik untuk memudahkan adunan dikeluarkan dari loyang.

(**)4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

Lapisan Atas –

(**)5. Bancuh semua bahan-bahan dan sebatikan ia.

(**)6. Tapis ke dalam kuali dan masak sehingga naik wap.

(**)7. Kemudian,tuang ke atas lapisan bawah tadi yang telah dikukus.

(**)8. Kukuskan lagi selama 30 minit.

(**)9. Siap untuk dipotonh dan dihidang.


Resepi Kuih Talam Suji


Bahan-Bahan:

Lapisan Bawah –

(**)180 gm tepung suji
(**)250 ml (1/4 liter) santan pekat
(**)200 gm gula
(**)Secubit garam
(**)Sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas  –

(**)250 ml (1/4 liter) santan
(**)2 sudu makan tepung kastard
(**)150 gm tepung gandum
(**)3 sudu makan gula
(**)240 gm gula merah

Cara Membuat:

(**)1. Masukkan kesemua lapisan bawah ke dalam periuk dan kacau atas  api perlahan hingga menjadi pekat.

(**)2. Tuangkan ke dalam bekas acuan/loyang dan kukus selama 20 minit.

(**)3. Campurkan kesemua lapisan atas dan masak atas api kecil hingga menjadi pekat.

(**)4. Kemudian tuangkan adunan tadi di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.

(**)5. Ratakan dan kukus selagi lagi selama 20 minit.

(**)6. Apabila masak, sejukkan dan potong.


Resepi Ayam Masak Butter Milk


Bahan-Bahan:

(**)Isi ayam – 1/2 kilo – dipotong kecil
(**)Telur 2 biji
(**)Tepung Gandum (2 cawan)
(**)2 sudu kecil Blackpepper
(**)Garam secukup rasa

Sos Buttermilk –

(**)3 sudu besar butter
(**)Bawang Putih (3 ulas)
(**)Bawah Besar (ikut suka)
(**)Daun Kari (ikut suka)
(**)Cili padi hijau (1)
(**)1 Tin Susu Cair
(**)Gula Secukup rasa
(**)Garam Secukup rasa

Cara Memasak:

(**)1. Celup isi ayam di dalam telur, kemudian celup di dalam tepung (tepung gandum + blackpepper + garam ) dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

(**)2. Masukkan butter dalam kuali lain. Tumiskan bawang putih dan bawang besar, cili dan daun kari hingga naik bau.

(**)3. Kemudian masukkan susu cair. Masak sekejap, perasakan dengan sedikit garam dan gula.

(**)4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul dan biarkan kuah agak pekat atau ikut selera anda. Hidangkan.



Resepi Ayam Percik ala Kelantan


Bahan-Bahan:

(**)1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian

Bahan Perap –

(**)3 ulas bawang putih
(**)5 ulas bawang merah
(**)1 inci halia
(**)garam secukup rasa

Bahan Kuah –

(**)10 ulas bawang merah
(**)3 – 6 tangkai cili kering
(**)2 pek santan pekat
(**)1 batang serai
(**)1 inci halia
(**)garam secukupnya
(**)gula secukupnya
(**)1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam



Cara Memasak:

(**)1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit. Selepas itu bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.

(**)2. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi. Kemudian masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. Bolehlah diangkat.

(**)3. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.

(**)4. Akhir sekali, bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.


Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka


Bahan-Bahan:

(**)4 keping ikan tenggiri
(**)3 inci halia, hiris halus
(**)3 ulas bawang putih, hiris halus
(**)2-3 biji cili merah hiris
(**)5 biji bawang merah, hiris
(**)4 – 5 camca besar cuka makan
(**)1 cawan air,untuk kuah
(**)1 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
(**)Gula dan garam secukup rasa
(**)Hirisan daun bawang, untuk hiasan
(**)Bawang goreng, untuk hiasan

Cara Memasak:

(**)1. Ikan tenggiri dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan susun dalam bekas sesuai. Ketepikan.

(**)2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan juga cili hingga layu, masukkan air secukupnya. Biar mendidih.

(**)3. Tambah cuka, garam dan gula secukup rasa. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Masak sekejap.

(**)4. Bila sudah masak, tuang atas ikan tadi. Hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan.


Resepi Tauhu Sumbat Sambal Kacang


Bahan-Bahan:

(**)4 keping tahu – dipotong 2 bentuk tiga segi dan goreng
(**)8 tangkai lada kering yang dah direbus
(**)4 tangkai cili padi – potong 2
(**)1 biji bawang putih
(**)2 biji bawang merah
(**)Sedikit belacan
(**)Kacang tanah goreng secukupnya
(**)Sos cili secukupnya
(**)Garam dan gula secukupnya
(**)Air masak secukupnya
(**)Timun secukupnya – dihiris memanjang
(**)Taugeh secukupnya
(**)Sedikit lobak merah – dihiris memanjang

Cara Membuat:

(**)1. Tauhu yang dah digoreng, belah tengahnya.

