Saturday, 11 June 2016

Filled Under:

Resepi Nasi Wangi Berempah


Bahan-bahan:

(**) 2 susu besar minyak zaitun
(**) 10 hiris halia
(**) 1 ulas bawang putih
(**) 2 batang serai dititik
(**) 4 batang kulit kayu manis
(**) 4 biji buah pelaga dikisar
(**) 1 ulas bawang besar dihiris nipis
(**) 2 sudu besar campuran rempah nasi briyani
(**) 1 susu besar serbuk cili
(**) 1/2 sudu teh serbuk kunyit
(**) 100 gram isi paha ayam dipotong dadu
(**) 350 gram beras (dicuci dan ditoskan)
(**) 4 helai daun pantan diikat.
(**) 450 ml air
(**) 100 ml susu sejat
(**) 100 gram kacang panjang dihiris

Bahan Perasa:
(**) 1 sudu besar serbuk pati ayam
(**) 1 susu teh garam
(**) 1/4  sudu teh lada hitam yang dikisar

Cara-cara:

(**) Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia, serai dan bawang putih sehingga naik bau.
(**) Masukkan rempah dan bawang besar kemudian diikuti rempah nasi briyani, serbuk cili dan serbuk kunyit.
(**) Masukkan ayam dan bahan-bahan perasa dan gaul.
(**) Renjiskan sedikit air untuk melembapkan campuran.
(**) Tuangkan bahan rempah yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi elektrik.
(**) Masukkan beras dan daun pandan, kemudian tuangkan air dan susu sejat. Masak beras tersebut.
(**) Apabila beras sudah masak, masukkan kacang panjang dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dihidangkan.




0 comments:

Post a Comment