Thursday, 16 June 2016
Filled Under:
resepi masakan
Bubur Syria
Posted By:
Unknown
on 13:14
Bahan-Bahan
(**)1 cawan beras
(**)3 cawan daging kisar
(**)½ paket kecil serbuk kari
(**)1 biji sup bunjut
(**)3 kiub pati ayam
(**)1 cawan bawang goreng
(**)1 cawan hiris campuran daun bawang dan sup
(**)2 cawan jagung biji
(**)1 cawan saderi cincang kasar
(**)2 cawan lobak merah potong dadu
(**)3 cubit serbuk lada hitam
(**)2 cawan bawang besar cincang
(**)3 sudu besar halia tumbuk
(**)2 cawan kentang dadu kecil
(**)Garam
(**)1 cawan minyak sapi
Cara Penyediaan
(**)1. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi. Kalau tak ada minyak sapi gunakan saja apa jenis minyak ayang ada di dapur tu.
(**)2. Tumiskan bawang merah dan halia sampai garing.
(**)3. Masukkan daging cincang bersama serbuk kari. Tumis sehingga daging kisar kecut.
(**)4. Tuangkan air, ikutlah satu jag pun boleh. Kemudian masukkan beras yang dah dicuci, sup bunjut dan kiub pati ayam.
(**)5. Rebus sehingga nasi separuh kembang. Ikut kalau anda suka kembang boleh juga.
(**)6. Air boleh ditambah jika nasi belum kembang. Setelah nasi separuh kembang, masukkan lobak, kentang, saderi, jagung. Biarkan semuanya empuk. Janganlah sampai sayuran jadi benyek. Biar sekadar empuk.
(**)7. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
(**)8. Setelah api dimatikan taburkan daun bawang dan bawang goreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment