Saturday 30 April 2016

Polis Minta Bantuan Jejak Mualaf Ingkar Perintah Mahkamah.


IPOH: Polis Ipoh meminta bantuan orang ramai untuk menjejak mualaf Muhammad Ridhuan Abdullah yang mengingkari perintah Mahkamah Tinggi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Ridhuan, 47, yang sebelumnya dikenali sebagai K. Pathmanathan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Selain itu, orang ramai juga boleh berjumpa atau menghubungi pegawai penyiasat kanan Jenayah (D11) ASP Kamariah Jamaludin di talian 05-2451628 atau 016-5249091 atau Sarjan Mejar Helen Parera di nombor 013-5189925.

Menurut Sum alamat terakhir Muhammad Ridhuan adalah di No.10, PersiaranTeguh 2, Off Jalan Pasir Puteh, Ipoh.

PAda Jumaat, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menahan Muhammad Ridhuan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya Prasana Diksa yang berumur lapan tahun kepada bekas isteri, M. Indira Gandhi.


7 CARA MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN SECARA SEMULAJADI.


Masalah angin sebenarnya sangat lazim dikalangan kita sebab masalah angin ni berpunca dari pemakanan, sistem penghadaman. Semua orang makan kan? jadi semua orang alami angin..bezanya senang keluar atau tak. Ada orang senang kentut, senang sendawa, tapi ada juga orang yang mengalami masalah penghadaman sehingga menyusahkan untuk melepaskan angin baik dengan cara sendawa atau kentut. Kali ni nak masuk dalam diary saya ni 7 cara membuang angin dengan semulajadi..

1.Banyakkan minum air masak/suam supaya ruang tersebut diganti dengan air dan bukannya angin. (saya suka air panas..meresap ke jiwa hehe)

2.Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.

3.Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak dipasaran. tapi pastikan semulajadi ok?

4.Kunyah makanan perlahan-lahan supaya lebih senang hadam.

5.Elakkan makan gula-gula getah dan menelan banyak udara.

6.Makan dalam porsi yang kecil setiap 2 3 jam.

7.Amalkan minuman air halia atau bawang putih.


Resepi Puding Roti.


Bahan-Bahan.

Bahan untuk di kisar
4 keping roti
2 biji telur ayam
1 tin susu cair (400ml)
1 sudu teh asen vanilla

Bahan-bahan lain

10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
3 cawan air
2 sudu besar majerin
3 jenis pewarna kesukaan

Cara Penyediaan

1.Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur. dah larut masukkan gula.

2.Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus.

3.Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.

4.Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.

5.Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.

6.Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berlainan. (Kalau guna serbuk koko, gaul sebati serbuk koko dengan salah satu bahagian larutan puding).

7.Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian.
 Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.

8.Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.



9 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL.


Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Kolestrol penyebab serangan jantung.

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

1. Kacang Soya

- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi .

2. Kuaci

- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menamba zat besi sambil mengurangkan kolesterol.

3. Buah kering

- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima.

4. Epal

- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak.

5. Ikan Tuna

- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL.

6. Kacang tanah

- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung.

7. Buah Mangga

- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi.

8. Kismis

- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus.

9. Jambu batu

- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan.


CARA MEMBUAT AISKRIM SUMI?


Aiskrim sumi sangat digemari kini. Aiskrim sumi viral di laman sosial kerana kelazatan dan daya tarikannya. Apakah resepi rahsia membuat aiskrim sumi supaya ia dijamin sedap dan lazat?

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim sumi.

*1 Tin Susu Pekat.
*1 Tin Susu Cair.
*4 Tin Air .
*2 Bungkus Sumi. (Pelbagai warna)
*Sedikit Garam.
*Plastik aiskrim.


Cara penyediaan ais krim sumi.

*Sumi dipotong 4 atau lebih.
*susu Pekat, Susu Cair, Air dan garam dipanaskan sehingga mendidih
*Sejukkan.
*Masukkan sumi kedalam plastik dan masukkan bahan yang didihkan tadi.
*Ikat dan masukkan kedalam peti ais beku.
*Setelah beku boleh terus dimakan.


Harga Minyak Tidak Berubah Bagi Mei.


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2016 kekal seperti April.

Naib Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata petrol RON95 kekal pada RM1.70 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter.

"Harga runcit bagi diesel dijual pada RM1.55 seliter," katanya kepada Bernama, di sini pada Sabitu.  

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 pada April masing-masing naik 10 sen sementara harga runcit diesel naik 20 sen berbanding harga pada Mac iaitu RM1.60 seliter bagi RON95, RM1.95 bagi RON97 manakala diesel dijual RM1.35 seliter.


4 CARA PALING TERJITU MENGUSIR LIPAN MENAKUTKAN.


4 Cara Jitu Mengusir Kelabang Pengganggu, membantu kita dalam mengatasi permasalahan kelabang dengan cara yang simple dan sederhana sehingga sangat mudah untuk dipraktekkan - Selamat sore sobat sekalian, semoga aktivitasnya hari ini menyenangkan, amin. Pada Postingan kali ini saya ingin  berbagi sedikit tips mengenai cara mengusir kelabang yaitu 4 Cara Jitu Mengusir Kelabang Pengganggu.

4 Cara Jitu Mengusir lipan Pengganggu.

1. Gunakan Garam.
Garam cukup efektif untuk menghalau hewan melata seperti ular dan kelabang. Caranya cukup sobat taburkan garam di tempat dan di sudut-sudut rumah yang menjadi tempat sembunyi dari kelabang. Dengan cara ini si kelabang akan pergi meninggalkan rumah sobat.

2. Gunakan Daun pandan.
Selain untuk mengharumkan nasi, pandan juga bisa untuk mengusir kelabang. Caranya sobat iris halus daun pandan sampai aromanya tercium lebih pekat, lalu masukkan ke mangkuk dan letakkan di tempat yang disinyalir menjadi tempat kelabang bersembunyi. Aroma khas dari pandan  akan membuat kelabang tidak nyaman dan akan pergi.

3. Gunakan Kapur Barus.
Kapur barus ini biasa digunakan untuk menghalau hewan pengganggu baju. Nah kapur barus ini juga bisa digunakan untuk menghalau kelabang. Letakkan kapur barus di tempat-tempat yang menjadi persembunyian lipan dan juga di sudut-sudut rumah serta tempat-tempat lembab yang menjadi kegemarannya.

4. Gunakan Campuran Cuka, Garam Dan Soda Api.
Campur 5 sendok Cuka, 5 sendok garam dan satu sendok soda api, masukkan ke dalam 1 ember air dam gunakan untuk mengepel lantai paling tidak seminggu sekali. Cara ini  bisa sobat lakukan jika memang di rumah sobat rawan terhadap Kelabang, karena akan sangat berbahaya jika membiarkan kelabang bebas berkeliaran. Terlebih lagi gigitan dari kelabang mengandung racun yang cukup berbahaya .Dengan cara ini cukup efektif untuk menghalau kelabang.

