Thursday, 9 June 2016

Filled Under:

Resepi Strawberry Shortcakes


Bahan:

(**)1/2 cawan tepung gandum penuh
(**)1/2 cawan tepung serbaguna
(**)1 cawan Quaker Instant/Quick Cooking Oats
(**)2 sudu besar gula
(**)1 camca teh serbuk penaik
(**)1/4 camca teh garam
(**)1/2 cawan marjerin
(**)1/2 cawan susu lemak rendah
(**)8 camca teh jam strawberi pilihan anda

Cara:

(**)Panaskan oven 220°C
(**)Dalam mangkuk, gabungkan tepung, oats, gula, serbuk penaik dan garam.
(**)Tambahkan marjerin dan susu
(**)Gaul sebati sehingga kesemua ramuan kering itu tadi menjadi lembab.
(**)Satukan doh sehingga menjadi seperti bola dan uli ia di atas permukaan yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
(**)Tumbuk doh dengan ringan sambil ratakan ia untuk mendapatkan ketebalan setengah inci.
(**)Guna acuan biskut berbentuk bujur untuk potong doh tersebut kepada beberapa bahagian shortcakes
(**)Manakala, gunakan pula acuan biskut berbentuk bujur yang lebih kecil berbanding acuan tadi untuk memotong bahagian tengah shortcakes-shortcakes itu tadi.
(**)Letakkan shortcakes di atas dulang pembakar yang kering tanpa sebarang gris.
(**)Bakar selama 12 – 14 minit atau sehingga keperangan.
(**)Hidangkan bersama jem strawberi seperti di dalam gambar.




0 comments:

Post a Comment