(**)2. Lobak dan taugeh dicelur dalam air panas sekejap. Toskan, kemudian sumbat dalam tauhu tadi, ketepikan.

(**)3. Lada kering, cili padi, bawang putih, bawang merah dan belacan di goreng dalam minyak panas sebentar.

(**)4. Angkat dan toskan, kemudian masuk dalam blender bersama air masak secukupnya. Mesin hingga halus.

(**)5. Masukkan kacang tanah goreng, mesin sekejap jangan terlalu halus, keluarkan dan masuk dalam bekas.

(**)6. Campurkan dengan sos cili, gula dan garam, gaul hingga sebati. Rasakan masam, masin dan manis. Lebih sedap jika terasa manisnya.

(**)7. Bila nak makan, jiruskan sambal kacang atas tauhu sumbat tadi.


Tuesday 21 June 2016

Pecal Mbah Wedok


Bahan Kuah Pecel:

(**)1 kg kacang tanah – digoreng dan ditumbuk halus
(**)300 gm cili kering
(**)2 inci belacan
(**)10 biji isi kencur @ cekur
(**)10 ulas bawang putih
(**)5 labu bawang merah
(**)1 sudu asam jawa
(**)Gula dan garam
(**)1/2 cawan minyak masak

Cara :
(**)Goreng cili kering, belacan, bawang putih dan bawang merah. Tumbuk halus bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Gaulkan dengan kacang tanah bersama asam jawa, gula dan garam serta isi kencur @ cekur yang telah ditumbuk halus. Bancuh dengan menggunakan air panas untuk dihidangkan.

Sayur-sayuran:

(**)200 gm kacang panjang – direbus dan dipotong 2 inci panjang
(**)3 keping tauhu – digoreng dan dipotong dadu
(**)200gm taugeh – dicelur
(**)1 biji timun – disagat
(**)1/3 biji sengkuang – disagat
(**)1 ikat pucuk ubi – dicelur


Salad Pudina Cili Hijau


BAHAN KISAR:

(**)1 cawan daun pudina

(**)6 tangkai cili hijau

(**)Garam dan gula

(**)Sedikit air masak

BAHAN SALAD:

(**)1 biji timun-buang biji

(**)3 biji tomato-buang biji

(**)2 potong nanas

(**)1 labu bawang besar-potong dadu

(**)Sedikit daun pudina

(**)1 biji lada benggala merah-potong dadu

(**)2 sudu besar minyak jagung atau minyak zaitun


CARA MENYEDIAKAN:

(**)1. Satukan semua bahan dengan bahan kisar dan gaul sebati.

(**)2. Semua dimakan dengan semua jenis nasi di atas.



Pepes Ikan


Bahan Kisar

(**)2 cawan kelapa parut
(**)4 cm kunyit hidup
(**)8 ulas bawang merah
(**)20 tangkai cili padi
(**)2 cawan air
(**)Gula dan garam

BAHAN B

(**)Ikan –ikut pilihan
(**)Daun pisang

Cara Penyediaan

(**)1. Tuangkan bahan kisar dalam kuali. Rendang sehingga kering.
(**)2. Setelah masak, letak di atas ikan dan bungkus dengan daun pisang.
(**)3. Bakar di atas kuali atau pun ketuhar. Boleh juga menggunakan dapur kayu ataupun arang.


Patin Tumis Sambal Dara


Bahan-bahan

(**)Ikan patin-goreng garing
(**)Asam gelugur
(**)Daun limau purut/salam
(**)Gula dan garam

Bahan Tumbuk

(**)11 tangkai cili padi
(**)Cili merah
(**)Bawang putih
(**)Halia
(**)Lengkuas
(**)Bawang merah
(**)2 biji tomato

Cara Penyediaan

(**)1. Panaskan minyak dalam kuali, kalau boleh lebihkan sedikit minyaknya.
(**)2. Tumis bahan tumbuk dan masukkan asam gelugur, daun salam atau limau purut, gula dan garam.
(**)3. Biarkan pecah minyak dan masak, dan kemudian masukkan ikan dan gaul sebati.



Kentang Goreng Berlada


Bahan-bahan:

(**)10 biji ubi kentang

(**)Segenggam ikan bilis

(**)10 tangkai cili merah

(**)5 tangkai cili hijau

(**)2 tangkai cili padi

(**)2 biji bawang besar

(**)Garam

(**)Gula

(**)Minyak untuk menggoreng & menumis


Cara membuatnya:

(**)Kisar kesemua cili dan bawang tadi.

(**)Kemudian goreng kentang yang telah dipotong wedges dan goreng ikan bilis hingga garing.

(**)Tumiskan cili dan bawang yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan masukkan garam dan gula sebagai perasa..