Nah, itulah beberapa tips untuk mengusir kelabang yang judulnya 4 Cara Jitu Mengusir Kelabang Pengganggu, Semoga bisa bermanfaat. Jika sobat mempunyai cara atau opini lain, jangan sungkan untuk memberikan komentar. Selain itu baca juga artikel lainnya mengenai 2 Cara Jitu Membasmi Kutu Busuk.  Terima kasih atas kesediaan sobat sekalian untuk mampir, selalu jaga silaturahmi dan have a nice day



Ayam Panggang Sedap .


Assalammualaikum,
Lauk ayam bakar lagi.mmg ayam menu utama di rumah. baca di blog kwn2 yg bgtau harga ayam di Msia naik.tpi di sini wpun org2nya susah harga ayam mahal.tambah bulan Ramadan lagilah mahal. harga sekor ayam yg saiz 1 kg ayam dkt (RM14-15 sekg), biasa mama beli chicken leg.sekg 22 le/rm11 sbb part ni yg laku di rumah. Daging lagilah mahal.....tukar duit RM dlm RM30-40 sekg ikut part daging. biasa part daging yg ada tulang mama beli utk sup 50 LE/RM25 sekg. ikan.....tak byk pilihan biasa talapia, makarel, sardin.siakap adalah tp mahal .
Oleh kerana lauk ayam kesukaan anak2.....menu ayam mmg hampir setiap hari ada.sampai tak tahu ayam nak masak apa....kdg2 ulang2 masak yg sama. dan kalau ayam bakar mmg laku. Oleh kerana anak2 suka ayam bakar.jadi mama mencuba resepi ayam panggang sedap pada minggu lepas.

Ayam panggang sedap resepi dari blog Liza, berkenan nak mencuba bila Liza komen sedap dan nampak cukup enak. dan bila anak2 makan....semua cakap sedap...pakat meratah.Terimakasih Liza kongsi resepi. Cara memasak lain sikit dari ayam bakar yg lain sbb kena rebus dulu cili dan gula melaka. Resepi penuh spt di bawah.


Bahan bahan A.

*3 s/b cili boh - guna 2 sb cili kering blender .
*2 keping gula Melaka.
*1/2 cawan air .
*- masak semua hingga pekat.

Bahan bahan B.

*4 ulas bawang pth .
*1 ulas bawang besar .
*1 kiub stok ayam .
*1 inci halia .
*5 s/b madu - letak 2 sb sj sbb dah habis stok tp sdg elok tak manis ayamnya
Garam .
Butter - lumur pada ayam masa nk bakar nnt .

- blend bhn A dan B bersama2..
- lumur bhn blend pada ayam yg telah dikelar dan perap sekurang2nya 2 jam.
- lumur butter dan panggang ayam 180C 50 min- 1 jam atau hingga masak.siram atas ayam lebihan perapan dlm bekas ayam bakar.



Petua Mudah Halau Cicak.


Ada cara atau petua mudah untuk halau cicak. Ini maknanya rumah kita cicak takut nak datang jika amalkan petua di bawah ini. Hihi...tapi kalau cicak datang jugak, kenalah korang buat pahala malam jumaat, lastik cicak atau bunuh cicak-cicak tu. Sunat hukumnya, dapat pahala...

Kenapa kita tak suka cicak? Mungkin anda ada sebab tersendiri mengapa membenci cicak. Bagi saya pula, cicak berak merata-rata dan menyebabkan keadaan rumah agak kotor jika dipenuhi dengan tahi cicak. Lagi satu, cicak suka menjilat makanan yang tidak bertutup (jika terlupa tutup) dan ini menyebabkan makanan mudah tercemar.

Petua Mudah Halau Cicak.


1. Cili / Lada merah

Petua yang pertama memang mudah. Tumbuk cili merah dengan air. Letak dalam botol spray untuk memudahkan urusan nanti. Spray di tempat kegemaran cicak seperti di belakang peti ais, di siling rumah atau belakang kabinet. Ada sesetengah petua mencadangkan kita gantung je cili merah tersebut. Tetapi keadaan rumah agak kurang kemas la nanti...hhihi. Ikutlah mana suka, yang penting cicak dapat dihalau.


2. Bela kucing

Ada orang kata bela kucing dpat halau cicak dari rumah kita. Kucing kan pandai tangkap Cicak. Saya pun pernah nampak dengan mata saya sendiri. Memang cekaplah! Cara ini juga boleh digunakan untuk halau cicak di rumah kita.

Ada juga yang menggunakan kulit telur, dan racun serangga untuk halau cicak. Apa caranya sekalipun, jika ia boleh menghalau cicak, masih boleh digunakan.

Selamat mencuba.



Kerajaan Tidak Akan Naikkan Kadar GST - PM.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Perdana menteri berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan.

"Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa langsung tidak ada perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dania akan dikekalkan," katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau pada Sabtu.  

Najib yang beberapa hari berada di Sarawak untuk kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak berkata beliau mendengar khabar angin mengenai kenaikan kadar GST dan meminta rakyat tidak terpengaruh dengan pembohongan pihak pembangkang.

"Saya nasihatkan rakyat Sarawak janganlah terperangkap dengan fitnah dan pembohongan oleh pembangkang yang sudah hilang modal politik," katanya.

Najib berkata kerajaan BN sentiasa ikhlas meningkatkan taraf kehidupan Sarawak dan ia jelas terbukti menerusi komitmen kerajaan dalam projek pembangunan seperti Lebuhraya Pan Borneo yang tidak dikenakan tol.


Resepi Mee Goreng Basah Sedap dan Mudah.


Hari ini saya nak kongsikan resepi mee goreng basah sedap dan mudah yang saya memang sangat gemar makannya. Saya memang suka mee goreng basah daripada yang kering, anak-anak pun suka juga. Saya lebih suka masak sendiri bila makan mee goreng kerana kebanyakan mee yang dijual di kedai, nampak sedap tapi bila dimakan terasa belum cukup masak, kadang terlebih lembik, atau tak secukup rasa.

Biasa saya masak resepi mee goreng basah ni tak ada sukatan yang tepat kerana memasak mesti pandai merasa sendiri. Sukatan terpulang pada selera dan cita rasa. Lain kalau nak buat resepi kek, sukatan mesti betul dan tepat agar kek jadi cantik dan gebu. Jom kita intai resepinya.

Bahan buat mee goreng.

– 500 gm mee kuning.
– tauhu di goreng dan di potong dadu.
– 2 pokok sawi.
– 1 inci batang sawi di ketuk.
– 6 ekor udang.
– 200 gm daging di rebus.
– 2 biji telur di kocok.
– taugeh.
– air rebusan daging secukupnya..
– daun sup, daun bawang, dan cili merah di hiris.
– limau kasturi.

Bahan kisar.

– 3 ulas bawang putih di tumbuk.
– 3 ulas bawang merah di tumbuk.
– 2 camca besar cili kering di kisar.

Bahan sos.

– 2 sudu besar sos tiram.
– 2 sudu besar sos cili.
– 1 sudu besar sos tomato.
– 2 sudu besar kicap manis.

Cara buat mee goreng.

