Sunday 12 June 2016

Filled Under:

Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak


Bahan-Bahan:

(**)Kepala ikan Jenahak (boleh tukar ikan lain mengikut citarasa)
(**)5 ulas bawang putih (kisar)
(**)5 ulas bawang merah (kisar)
(**)2 genggam cili kering (kisar)
(**)1 mangkuk air asam jawa
(**)Garam & gula secukup rasa
(**)3 helai daun kunyit
(**)5 helai daun limau
(**)5 batang serai (dititik)
(**)5 sudu minyak masak

Cara Penyediaan:

(**)1- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai garing. Masukkan cili kisar, masak sampai garing. Boleh juga dimasukkan sedikit air.

(**)2- Selepas cili masak, masukkan air asam jawa.

(**)3- Masukkan daun kunyit, daun limau, serai dan serbuk parasa. Masak hingga mendidih.

(**)4- Masukkan kepala ikan. Tunggu hingga mendidih dan asam pedas sedia untuk dihidangkan.




0 comments:

Post a Comment