(**)Pastikan cili dan bawang tadi betul-betul dah masak. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.

(**)Kacau dan biarkan 2-3 minit atas api. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Lemak Pucuk Setangkis


Bahan-bahan

(**)Pucuk setangkis
(**)Tempe
(**)Sedikit ikan bilis-tumbuk
(**)1 labu bawang besar-tumbuk
(**)Garam
(**)Santan

Cara Penyediaan

(**)1. Satukan semua bahan kecuali setangkis. Biarkan kuah mendidih sambil ia dikacau agar tidak pecah minyak.
(**)2. Setelah itu masukkan pucuk setangkis dan kacau lagi sehingga pucuk ini masak.


Pindang Serani


Bahan Tumis

(**)Beberapa hiris kunyit hidup
(**)1 labu bawang besar
(**)5 ulas bawang putih

Bahan Lain

(**)Ikan
(**)4 biji tomato-dadu
(**)7 biji belimbing buluh
(**)3 tangkai cili hijau
(**)Beberapa hiris halia
(**)Beberapa hiris lengkuas
(**)Daun kemangi ataupun selasih
(**)Garam dan gula
(**)2 batang serai-ketuk
(**)3 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:

(**)1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
(**)2. Tuangkan air, dan masukkan semua bahan kecuali daun kemangi dan ikan. Biarkan kuah mendidih.
(**)3. Setelah mendidih masukkan ikan dan biarkan ikan masak.
(**)4. Akhir sekali masukkan daun kemangi.


Puding Cincau


BAHAN

(**)2 cawan cincau-cincang kasar
(**)1 ½  sudu besar agar-agar serbuk
(**)1 tin susu cair
(**)1 cawan santan
(**)1 tin susu pekat
(**)1 cawan air

CARA MENYEDIAKAN

(**)1. Cincau yang dicincang diletakkan dalam loyang.

(**)2. Masukkan bahan cecair dan serbuk agar-agar  dalam periuk dan didihkan. Sekadar ia mendidih sudah cukup. Kemudian tuangkan di dalam loyang berisi cincau.

(**)3. Biarkan ia mengeras.


Bebola Isi Ayam & Tauhu


BAHAN KISAR

(**)200 gm isi ayam
(**)2 biji tauhu
(**)1 sudu kecil lada hitam
(**)Garam

BAHAN A

(**)1 biji telur
(**)1 sudu besar tepung jagung

BAHAN B

(**)Minyak
(**)1 labu bawang besar-cincang
(**)3 biji tomato-kisar
(**)1 cawan sos cili
(**)Gula dan garam
(**)½ biji timun-dadu buang biji
(**)2 cawan air

CARA MENYEDIAKAN

(**)1. Satukan semua bahan kisar dengan bahan A, gaul sebati. Ketepikan.

(**)2. Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bawang cincang sehingga layu.

(**)3. Masukkan sos dan tomato kisar, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.

(**)4. Bulatkan bahan doh dan masukkan dalam sos. Biarkan sehingga masak dan kuahnya agak kering. Akhir sekali masukkan timun.


Salad Rampai


BAHAN SALAD

(**)Tauge-celur
(**)Tempe-goreng
(**)Tauhu-goreng
(**)Kentang-rebus

BAHAN KUAH

(**)1 cawan kacang tanah tumbuk
(**)4 ulas bawang merah-tumbuk
(**)½ cawan cili kering kisar
(**)1 batang serai-ketuk
(**)Gula dan garam
(**)½ cawan air asam jawa
(**)2 cawan air
(**)Minyak

CARA MENYEDIAKAN

(**)1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga garing. Masukkan cili kering kisar dan tumis sampai pecah minyak.

(**)2. Masukkan semua bahan kuah lain dan biarkan ia mendidih sehingga kuah pekat.


Monday 20 June 2016

Muffin Nuttela


Bahan-Bahan:

(**)1 cawan Nutella

(**)10 sudu besar tepung gandum atau tepung naik sendiri - diayak

(**)2 biji telur


Cara Penyediaan:

(**)Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

(**)Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar, kacau sebati.

(**)Sudukan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin.

(**)Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit.

(**)Boleh juga dipastikan masak apabila dicucuk bilah lidi di tengah muffin dan lidi kekal bersih apabila ditarik keluar.


Tart Prune


Bahan:

(**)1/2 cawan jem

(**)1/2 paket buah prune

(**)1 biji telur

(**)1/2 sudu baking powder

(**)100 gm gula halus

(**)150 gm mentega

(**)250 gm tepung gandum

(**)1 sudu esen vanila

Cara:

(**)Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telus, tepung, baking powder dan uli sampai lembut.

(**)Ambil separuh adunan tekan ke dalam loyang kuih dan sapukan jem dan taburkan prune.

(**)Canai adunan selebihnya, potong 4 inci lebar dan atur atas prune hingga menutupi loyang. Sapu telur dan bakar sampai masak.