1.Panaskan minyak dan goreng tauhu. Angkat dan ketepikan.
2.Goreng telur sekejap je, sambil kacau dan angkat masa 1/2 masak.
3.Goreng udang sekejap je. Angkat dan ketepikan.
4.Panaskan minyak semula dan tumis bahan kisar hingga harum.
5.Masukkan bahan sos satu per satu dan gaul hingga rata.
6.Masukkan daging dan air rebusan daging. Masak hingga mendidih.
7Lepas tu, masukkan batang sawi dahulu kemudian mee.
8.Kacau mee hingga rata dan masukkan garan dan gula secukup rasa.
9.Masukkan telur, udang, tauhu, daun sawi dan taugeh. Gaul hingga rata.
10.Tutup api dan keluarkan mee dari kuali.


Waris Harap Jenazah Rakyat Malaysia Maut Di Vietnam Dibawa Balik Segera.


ALOR SETAR: Waris kepada rakyat Malaysia yang ditemui mati di sebuah hotel di Ho Chi Minh, Vietnam, Rabu lalu berharap jenazah Mohd Azhar Abdul Wahab dapat dibawa balik ke Kulim secepat mungkin.

Mohd Noorazman, 31, adik kepada Mohd Azhar, 33, berkata dianggarkan RM40,000 diperlukan untuk proses membawa balik jenazah abangnya, dan sehingga kini mereka sekeluarga tidak dapat ke Vietnam kerana masalah kewangan.

Kementerian Luar dalam kenyataannya semalam memaklumkan, mayat Mohd Azhar ditemukan di dalam bilik hotel di Ho Chi Minh, dan polis Ho Chi Minh masih menyiasat punca kematiannya.

Beliau berkata abangnya ke Vietnam pada 15 April lalu bersama seorang rakan sekampungnya lebih dikenali sebagai Angah, dan sepatutnya pulang ke kampung mereka di Kampung Air Merah, Kulim pada 28 April lalu.

"Dia maklumkan hendak pergi ke Vietnam untuk bercuti. Bagaimanapun sehingga sekarang kami tidak dapat hubungi Angah. Mereka berdua kawan rapat sejak kecil lagi," katanya ketika dihubungi Bernama Sabtu.

Mohd Azhar merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan bekerja sebagai pembantu kedai di Kulim, juga merupakan vokalis kumpulan Svatantrata yang aktif di sekitar Kulim dan pernah membuat persembahan di beberapa buah negara seperti Singapura.

Mohd Noorazman berkata beliau sekeluarga mengetahui mengenai berita kematian abangnya yang masih bujang itu daripada polis yang datang ke rumahnya memaklumkan perkara itu pada Khamis lepas.

"Ibu saya sangat terkejut mendapat tahu berita itu. Saya juga sudah dua hari tidak dapat tidur memikirkan perkara ini. Abang seorang yang sangat rapat dengan saya serta suka melawak," katanya.

Laporan media menyatakan mayat Mohd Azhar ditemukan dengan kesan kelar pada kepala dan bahu, serta terdapat kesan darah pada lantai hotel.

Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata, beliau sudah menghubungi Ketua UMNO Cawangan Air Merah bagi memaklumkan sebarang perkembangan kepadanya.


"Kedutaan Malaysia akan bantu dan anggota keluarga akan dibawa ke sana secepat mungkin. Kami juga beri sedikit sumbangan wang tunai terlebih dahulu.


Thursday 28 April 2016

3 petua halau lalat untuk dicuba.


 Baru-baru ini pergi makan di rumah seorang saudara di Subang Jaya. Ketika makan dia merungut kerana rumahnya terutama pada kawasan dapur sekarang ada lalat yang sering hinggap pada makanan yang terhidang.

Kehadiran lalat di dalam rumah walaupun hanya sekadar dua atau tiga ekor memang sesuatu yang amat merimaskan. Mungkin maklumat terhadap betapa pentingnya makanan dielakkan dari dicemari lalat telah membuatkan perasaan tidak tenang dengan lalat meningkat.

Saudara saya tanya samada saya ada ubat atau petua halau lalat yang boleh dia gunakan. Saya lihat memang ada sekor dua lalat yang agak besar berterbangan bersiar-siar sekitar kawasan dapar rumah saudara saya itu.

Petua halau lalat paling mudah.

Saya kata lalat yang ada di rumahnya masuk dalam kategori tidak ada sebenarnya kerana jumlahnya terlalu sedikit. Hanya sekadar dua atau tiga ekor sahaja.

Tambahan pula sekarang ini adalah musim hujan, jadi tidak hairanlah lalat muncul walaupun sebelum ini ianya tidak berapa ada di sekitar rumah kita. Hujan membuatkan kawasan pembuangan sampah menjadi lembab dan ini menggalakkan pembiakan lalat.

Untuk amalkan satu petua halau lalat paling mudah dalam keadaan lalat yang amat sedikit dalam rumah, mudah saja. Anda hanya perlu ke pasaraya di bahagian barangan peralatan membasuh dapur, dapatkan sekeping pemukul lalat plastik.

Itulah alat halau lalat yang saya gunakan setiap masa jika lalat muncul di rumah. Biasanya lalat dirumah tak banyak. Dengan adanya pemukul lalat plastik, anda dapat membunuh lalat dengan pantas dan berkesan.

Lagipun, menggunakan alat pemukul lalat plastik bagi memburu atau halau lalat adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Akan timbul satu kepuasan setiap kali lalat berjaya dipukul dengan tepat. Kita mengharapkan ada lagi lalat yang datang agar pemburuan dapat diteruskan dengan lebih seronok.

2 lagi petua halau lalat,

  Apa yang saya petuakan di atas, itulah yang saya syorkan pada saudara saya. Anda juga boleh gunakan petua yang sama. Bukan halau lalat sebenarnya jika anda menggunakan pemukul lalat plastik. Sebaliknya anda lebih menjadi pembunuh lalat.

 Berikut saya kongsikan lagi dua petua halau lalat yang saya dapat daripada sini untuk anda cuba amalkan. Manalah tahu kalau-kalau mujarab dan berkesan.

 pertama, cuba anda ambil seranting daun kari dan kibaskan pada kawasan yang ada lalat. Kemudiannya ambil secekak daun kari itu, masukkan ke dalam gelas yang bersisi air. Letakkan gelas tersebut di sudut meja yang ada lalat.

Cara keduanya, cuba ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat yang berada di atas meja anda. Rasanya daun belimbing lebih praktikal dan mudah berbanding daun kari. Kerana daun kari itu berharga dan agak sukar untuk didapati terutamanya di kawasan bandar.

Saya tak pasti samada petua halau lalat yang diberikan di atas dengan daun kari atau daun belimbing itu berkesan atau tidak. Tapi yang pastinya, jika kita mengibas lalat yang ada di atas meja dengan apa saja benda samada daun atau plastik, sudah tentu lalat akan lari. Cuma yang tak seronoknya adalah dia akan kembali.

  cara paling mujarab, dan berkesan untuk halau lalau yang ada di atas meja makan anda adalah dengan menggunakan alat pemukul lalat plastik yang saya kongsikan di atas sekali. Pergi dapatkan alat pemukul lalat segera dan jadilah pemburu lalat yang hebat!


RESEPI KEK COKLAT MUDAH DAN SEDAP?


