Saturday, 11 June 2016

Filled Under:

Resepi Sambal Ikan Bilis


Bahan bahan yang diperlukan:
(**)1 mangkuk ikan bilis – dibelah
(**)1 mangkuk setengah cili kering atau ikut suka – dikisar
(**)20 biji bawang merah
(**)1 labu bawang putih
(**)Sedikit halia
(**)2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
(**)3 sudu besar gula
(**)Garam secukupnya



Cara-cara membuat:
(**)1.Tumbukkan semua bawang dan halia berserta cili sehingga lumat (kalau malas guna blender).Kemudian,panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan yang telah ditumbuk lumat dengan api yang perlahan sehingga cili benar benar masak.
(**)2.Kemudian masukkan gula dahulu supaya sambal akan berwarna cantik dan kemerahan.
(**)3.Lepastu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping.
(**)4.Kemudian masukkan ikan bilis dan biarkan ianyab masak dengan api yang perlahan sampailah mencapai kepekatan sambal yang disukai.




0 comments:

Post a Comment