Mi Rebus


Bahan-Bahan:

(**)1 kg mi kuning - dicelur

(**)250 gm taugeh - dicelur

(**)Limau kasturi

(**)Bawang goreng

(**)3 biji telur - direbus

(**)1 tangkai daun sup - hiris halus

(**)Cili merah - hiris nipis

(**)Cili hijau - hiris nipis

(**)3 ketul tauhu - digoreng dan hiris sederhana nipis


Bahan untuk kuah:

(**)1 senduk minyak masak

(**)500 gm daging, hiris nipis

(**)500 gm keledek merah - anggaran 2 ketul kecil

(**)2 sudu besar taucu

(**)5 ulas bawang merah*

(**)4 ulas bawang putih*

(**)2 cm halia*

(**)1 sudu besar udang kering yang direndam*

(**)2 sudu besar serbuk kari daging

(**)6 cawan air

(**)1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)

(**)2 cm lengkuas, dititik

(**)1 biji tomato, dipotong dadu

(**)Garam dan gula secukup rasa


Cara untuk memasak kuah:

(**)Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.

(**)Kisar halus bahan bertanda *.

(**)Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu.

(**)Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati

(**)Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.

(**)Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat.

(**)Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.


Cara untuk menghidang:

(**)Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mi.

(**)Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi.


Briyani Udang Rempah


Bahan:

(**)1 kg beras Basmathi - direndam selama 1/2 jam dan ditoskan

(**)1 kg udang - dibersihkan

(**)1 sudu besar serbuk cili

(**)1 sudu teh serbuk lada hitam

(**)1 sudu teh serbuk kunyit

(**)1 sudu teh garam masala

(**)1 sudu teh serbuk jintan putih

(**)2 ulas bawang merah - dikisar

(**)2 ulas bawang putih - dikisar

(**)2 biji tomato - dipotong dadu

(**)2 labu bawang besar - dipotong dadu

(**)2 sudu besar minyak sapi atau 1/2 cawan minyak masak

(**)6 cawan stok udang - dari kepala udang

(**)1/2 cawang kacang peas

Bahan hiasan:

(**)timun

(**)telur rebus

(**)daun pudina

(**)daun ketumbar

(**)cili merah

(**)kacang gajus

Cara:

(**)Toskan beras dan goreng sekejap tanpa minyak dalam kuali. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi dan tumiskan bawang, hali, bawang putih dan goreng hingga naik wangi.

(**)Selepas itu, masukkan udang, jintan, cili serbuk, kunyit, garam masalah dan garam. Selepas itu, masukkan tomato dan beras tadi berserta stok udang dan biarkan hingga nasi kering. Selepas itu masukkan kacang peas dan biarkan nasi masak.



Kuah Lodeh


Bahan-bahan:

(**)12 tangkai kacang panjang - dihiris

(**)70 gram tauhu kering - potong kecil dan rendam hingga lembut

(**)1 1/2 batang lobak merah - dihiris nipis

(**)1 biji sengkuang - dihiris halus

(**)5 keping tempe - dipotong kiub
(**)1/2 bahagian kubis bulat - dihiris halus

(**)2 biji kentang -dihiris halus
(**)800 ml santan

(**)1200 ml santan cair

(**)Air

(**)2 cekak soo hoon - kerat pendek

(**)4 helai daun limau purut – dibuang urat di tengah daun

(**)2 kiub pati ikan bilis

(**)1 camca teh serbuk kunyit

(**)Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumis:

(**)3 batang serai - dititik

(**)1 lengkuas - diketuk

(**)Sedikit minyak


Bahan-bahan kisar halus :

(**)2 biji bawang besar

(**)5 biji bawang putih

(**)5 - 6 cili padi merah

(**)3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan


Cara-cara:

(**)Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai titik dan lengkuas hingga harum.

(**)Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.

(**)Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut.

(**)Masukkan kacang panjang, tauhu, dan kubis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.

(**)Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut.

(**)Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut.

(**)Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus.



Kepah Goreng Pedas


Bahan-bahan:

(**)3 cili kering

(**)3 bawang merah

(**)1 bawang putih

(**)1 batang serai

(**)Kepah

Cara menyediakan:

(**)Kisar semua bahan di atas kecuali serai.
(**)Tumis bahan kisar hingga bahan wangi dan garing.

(**)Masukkan garam, gula dan sos tiram.

(**)Masukkan kepah dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Sedia dihidangkan.


Salad Tomato Ikan Bilis


Bahan-bahan:

(**)3 biji tomato dihiris nipis
(**)1 cawan ikan bilis yang digoreng garing

(**)sedikit jus lemon

(**)sedikit gula

(**)garam secukup rasa

(**)1/2 labu bawang merah dihiris nipis

(**)1 biji cili merah dihiris nipis

(**)5 biji cili padi dihiris nipis

Cara-cara:

(**)Gaul semua bahan dan perahkan lemon. Gaul lagi. Sedia dihidangkan.