Cuti minggu ni memang kami sekeluarga tak kemana2..Tutup pintu tingkap 24 jam sebab jerebu kuat sangat.Kalau buka je pintu boleh nampak jerebu dalam rumah.Jadi berkurung la kami 24 jam..Nak bagi anak2 tak bosan ,saya pun masak la kek coklat.sebenarnya dah banyak kali buat kek ni..Saya tak suka resepi kek coklat yang  kena bubuh air panas tu..sebab kalau makan tak macam makan kek pun..macam bingka je..hahhaha..mungkin sebab dia macam basah2 dan lembik..ke saya yang tak reti buat tak tahu la..sebab rata2 resepi kek coklat yang masuk kan air panas tu,sebab rata-rata resepi kek coklat yang masuk kan air panas tu,jadi saya biasa buat resepi yang biasa saja.

bahan-bahan nya.

*1 cawan tepung gandung.
*1/2 cawan serbuk coklat.
*1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
*1/2 sudu kecil baking powder.

*2 biji telur ayam.
*1 cawan gula halus.
*1/2 sudu kecil esen vanila.

*1/2 cawan susu pekat.
*1 cawan minyak masak.

Cara-caranya.

*panas kan oven, sapu mentega dan tabur tepung gandum sikit dalam loyang(ketepikan)

1- Ayak tepung gandum,serbuk coklat ,baking powder dan soda bikarbonat (ketepikan)

2- pukul telur dan gula sampai putih.masuk kan esen vanila.

3- masuk kan susu pekat dan minyak masak..kacau sekejap.cuma untuk sebatikan dia.

4-masuk kan tepung dan serbuk coklat yang diayak tadi..masuk kan sikit2 dan kacau sebati..

5-masuk kan dalam loyang dan bakar. kalau untuk oven saya biasa saya bakar dengan suhu 175 selama 60 minit.

Untuk topping.

*100g coklat bar.
*1/2 cawan susu pekat.
*1sudu besar serbuk coklat.
*1 sudu besar mentega.

Boleh guna kaedah double boiled kalau mahu.
tapi saya guna cara mudah je..masuk dalam microwave selama seminit.
keluar kan kacau2 dan siram atas kek yang dah sejuk.

kek yang saya buat ni guna loyang kecik saja.
kalau awak guna loyang besar gandakan saja sukatan nya.


Resepi Mee Hailam sedap?


Bahan-bahannya.

* 500 g mi kuning.
* 100 g daging ayam.
* 6-8 ekor udang.
* 2 ekor sotong.
* 3 ulas bawang putih .(ditumbuk)
* 4 sudu besar sos tiram.
* 1 sudu besar kicap pekat.
* 1 sudu besar stok udang.
* 2 1/2 cawan air.
* 2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Minyak masak.

* 4 batang jagung muda.
* 1/2 batang lobak merah.
* 5 biji cendawan butang.
* 4 biji tomato.
* 1 cawan taugeh.
* 4 biji cili padi. (diketuk)
* Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng.

Cara-cara.

1.Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.

2.Masukkan udang, sotong dan ayam. Goreng selama 2 minit.

3.Masukkan air, sos tiram, kicap pekat dan stok udang.

4.Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong atau dihiris. Masak selama 5 minit. Jika perlu, tambahkan sedikit air.

5.Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sekata. Kemudian masukkan mi dan taugeh.

6.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7.Siap untuk dihidangkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng (optional).


Murid Takut Ke Tandas kerana Kejadian Dipatuk Ular.


JOHOR BAHARU: Murid Tahun Satu yang dipatuk ular di tandas Sekolah Kebangsaan Kota Masai di sini semalam pernah memberitahu oleh ibunya dia tidak mahu ke tandas kerana takut dipatuk ular.

Ibunya Hajar Norhafiza Ismail, 30, berkata anak sulungnya itu Muhammad Ar-Rayyan Nazhan Mohd Nasrul, 7, berkata dia merasa takut kerana kawannya pernah memberitahu melihat ular di tandas sekolah.

"Sehari sebelum kejadian, anak saya ada memberitahu yang dia sanggup tidak ke tandas kerana ada rakannya yang memberitahu melihat ular," katanya kepada pemberita di Hospital Sultan Ismail Khamis.

Beliau berkata beliau dihubungi pihak sekolah kira-kira 3.30 petang semalam dan pihak guru turut datang ke rumahnya untuk menghantar barang-barang sekolah anaknya.

Beliau lalu segera ke Klinik 1Malaysia untuk melihat anaknya.

"Saya melihat bibir anak saya bertukar sedikit kebiruan. Pihak klinik kemudian memindahkan anak saya ke hospital bagi menerima rawatan susulan," kata pekerja kilang ini.

Hajar Norhafiza bersyukur anaknya kini berada dalam keadaan stabil setelah  dipatuk ular yang dipercayai jenis tidak berbisa.

Guru kelas mangsa, Nurul Shazlina Abdul Aziz yang menghantar murid tersebut ke klinik berkata selepas dipatuk, murid tersebut berlari ke kelasnya di tingkat dua sambil menangis.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan yang melawat Muhammad Ar-Rayyan Nazhan di hospital memuji tindakan pantas pihak sekolah yang membawa murid berkenaan ke klinik.


7 Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi TANPA Ubat.


Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.

Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.

Tekanan Darah (Hypertension)
Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

* Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.

* 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi.

1.Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

2.Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

3.Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4.Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5.Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

6.Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:

* Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.

* Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.

* Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

* Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi.
 Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.

* Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan .

* kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

7.Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.


AYAM PANDAN THAI?


Ini resipi mat dapat dari buku. Dulu mat perati ramai yang dah buat ayam pandan ni. Jadi dengan rajinnya kita pun berusaha lah juga untuk mencubanya. Rasanya sedap, harum, lemak dan wangi.

Lagi sedap dihidangkan bersama sos khas yang disertakan resipinya sekali dalam buku itu. Sos tu guna gula Melaka, selain kicap pekat. Tapi mat ada tambah sikit bahan lain dalam sos..Jom kita tengok bahan2nya.

BAHAN-BAHANNYA.

* 400 g daging ayam bahagian dada.
* 18 - 20 helai daun pandan yang BESAR.
* Lidi penyucuk secukupnya.
* Minyak untuk menggoreng terendam.

BAHAN PEMERAP.

* 1 camca besar cincangan bawang putih.
* 1/2 camca besar cincangan halia.
* 2 camca besar santan.
* 2 camca besar sos cili.
* 1 camca besar sos tiram.
* 1 camca besar kicap pekat.
* 1 camca teh minyak bijan.
* 2 camca teh gula.
* 2 camca teh serbuk lada sulah.

BAHAN SOS.

* 160 g gula melaka.
* 25 ml cuka makan (mat letak 100ml je).
* 1 camca teh kicap pekat.
* 1 1/2 camca teh cincangan bawang putih.
* 5 - 6 cili padi, cincang halus.
* 1 camca besar sos ikan (nampla).
* 1/2 camca teh bijan, digoreng tanpa minyak hingga wangi.

CARA MEMBUATNYA.

1.Cuci daging ayam, potong kiub 1 x 1 inci dan gaul bersama bahan2 perap dan perap dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.

2.Kemudian keluarkan ayam dan bungkus menggunakan daun pandan seperti dalam gambar rajah di atas hingga siap (abaikan tangan dan jari yang montok2 itu yeaa!!). Ketepikan. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (goreng 5 - 6 bungkus sekali), kurang lebih 4 - 5 minit. Angkat, toskan dan letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga siap.