Sambal Perantau


Bahan-bahan

(**)½ kg paru-rebus & goreng
(**)Tempe-goreng
(**)Tauhu-goreng

Bahan A

(**)1 tangkai daun kari
(**)15 tangkai cili kering-gunting halus
(**)2 labu bawang besar-hiris
(**)Garam dan gula
(**)Minyak
(**)7 ulas bawang putih-hiris

Cara Penyediaan

(**)1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili kering hingga garing.

(**)2. Sewaktu menumis taburkan sedikit garam dan gula. Setelah semuanya garing masukkan bahan-bahan goreng dan gaul sebati.


Sambal Terung Bersama Udang Geragau dan Petai Bakar


Bahan-Bahan:

(**)4 ulas bawang putih (cincang)
(**)4 sudu besar cili merah kisar
(**)30g udang geragau
(**)3 biji terung panjang, dibelah dua (memanjang)
(**)1 sudu teh serbuk belacan
(**)1 sudu besar air asam jawa
(**)Garam, gula secukup rasa
(**)1 papan petai
(**)1 sudu teh serbuk kunyit
(**)2 sudu besar minyak sayuran

Penyediaan:

(**)1- Gaul terung yang dibelah dua bersama garam. Goreng dalam minyak sehingga separa layu. Angkat terung.
(**)2- Menggunakan kuali sama, tumis bawang putih dan cili kisar. Masukkan belacan.
(**)3- Masukkan separuh udang geragau, kacau, tambah air asam jawa, garam dan gula.
(**)4- Masukkan terung, kacau hingga sebati.
(**)5- Goreng separuh lagi udang geragau hingga garing. Tabur atas terung.
(**)6- Rebus petai hingga layu. Lumur petai dengan kunyit dan garam.
(**)7- Bakar atas api hingga naik bau. Hidang bersama terung.



Ayam Tiga Chef


Bahan-Bahan

(**)Ayam (whole leg)
(**)1 sudu besar tepung gandum
(**)1 sudu besar serpih cili
(**)1 sudu teh oregano
(**)Serbuk kunyit

Sadur

(**)1/2 sudu besar madu
(**)1 susu besar sesawi kuning
(**)1 sudu teh minyak cili
(**)1 sudu teh sos ikan
(**)2 sudu besar minyak zaitun

Sos

(**)1 biji bawang besar
(**)1 sudu besar mentega
(**)Minyak zaitun
(**)1 cawan krim
(**)1 sudu besar pes *Pesto
(**)(Pesto-proses daun selasih, biji pain, bawang putih dalam mesim proses makanan. Tambah garam, lada putih)
(**)2 sudu besar kentang lecek
(**)Garam secukup rasa

Penyediaan:

(**)1- Panas ketuhar ke suhu 160 darjah celcius
(**)2- Selaputkan ayam dengan bahan-bahan kering. Goreng dalam kuali selama 30 saat.
(**)3- Pukul bahan-bahan saduran supaya membentuk pes yang tebal.
(**)4- Sapukan sadur menyelaputi ayam dengan berus pastri.
(**)5- Letak ayam dalam dulang pembakar. Tutup dengan kertas aluminium. Bakar selama 2 jam.

Sos

(**)1- Tumis bawang dengan mentega dan minyak zaitun.
(**)2- Masukkan krim. Pukul bersama kentang lecek.
(**)3- Letak garam secukup rasa.
(**)4- Tutup api, gaul pes pesto ke dalam sos.
(**)5- Tuang sos ke atas ayam. Hidang.



Sunday 19 June 2016

Kuih Bakar Durian


Bahan-bahan:

(**)250 gm isi durian

(**)1700 ml santan (600ml santan kotak + 1100ml air)

(**)600 gm tepung gandum

(**)400 gm gula pasir

(**)6 biji telur

(**)1 sudu kecil garam

(**)2 sudu kecil pewarna kuning


Cara menyediakan:

(**)Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam sebuah mangkuk dan kacau rata.

(**)Tuang pula adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.

(**)Tuang semula adunan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan kacau lagi hingga rata dan sebati.

(**)Sementara itu,oven hendaklah dipanaskan dahulu pada suhu 180 °C.

(**)Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan bahulu.

(**)Bakar selama 45 min atau hingga masak.


Mi Kari


Bahan:

(**)1 kg mee kuning - celur dan toskan

(**)Taugeh - buangkan kaki/akarnya

(**)Bawang goreng

(**)fish ball/fish cake - dicelur dan dipotong

Bahan Hiris:

(**)Tahu - digorong dan potong dadu

(**)Daun bawang & daun sup

(**)Cili merah

(**)Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:

(**)1/2 kg ayam - potong kecil

(**)200 gm udang

(**)semangkuk isi kerang - direbus

(**)2 sudu besar cili mesin

(**)3 sudu besar rempah kari

(**)5 cawan santan - diperah dari 1 biji kelapa

(**)2 kiub ikan bilis

(**)minyak

(**)garam

Bahan mesin untuk tumis:

(**)4 batang serai

(**)1 inci halia

(**)2 tangkai daun kari

(**)1/2 inci lengkuas

(**)5 ulas bawang kecil

(**)2 ulas bawang putih

Cara:

(**)Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah dan biarkan naik minyak.

(**)Masukkan ayam, udang, kerang dan santan, biarkan reneh sehingga naik minyak.

(**)Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi atau siapkan sambal cili kicap.


Bebola Cornflakes


Bahan:

(**)100 gm mentega

(**)100 gm gula castor

(**)250 gm buah kurma - dipotong kecil

(**)500 gm cornflakes

(**)250 gm kelapa kering

(**)190 ml susu pekat manis

(**)1 sudu teh esen vanila

(**)secubit garam

Cara:

(**)Pukul mentega dan gula selama lima minit. Masukkan buah kurma, cornflakes, kelapa kering dan garam dalam mangkuk.

(**)Tuangkan susu pekat manis dan esen vanila di dalamnya. Perlahan-lahan gaulkan mentega dan gula yang dipukul hingga sebati.

(**)Bentukkan bebola dan aturkan di atas tin pembakar. Bakar hingga kekuningan dengan kepanasan 120C selama 15 minit.


Agar-Agar Laici


Bahan-bahan:

(**)1 paket agar-agar kering

(**)1 1/2 cawan gula

(**)5 cawan air

(**)2 helai daun pandan

(**)1 tin susu cair

(**)1 tin laici

Cara Penyediaan:

(**)Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 1/2 jam.

(**)Tapis dan masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air, gula dan daun pandan. Masak hingga agar-agar larut.

(**)Masukkan susu cair dan air laici ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika sehingga mendidih.

(**)Carikkan isi laici dan tabur di dalam loyang.

(**)Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang, sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk.

(**)Apabila agar-agar sudah sejuk dan membeku, potong dan hidangkan.


Wajik


Bahan:

(**)300 gm beras pulut

(**)150 gm gula nisan

(**)150 gm gula pasir

(**)2 biji kelapa diparut

(**)1 helai daun pandan

(**)Secubit garam

(**)Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)

Cara:

(**)Pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan. Kemudian pulut dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang.

(**)Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula nisan dengan satu cawan air.

(**)Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua.

(**)Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip.

(**)Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan.

(**)Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.


Sambal Daging Serai


Bahan:

(**)600 gm daging - dipotong ikut kesesuaian dan direbus

(**)300 gm perut tembusu - direbus dan dipotong

(**)200 gm paru - direbus, dipotong

(**)2 cawan santan pekat

(**)1 cawan bawang goreng

(**)sedikit garam dan gula

(**)1/2 cawan air asam jawa

(**)Bahan kisar:

(**)15 tangkai cili kering

(**)10 biji bawang merah

(**)5 biji buah keras

(**)4 ulas bawang putih

(**)1 sudu ketumbar

(**)Bahan dimayang:

(**)5 batang serai

(**)2 sm lengkuas

(**)6 tangkai cili merah

(**)6 tangkai cili hijau

(**)2 sm halia

(**)3 labu bawang besar

Cara:

(**)Panaskan minyak,tumis bahan kisar sampai wangi dan masukkan bahan mayang,kacau rata-rata barulah masukkan daging, perut dan paru diikuti dengan santan pekat serta air asam.

(**)Masak sampai pekat barulah masukkan garam, gula dan bawang goreng, kacau rata dan bolehlah diangkat.



Masak Lemak Ketam Telur


Bahan-bahan:

(**)4 ekor ketam (dibuang kulit keras dan dipotong dua)
(**)3 sudu cili kisar

(**)7 ulas bawang merah dikisar

(**)2 ulas bawang putih dikisar

(**)2 sm halia dikisar

(**)3 batang serai dititik

(**)2 biji telur

(**)2 cawan santan

(**)potongan nenas

(**)garam

(**)asam keping

(**)sedikit gula

(**)sedikit minyak untuk menumis


Cara memasak:

(**)Kisar cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya.

(**)Masukkan secawan air, serai, asam keping dan biar mendidih.

(**)Seterusnya masukkan ketam, santan, gula dan garam secukup rasa.

(**)Bila sudah sebati, masukkan nenas dan akhir sekali telur yang dah dipukul dan acau supaya telur tidak berketul.