3.UNTUK SOS :Cairkan gula melaka dengan sedikit air, kemudian tapis. Masukkan semua bahan2 lain kecuali bijan. Kacau rata dan sesuaikan rasa, jika suka boleh tambah sedikit gula. Taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama ayam pandan tadi.


Pengumuman Penting Berhubung Pengambilan Pekerja Asing Tidak Lama Lagi - TPM.


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai pengambilan pekerja asing tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan telah memberi pertimbangan sewajarnya terhadap aduan dan cadangan oleh pelbagai pihak berkepentingan.

"Saya amat mengambil berat tentang isu pekerja asing dan saya sedar bahawa banyak sektor yang terjejas.

"Majikan menggesa kerajaan untuk membuka pintu kepada lebih ramai pekerja asing lagi.

"Kerajaan sedang mendengar dan akan ada pengumuman penting mengenai perkara ini dalam masa terdekat," katanya pada majlis 'Council Installation Night 2016' Persatuan Peruncit-Rantaian Malaysia (MRCA), Khamis.

Dr Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa terbuka kepada cadangan mengenai perkara itu, terutama daripada komuniti perniagaan.

Beliau juga berkata bahawa beliau telah menerima aduan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu itu.

"Saya tidak berniat untuk menyalahkan mereka, tetapi saya rasa mereka perlu bertanggungjawab untuk cadangan mereka supaya pekerja asing tidak diupah, tetapi mengambil semula pekerja tanpa izin dan pekerja tempatan bagi pihak mereka.


Wednesday 27 April 2016

7 Petua Halau Tikus Dari Rumah.


    Tikus merupakan binatang dalam kategori parasit rumah yang membawa kekotoran dan sentiasa memberi kerosakkan terutama di sekitar ruangan dapur di samping membawa risiko penyakit berjangkit seperti kencing tikus. Kehadiran binatang ini sememangnya menjelikkan tetapi bagaimana cara mengatasinya?

7 petua halau tikus dari rumah.

1. Pokok durian belanda.
Tanam pokok durian belanda dan gunakan daun durian belanda. Caranya ialah letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

2. Daun durian belanda.
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

3. Jering dan tangkai jering.
Dapatkan buah jering dan tangkai jering. Letakkan di lokasi tikus selalu berkumpul. Bau jering akan menjengkelkan tikus itu, percayalah…

4. Lada hitam.
Taburkan kawasan yang di syaki tempat laluan tikus dengan lada hitam. Tikus tak suka lada hitam kerana hidungnya sangat sensitif.

5. Perangkap.
Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering di lalui tikus. Letakkan sedikit tepung pada perangkap itu untuk menarik tikus ke situ.

6. Kucing.
Bela kucing kampung, kucing kampung adalah jenis pemburu hebat, rumah yang mempunyai kucing kampung biasanya jarang ada tikus.

7. Burung hantu.
Bela burung hantu, tikus juga merupakan diet utama pada burung hantu. Juga merupakan pemburu hebat seperti kucing, (jika anda tinggal berhampiran sawah padi atau ladang sawit).

7 Petua halau tikus dari rumah ini adalah alternatif terbaik dalam mengatasi tikus yang membiak di rumah kita, pilih yang mana bersesuaian dengan anda. Semoga masalah tikus di rumah anda dapat di atasi.


RESEPI NASI ARAB RINGKAS, MUDAH DAN CEPAT?


assalammualaikum.cuti hujung minggu bercadang untuk memasak menu istimewa?? Jom  masak nasi kabshah ayam yang super duper mudah ni.ikuti resepi di bawah yE.

Bahan-bahan.

*Beras basmathi – ada dalam set.
*Rempah tumis kabshah – ada dalam set.
*Rempah serbuk kabshah –  ada dalam set.
*1 ekor ayam .(sederhana)
*2 biji bawang besar.
*10 biji bawang putih.
*2 batang cili hijau.
*Minyak masak.
*Tomato puri.
*Garam.

Perhatian.

*1 1/2 sudu besar rempah serbuk kabshah untuk ayam panggang.

*1 sudu besar serbuk kabshah untuk nasi kabshah.

Ayam panggang.

1.Perapkan 1 ekor ayam dengan 1 1/2 sudu besar rempah serbuk kabshah, 5 ulas bawang putih yang dikisar, 2 sudu kecil garam, 2 sudu besar tomato puri dan 2 sudu besar minyak.

2.Panggang di dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180 celcius. Balikkan ayam selepas 1/2 jam. (Saya selalu guna pemanggang are-ikan je, lebih mudah).

3.Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang.

Nasi.

1.Rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan.;

2.Tumis 2 ulas bawang besar, 5 ulas bawang putih, rempah hidup (kayu manis, pelaga, bengkih, dan lumi), 1 sudu besar rempah serbuk kabshah dan 5 sudu besar tomato puri.

3.Masukkan 600ml air ke dalam tumisan dan biarkan mendidih.

4.Campurkan beras yang telah ditoskan beserta tumisan tempah dan bawang tadi ke dalam rice cooker.

5.Taburkan 1 1/2 sudu kecil garam dan 2 batang cili hijau (jangan dihiris).

6.Tanak nasi sehingga 80 % masak, kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaulkan perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya.

Cara buat sos harrah.

1.2biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar (saya tak letak kerana kurang gemar dengan baunya), cili padi dan sedikit garam.

2.Kisar semua bahan tanpa air.

Cara buat salad arab.

1.2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.

2.Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.

3.Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk alda hitam.

Bahan-bahan ini mudah disediakan kerana saya menggunakan resepi yang disediakan dalam satu kotak rempah nasi arab kabhshah….Rasanya yang enak dan mudah disediakan membolehkan mommies menyediakan nasi arab di rumah dan makan bersama ahli keluarga….Kini, tidak perlu lagi ke restoran untuk mendapatkan nasi arab…hanya memasak di rumah sahaja….Kesemua bahan pula telah disediakan di dalam sekotak bungkusan rempah nasi arab….Cuma perlu tambahkan bahan seperti timun, tomato dan tomato pur.


Tiada Keperluan Catu Air Di Negeri Sembilan .


SEREMBAN: Paras air di kesemua tujuh empangan di Negeri Sembilan masih berada dalam keadaan baik dan mampu bertahan sehingga dua bulan akan datang sekiranya tidak hujan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata untuk itu, tiada keperluan untuk kerajaan negeri melaksanakan catuan air.

"Dia punya status macam dululah...dia hujan (tapi) tak masuk dalam empangan,(tapi) hujan luar empangan. Kawasan empangan dalam keadaan yang stabil (dan) belum lagi sebabkan atau buatkan kita catu air.

tapi saya nak nasihatkan orang ramai supaya berhemat guna air. Kita masih boleh bertahan untuk dua bulan lagi tapi semua jangan membazir air. Dalam keadaan sekarang, (empangan) kita boleh bertahan sehingga bulan Jun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status terkini paras air di tujuh empangan iaitu empangan Gemencheh di Tampin, empangan Talang (Kuala Pilah), empangan Triang (Jelebu), empangan Sungai Terip (Seremban), empangan Kelinchi (Kuala Pilah), empangan Ulu Sepri (Rembau) dan empangan Sungai Beringin (Rembau). 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengenakan bayaran yang tinggi untuk lot tapak bazar Ramadan kepada para peniaga.