Kelapa Vanila


Bahan-bahan

(**)1 biji kelapa – ambil isi dan air
(**)50 ml susu sejat
(**)1 sudu kecil esen vanila
(**)2 sudu besar air gula
(**)1 sudu kecil biji selasih
(**)2 sudu besar sirap
(**)Ketulan ais

Cara Penyediaan:

(**)1. Satukan air kelapa, isi kelapa, susu sejat, esen vanila dan air gula.
(**)2. Kemudian tuangkan ke dalam gelas, masukkan biji selasih dan ketulan ais.
(**)3. Tuangkan sirap perlahan-lahan sehingga ia larut di dasar air. Sedia untuk dinikmati.


Smoothies Anggur Merah


Bahan-Bahan

(**)300 gm anggur merah tanpa biji
(**)50 ml susu sejat
(**)3 skop ais krim vanila
(**)2 sudu besar air gula
(**)Ketulan ais

Cara Penyediaan

(**)1. Masukkan ais batu, anggur, susu sejat, ais krim vanila dan gula ke dalam pengisar.
(**)2. Kisar sehingga halus dan tuangkan ke dalam gelas.
(**)3. Sedia untuk dinikmati.


Daging Daun Selasih


Bahan-bahan

(**)400 gm daging-rebus empuk
(**)1 cawan daun selasih
(**)5 ulas bawang putih-tumbuk
(**)1 sudu besar sos ikan Thai
(**)4 ulas bawang merah-hiris
(**)2 sudu besar cili kering kisar
(**)Minyak
(**)Gula

Cara Penyediaan

(**)1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
(**)2. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis bersama daging sehingga cilinya masak.
(**)3. Masukkan sos ikan, gula dan daun selasih. Gaul sebati dan angkat.


Friday 17 June 2016

Ayam Masak Ungkep (Jawa)


Bahan:
(**)1 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung

Bahan A (untuk dikisar)
(**)2 labu bawang besar
(**)10 ulas bawang putih
(**)2 inci halia
(**)2 inci kunyit hidup
(**)20 tangkai cili padi

Bahan tumis:
(**)Halia (dihiris nipis)
(**)1 liter air
(**)2 batang serai
(**)Minyak untuk menumis
(**)Garam secukup rasa

Cara:
(**)Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
(**)Kemudian masukkan bahan A yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak.Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
(**)Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung. Biarkan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.


Tuna Pita


BAHAN-BAHAN:

(**)1 labu bawang besar-dadu

(**)3 tangkai cili padi-hiris

(**)1 biji avokado-lenyek

(**)1 tin tuna mayonis

(**)2 sudu sos tomato

(**)1 biji lemon

(**)Lada hitam

(**)Roti pita

(**)Salad

CARA MENYEDIAKAN:

(**)Gaul avokado, bawang besar, sos tomato, cili padi, perahan lemon, lada hitam dengan tuna mayonis.

(**)Lapiskan salad atas roti pita dan sudukan isi tuna.

(**)Gulung kemas.


Epal Goreng


Bahan:

(**)1 cawan tepung gandung

(**)1 biji telur
(**)1/2 cawan susu segar

(**)2 biji epal hijau - dibelah empat

Cara Menyediakan:

(**)Campurkan tepung gandung, susu segar dan telur sebelum digaul rata. Masukkan epal yang dipotong dalam adunan tadi dan goreng dalam minyak panas.


Kerutuk Salmon


BAHAN-BAHAN:

(**)½ ekor ikan salmon

(**)½ biji lemon-perah

(**)Garam

(**)2 cawan santan pekat

(**)2 sudu besar kerisik

(**)Gula dan garam

(**)Minyak


KUAH KISAR:

(**)3 ulas bawang merah

(**)3 ulas bawang putih

(**)4 cm halia

(**)4 cm lengkuas

(**)3 sudu besar serbuk kerutuk

(**)4 sudu besar sos tomato


CARA MENYEDIAKAN:

(**)1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

(**)2. Masukkan garam dan gula.

(**)3. Tuangkan santan dan biarkan mendidih sehingga pekat. Masukkan pula kerisik.

(**)4. Masukkan gula dan garam.

(**)5. Perahkan lemon pada salmon dan taburkan sedikit garam.

(**)6. Bungkus dengan gulungan aluminium dan kukus 10 minit sahaja.

(**)7. Tuangkan kuah kerutuk.


Agar-Agar Cermin


Bahan A

(**)½ sudu besar agar-agar serbuk
(**)Sedikit pewarna
(**)300 ml santan

Bahan B

(**)1 cawan buah tembikai susu-dadu kecil

BAHAN C

(**)1 sudu besar agar-agar serbuk

(**)1 cawan gula pasir

Cara Penyediaan

(**)1. Satukan bahan A dan masak sehingga mendidih. Bekukan.
(**)2. Kemudian potong dadu kecil.
(**)3. Masak bahan C sehingga mendidih.
(**)4. Masukkan bahan B dan A dalam bekas.
(**)5. Tuangkan bahan C dan biarkan ia beku.


Sup Reneh


(**)RESIPI yang ini nak dikatakan singgang bukan, pindang pun bukan, tom yam pun bukan. Entah apa nak dinamakan, penyumbang resipi menamakannya sup reneh, sebab ia hanya perlu merenehkan sup dengan bahan-bahan pilihan.

(**)Apa yang digunakan ialah hirisan bawang merah, cili padi dan  lengkuas, selain serai yang diketuk serta asam gelugur yang direneh selama setengah jam dengan air.

(**)Kemudian masukkan garam dan gula.

(**)Kemudian goreng bawang putih tumbuk sehingga kuning dan cili serbuk kasar.

(**)Tuangkan ke dalam kuah dan masukkan ikan mengikut pilihan anda. Segalanya dilebur dalam periuk tanpa sukatan.

(**)Untuk bawang putih bercili: ambil 7 ulas bawang tumbuk kasar dan goreng sehingga garing seperti bawang goreng.

(**)Setelah hampir garing masukkan satu sudu serbuk cili, dan matikan api. Minyak jangan terlalu banyak sewaktu menggoreng, sebab kita kena tuang semua minyak dan bahan goreng tadi ke dalam sup.

(**)Serbuk cili ada dua jenis, satu yang halus macam serbuk kunyit dan ada yang kasar sedikit. Kalau tak jumpa di kedai, kita gunting halus cili kering pun boleh juga, apa susahnya!

(**)Bau bawang putih goreng tadi membangkitkan bau sup reneh ini.

(**)Sukatan resipi todak diberikan kerana bahan-bahan lainnya terserah kepada anda  nak bubuh banyak mana. Ikan boleh anda pilih, tilapia, merah, siakap, tenggiri, kembung, senangin dan bawal. Kalau nak guna tulang daging dan ayam bahagian tulang-tulang pun sedap juga.


Kuih Lompang


Bahan A:

(**)2 cawan tepung beras

(**)1/2 sudu kecil air kapur ( bancuh dan tapis)

(**)Sedikit kelapa muda diparut  - digaul dengan sedikit garam


Bahan B:

(**)1/2 cawan gula pasir

(**)1/2 cawan gula merah

(**)4 cawan air


Cara-cara:


(**)Bancuh tepung dengan air kapur. Tuang air gula yg telah suam kedlm tepung. Kacau rata.

(**)Didihkan air dalam kukusan. Panaskan acuan lompang ke dalam kukusan.

(**)Bila air dah mendidih. Tuang adunan tepung ke dalam acuan lompang yang telah dipanaskan tadi.

(**)Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.


Salju Tapai Ubi


Bahan-Bahan

(**)2 cawan tapai ubi
(**)2 cawan santan pekat/kotak
(**)Secubit garam

Cara Penyediaan

(**)1. Satukan santan dengan garam dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam bekas berisi tapai. Sejukkan semalaman.


Pisang Berkaramel Bersama Sos Gula Melaka Butterscotch


Bahan-Bahan:

(**)4 biji pisang berangan (dihiris)
(**)4 sudu besar gula melaka
(**)2 sudu besar gula perang
(**)1 sudu teh esen vanila
(**)1 sudu besar mentega + 70g mentega
(**)3/4 cawan krim putar
(**)Secubit garam
(**)Ais krim vanila

Penyediaan:

(**)1- Cairkan 1 sudu mentega dalam kuali tidak melekat. Terus masukkan pisang.
(**)2- Goreng pisang satu sisi sahaja. Tabur gula perang, biar pisang disaluti karamel.
(**)3- Letak pisang dalam pinggan.
(**)4- Cairkan 70g mentega bersama gula melaka di dalam kuali leper.
(**)5- Masukkan krim putar, vanila. Pukul hingga sebati.
(**)6- Matikan api, masukkan garam.
(**)7- Tuang sos ke atas pisang bersalut caramel. Tambah 1-2 skop ais krim vanila.



Daun Kucai Berbunga Masak Tumis Udang


Bahan:

(**)Secekak daun kucai bunga

(**)Satu mangkuk kecil udang- dibuang urat dan kulit

(**)Sesudu udang kering *

(**)1 biji bawang merah *

(**)2 ulas bawang putih *

(**)1 biji Cili merah *

(**)1 biji telur

(**)100ml air

(**)Minyak untuk menumis

(**)Garam secukup rasa

(**)*Bahan tumis

Cara:

(**)Bersihkan daun kucai. Buang hujung aggaran 2 inci. Kemudian potong anggaran 1.5 inci .

(**)Tumbuk bahan tumis

(**)Panaskan minyak di dalam kuali.

(**)Tumis bahan tumis yg sudah ditumbuk, sehingga wangi.

(**)Masukkan air. Bila air dah mendidihh, masukkan udang dan daun kucai.

(**)Gaul. Kocokkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Masuukan garam dan gaul rata.

(**)Siap untuk dihidang.