"Pihak Berkuasa Tempatan hanya mengenakan bayaran RM100 ke RM150 untuk bayaran angkut sampah dan sebagainya. Bazar Ramadan ini adalah peluang untuk peniaga ... saya ada dengar khabar yang tapak diberikan pada harga RM2,000 hingga RM3,000 dan ia adalah kadar yang melampau. Kalau bayaran tinggi, peniaga jangan berniaga di situ dan kalau orang tak tahu dia akan kata kerajaan yang mengenakan harga yang tinggi walhal kita mengenakan bayaran yang biasa," katanya.

Katanya, sikap sedemikian akhirnya akan membebankan pengguna yang terpaksa membayar dengan harga yang mahal.


Petua Mujarab Hilangkan Kelemumur.


Petua 1.

Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.

Petua 2.

Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampu. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.

Petua 3.

Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.

Petua 4.

Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.

Petua 5.

Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.

Petua 6.

Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu.
Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.

Petua 7.

Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

Petua 8.

Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Petua 9.

Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Selamat mencuba.


RESEPI KEK CHEESE NEW YORK?


Alangkah menariknya! Inilah resepi Kek Cheese New York yang klasik untuk memulakan minggu anda.

Kita sering saja mendengar mengenai resepi kek cheese New York yang tak menjadi-jadi. Kadang kala tak cukup masak, keknya meretak, ataupun tekstur kek cheese menjadi kasar. Kami faham situasi anda! Teruskanlah membaca untuk penyelesaian kerunsingan anda!

Teknik penyediaan adalah penentu jika resepi kek cheese New York akan berjaya, menghasilkan kek cheese yang licin lagi berkrim. Tak kurang penting juga, telur yang segar serta krim cheese yang berkualiti. Untuk mendapatkan tekstur kek cheese yang lembut dan kaya, telur perlulah dimasak bersama krim cheese dengan perlahan-lahan pada tahap suhu yang malar. Perubahan suhu ketuhar yang ketara mungkin menyebabkan kek cheese retak, dan suhu yang terlampau tinggi akan menyebabkan telur masak dengan tak sebati dan menghasilkan tekstur yang kasar. Resepi kek cheese New York ini menggunakan ‘water bath’ (dalan tin pembakar yang berisi air) untuk memasak kek cheese ini pada tahap suhu yang malar dan sesuai agar kek masak dengan perlahan-lahan. Dengan QL Eggs (QL Omega atay QL Deli Fresh kami yang segar dan berkualiti, semestinya anda akan memperolehi kek cheese yang kaya dan berkrim setiap kali.

Satu lagi soalan yang selalu ditanya adalah bagaimana untuk mengeluarkan kek cheese dari tin pembakar selepas masak. Kek cheese biasanya dibakar dengan menggunakan tin kek ‘springform’, di mana dasar tin ini boleh dikeluarkan. Gunakan tin springform tanpa lekat untuk memudahkan anda mengeluarkan kek anda. Rahsia untuk mengeluarkan kek cheese dengan mudah – alaskan dasar tin spingform anda dengan kertas parchment, yang boleh didapati di kebanyakan kedia bahan kek dan ia boleh diguna semula selepas dibasuh. (langkah penyediaan lanjut terdapat dalam resepi di bawah)

nilah resepi kek cheese New York yang asas, dengan topping beri segar. Anda boleh mengubahsuai jenis topping mengikut cita rasa anda, seperti blueberi atau topping blueberi, hirisan mangga, jem atau apa-apa saja yang anda suka!

Untuk memotong kek cheese, cara yang kami biasanya guna adalah memanaskan pisau yang tajam dengan ‘blow torch’ atau di atas api dapur untuk beberapa saat. Kemudian potong kek dan lapkan pisau dengan tuala. Anda juga boleh menggunakan segelas air panas, tetapi kami dapati bahawa cara pertama lebih berkesan.

BAHAN-BAHAN.

Untuk dasar kek.

*130 g biskut digestive, dipecah kecil.
*50 g mentega tanpa garam, dilembutkan.
*¼ sudu teh serbuk kayu manis.
*¼ sudu teh serbuk buah pala.

Untuk filling.

*500 g krim cheese.
*100 g gula kastor.
*4 biji telur QL Omega atau QL Deli Fresh.
*1 sudu teh esen vanila.
*1 sudu besar jus lemon diperah segar.
*Secubit garam.

Untuk topping.

*Beri segar (seperti strawberi, blueberi, raspberi, blackberi)
*Gula icing (diayak di atas beri, terpulang)

CARA-CARA. 

1.Guntingkan sehelai kertas parchment yang 2 hingga 3 inci lebih besar dari tin kek springform tanpa lekat 8 inci. Longgarkan tepi tin kek springform, dan letakkan kertas parchment di antara dasar dan bulatan tepi tin kek. Kemudian, ketatkan selak di luar bulatan tepi tin.

2.Untuk dasar kek, masukkan biskut, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala ke dalam mesin pengisar bersama dengan mentega. Kisar selama 30 saat sehingga halus dan sebati. Pindahkan ke dalam mangkuk.

3.Tuangkan campuran bahan dasar kek ke atas kertas parchment dan sebarkan dengan sudu. Tekan dengan bahagian belakang sudu untuk meratakan permukaannya.

4.Sejukkan dasar kek cheese di dalam peti sejuk selama 20 minit. Panaskan ketuhar kepada 180 C.

5.
Sementara itu, sediakan filling cheese. Pukulkan krim cheese dengan gula kastor di dalam mangkuk dengan menggunakan pemukul elektrik sehingga gebu. Tambahkan esen vanila, jus lemon dan garam, pukul hingga sebati.

6.Pukulkan masuk telur sebiji demi sebiji.

7.Tuangkan campuran kek cheese ke dalam tin kek dan bakar dengan menggunakan ‘water bath’. Letakkan tin kek springform ke dalam tin pembakar yang lain (untuk megelakkan air masuk ke dalam tin kek springform). Kemudian letakkan ke dalam tin pembakar yang lebih besar (atau tin memanggang). Tuangkan air mendidih ke dalam tin membakar yang paling besar dan masak dalam ketuhar pada 180 C selama 40 – 45 minit sehingga kek cheese tegar tetapi masih goyah di bahagian tengah.

8.Matikan ketuhar. Biarkan kek cheese terus masak dengan baki kehangatan ketuhar selama 25 – 30 minit sebelum dikeluarkan. Elakkan dari mengeluarkan kek cheese terus selepas mematikan ketuhar kerana perubahan suhu yang mendadak mungkin meretakkan kek cheese.

9.Panaskan pisau yang nipis dengan ‘blow torch’. Longgarkan pinggir kek cheese dari tin kek dengan pisau yang telah dipanaskan. Buka gesar tin kek dan tanggalkan dengan perlahan. Sejukkan kek cheese di dalam peti sejuk selama 5 – 6 jam untuknya tegar.

10.Selepas kek cheese telah tegar, pindahkan kepada pinggan. Gunakan spatula kek/pizza untuk mengangkat kek dan kertas parchment dari dasar tin kek. Tarikkan dasar tin kek menggunakan tangan satu lagi dengan perlahan.

11.Masukkan spatula kek/pizza anda di antara kek cheese dan lapisan kertas parchment. Angkatkan kek dengan berhati-hati dan tarikkan keluar kertas parchment dengan perlahan.

12.Hiaskan dengan beri, hirisan mangga atau mana-mana topping pilihan anda.


8 CARA MENGURANGKAN RASA SAKIT SENGGUGUT.


Dalam keadaan normal, setiap wanita yang tidak sedang mengandung atau belum memasuki masa menopaus akan haid selama 3 hingga 7 hari dengan jarak 25 hingga 34 hari dari masa haid terakhir.

Selain mempengaruhi emosi, haid juga kerap diikuti rasa sakit atau kejang pada bahagian bawah perut. Berikut beberapa perkara yang mungkin boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa sakit setiap kali datang bulan.

1. Teknik Botol Ajaib. ( botol panas )

Teknik ini sangat popular di kalangan wanita. Cukup dengan meletakkan botol berisi air panas atau pad panas / hangat pada bahagian perut untuk mengurangkan rasa kejang dibahagian perut.

2. Urutan.

Berbaringlah dengan posisi kaki sedikit lebih tinggi (anda boleh meninggikannnya dengan bantal). Selepas itu, urut bahagian perut / abdomen secara perlahan.

3. Sukan/Riadah Ringan.

Jangan percaya dengan mitos bahawa wanita yang sedang haid tidak boleh bersenam. Sukan ringan seperti bersenam, berjalan kaki mahupun berbasikal boleh membantu memperlancarkan aliran darah pada otot sekitar rahim. Kesannya, rasa ngilu pun akan berkurang. Jadi usah rasa ragu-ragu untuk bersenam sebelum dan ketika masa datang bulan ya.

4. Ubat tradisional .

Jika cara diatas masih belum membantu mengurangkan rasa sakit perut anda, mungkin anda boleh cuba menggunakan ramuan nenek moyang untuk mengatasi masalah kesakitan haid. Tumbuhan berubat seperti daun dewa, mawar, siantan / soka, daun hia / baru cina, teki dan temu lawak, dipercayai mempunyai banyak khasiat. Diantaranya, mempunyai kesan analgetik (meredakan rasa sakit), melancarkan peredaran darah serta mencairkan bekuan darah.

5. Kunjungi Doktor.


Rangkaian tips diatas adalah cara untuk mengatasi kesakitan haid akibat gangguan utama yang disebabkan perubahan hormon. Selain gangguan utama, ada juga gangguan menengah. Gangguan menengahdialami oleh wanita yang biasanya tidak mengalami gangguan utama. Biasanya gangguan tersebut berhubungan dengan gangguan ginekologis seperti endometriosis, penyempitan serviks, malposisi uterus, penyakit radang pelvis maupun ketumbuhan di panggul. Oleh kerana itu, jika anda mengalami gangguan seperti ini, anda diharuskan berjumpa doktor pakar untuk merawat kesakitan anda.

6. Diet Sihat.

 Ini termasuk banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, serta air yang banyak. Cuba untuk mengesan bagaimana makanan tertentu mempengaruhi tempoh kesakitan perut anda. Makanan yang mengandungi banyak serat amat berguna dalam pembersihan estrogen yang berlebihan (yang boleh membawa kepada tempoh dan kekejangan yang lebih berat dan lebih menyakitkan)

7. Ambil pil tambahan kesihatan.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa Vitamin E, thiamine dan Omega-3 tambahan boleh mengurangkan rasa senggugut. [1] Zink dan kalsium telah didapati mengurangkan kekejangan, kembung dan PMS. [2] Kalsium dan magnesium mengurangkan kesakitan otot, tetapi perlu diambil untuk 2-3 bulan setiap hari sebelum mendapat kesan yang ketara.

8. Elakkan pengambilan alkohol dan kopi.

Alkohol dan kafein di dalam kopi akan membuat kekejangan perut anda bertambah teruk.


Bomba Berdepan Busuk Sampah, Asap Toksik Padam Kebakaran.


KLANG: Seolah-olah tugas memadam kebakaran dalam cuaca panas tidak mencukupi, anggota bomba di sini perlu berdepan pembakaran terbuka di tapak pembuangan sampah haram bersaiz sebesar lapan buah padang bola sepak yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

Operasi yang bermula Sabtu lalu itu dilakukan dengan bantuan pihak berkuasa negeri lain.

Pasukan Zaidi, dibantu pegawai-pegawai daripada Majlis Perbandaran Klang, Pejabat Daerah dan Tanah Klang serta anggota bomba dari Balai Bomba Andalas, Port Klang, Sg Pinang dan Kota Raja yang telah berusaha mengawal keadaan.

Seramai 45 anggota bomba dan pegawai akan ditempatkan di sana pada siang hari dan 25 orang pada waktu malam.

Zaidi berkata pihak yang tidak bertanggungjawab telah membakar beberapa tempat di kawasan ini untuk mencari besi buruk, dengan kebakaran menjadi semakin merebak disebabkan oleh cuaca.

Zaidi berkata operasi dibahagikan kepada dua sektor di mana setiap sektor adalah sebesar empat padang bola sepak.

"Kebakaran berlaku selama hampir seminggu, itulah sebabnya kita bekerja sepanjang masa untuk memadamnya.

"Kami mengambil masa tiga hari untuk memadamkan api dalam sektor satu dan kami menyasarkan untuk membersihkan sektor dua pada Jumaat ini," kata Zaidi kepada The Star.

Beliau berkata, asap dan wasap toksik dari kebakaran adalah berbahaya kepada sesiapa sahaja yang dekat dengannya terutamanya pasukannya.

Pasukan itu juga telah berdepan dengan masalah kekurangan sumber air, dan terpaksa mengambil jalan keluar dengan menggunakan lori tangki.

"Kami mempunyai tiga buah lori tangki dalam keadaan bersedia.

"Setiap kapal tangki boleh menampung sehingga 20,000 liter air jadi kami berulang-alik untuk mendapatkan air dari sebuah kawasan perumahan, iaitu kira-kira 5km dari sini," kata Zaidi.

Setiap hari, pasukan itu memerlukan sekurang-kurangnya 15 lori tangki.

Bomba veteran A. Selvarajoo, yang sudah berkhidmat selama 35 tahun berkata sukar untuk dirinya berdepan dengan bau busuk.

"Saya ada banyak pengalaman memadamkan api tetapi kali ini sukar kerana baunya dan asap yang bertoksik. Bekalan air juga sukar.

"Ia adalah satu tugas yang susah tetapi kami perlu melakukannya," katanya yang berusia 59 tahun itu.

Helmi Ismail, 26, bimbang akan terbakar dalam timbunan sampah.

"Saya masih baru untuk operasi seperti ini jadi ia sukar bagi saya tetapi saya berterima kasih dengan adanya sokongan dan nasihat daripada senior saya, saya boleh melakukannya," kata Helmi yang hanya menyertai pasukan Bomba dan Penyelamat setahun yang lalu.

Mereka berharap rakyat akan lebih bertanggungjawab dan tidak memulakan pembakaran terbuka di mana sahaja.


Tuesday 26 April 2016

Zurinah Hassan Terima Anugerah Sasterawan Negara Ke-13


PUTRAJAYA: Penulis dan penyair wanita tanah air Datuk Dr Zurinah Hassan atau lebih dikenali dengan nama pena Haniruz malam Selasa menerima Anugerah Sasterawan Negara Ke-13.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan anugerah tersebut kepada Zurinah - wanita pertama menerima penghormata
n itu.

Beliau menerima wang tunai RM60,000, Warkah Penghormatan Negara dan tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskah karya beliau yang akan dibeli oleh kerajaan untuk diedarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Pada 13 Oktober lalu, Mahdzir mengumumkan Zurinah sebagai penerima anugerah itu berdasarkan kecemerlangan dan sumbangan terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pengiktirafan yang diterima.

Mula dikenali dengan sajak "Sesayup Jalan" yang dihasilkan pada 1974, Zurinah, 67, mengembangkan bakatnya dengan menulis cerpen, novel dan puisi sehingga terhasilnya kumpulan puisi "Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour", 2010 terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Antara kejayaan lain beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Puisi Putera 1984, Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2004 serta Anugerah Puisi Negara-negara ASEAN (Sunthorn Phu Poet Laureate) 2013 serta Hadiah Sastera Perdana.

Zurinah juga menghasilkan Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi pada 2003, dan antara hasil tulisan ilmiah beliau ialah mengenai Sasterawan Negara Usman Awang (1990).

Beliau juga menghasilkan sebanyak 19 buku antologi sajak, puisi, kajian sastera, autobiographi, memoir, antologi cerpen dan novel sepanjang bergiat aktif dalam bidang penulisan sejak 1963.

Beberapa karya puisi dan sajak beliau juga diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun, Perancis, Sepanyol dan Rusia.

Anugerah Sastera Negara merupakan anugerah tertinggi negara kepada sasterawan.


RESEPI MACAM MACAM KEK KUKUS ENAK DAN SEDAP?


Kek coklat sememangnya menjadi kegemaran anak-anak termasuk juga golongan dewasa. Kek yang disaluti coklat apatah lagi jenis kek coklat kukus memang lah menjadi tarikan ramai orang dan sedap. Di bawah ini resepi kek coklat kukus sedap.

Bahan-bahan untuk membuat kek.

* 1 cawan gula pasir.
* 1 cawan serbuk koko.
* 1 cawan minyak masak.
* 1 cawan susu cair.
* 1/2 cawan susu pekat manis.
* 1 1/4 cawan tepung gandum.
* 1 sudu kecil baking powder.
* 1 sudu kecil soda bikarbonat.
* 3 biji telur.

Cara-cara membuat kek kukus coklat sedap.

1.Masuk dan campurkan gula pasir, serbuk koko, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masakkannya sehingga semua bahan tadi sebati dan masak rata.

2.Sebelum itu ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.

3.Kemudian pukul telur sampai kembang dan campurkan dengan adunan koko. Gaul rata dan campurkan semua adunan tepung.

4.Selepas itu gaulkan semua bahan tadi hingga sebati dan tuangkan ke dalam acuan.

5.Anda harus menutup acuan tadi dengan aluminium foil.

6.Aluminium foil digunakan supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.

7.Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek nanti.

Bahan-bahan untuk membuat topping.

* 150 g thickened/whipping cream
* 150 g coklat masakan
* 15 g butter

Cara-cara.

1.Campurkan coklat masakan dan thickened cream dalam satu bekas.

2.Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.

3.Kacau sehingga sebati dan kemudian tambahkan butter.

4.Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat ganache ke atas kek.

5.Curahkan secara perlahan-lahan agar semua coklat tadi rata di atasnya.


Petua cara melegakan senak sakit perut cirit birit.


Sesiapa yang melalui sakit, senak perut atau cirit birit pastinya akan merasai bertapa azabnya kesakitan tersebut sehingga melemahkan sistem imunisasi tubuh badan.

Malah terpaksa kerap kali ke tandas disebabkan cirit birit sehingga tiada apa-apa yang ‘dikeluarkan’ melainkan hanya cairan sahaja.

Hal ini turut terjadi kepada penulis semasa pulang ke kampung, berkemungkinan penulis tersalah makan, antara punca yang menyebabkan gejala sakit perut atau keracunan makanan berlaku.

Semasa di kampung jarak untuk ke hospital ataupun klinik desa jauh, tambahan gejala sakit, senak perut atau cirit birit berlaku pada waktu tengah malam atau awal pagi, ia membataskan penulis mendapat rawatan dengan kadar segera.

Dalam waktu kecemasan sebegini, petua atau rawatan tradisional amatlah diperlukan sebagai ikhtiar terakhir bagi menyembuhkan kesakitan tersebut.

 Mujur ada Opah penulis menyediakan ubatan dan petua tradisional bagi mengurangkan dan melegakan kesakitan yang dihadapi penulis.

Oleh kerana kesannya positif, disini penulis kongsikan cara untuk melegakan sakit, senak perut atau cirit birit secara tradisional.


Petua Hilangkan Dan Melegakan Sakit Senak Perut Atau Cirit Birit.

1.Minyak gamat.

2.Segelas air suam.

3.Tungku besi yang selalu digunakan oleh wanita selepas bersalin, jika tiada tungku besi boleh juga menggunakan batu atau bata dan saiz mengikut kemampuan ketahanan perut anda untuk menampung berat objek tersebut.

Cara-Cara.

* Titiskan minyak gamat sekadar dua atau tiga titis kedalam air suam, teruskan minum jangan biarkan tompokan titisan minyak gamat itu ‘pecah atau mengembang’ di dalam air suam tadi.

* Panaskan tungku besi atau batu, kemudian balutkan objek tersebut dengan kain bagi mengurangkan rasa panas, seterusnya letakkan ia dibahagian perut dalam posisi anda sedang baring.

* Biarkan seketika sehingga anda rasa kesakitan itu kurang.



6 Cara Mengatasi Bayi Demam Kuning.


Demam kuning atau ‘jaundice’ adalah perkara biasa yang berlaku pada bayi. Tidak kira pada bayi cukup bulan atau pramatang, jika ia berlaku, perkara paling penting ialah jangan panik. Pihak hospital akan memantu perkara ini dimana r
awatan akan diberikan pada bayi dengan sebaiknya. Bayi pramatang amat tinggi kebarangkaliannya. Pastikan demam kuning bayi tidak berpanjangan.

Apakah rawatan dan ubat untuk penyakit demam kuning?

Untuk rawatan, doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis pada kadar yang lebih rendah. Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi atau kekurangan air. Dalam kes terpencil, sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.

Apakah punca demam kuning?

Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Mudah untuk mengetahuinya, di mana bayi terbabit mempunyai akan mengeluarkan najis berwarna kuning dan air kencing jernih.

Sila ikuti petua dan tips di bawah untuk menghilangkan demam kuning.

6 cara menghilangkan demam kuning.

1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

2. Ibu perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice.

3. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidap jaundice

4. Elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.

5.  Beri hisapan madu dari jari ibu atau bapa bayi sendiri. Amalan ini tidak tertumpu kepada bayi yang menghidap jaundice sahaja.

6. Buat urutan lembut di atas kening bayi iaitu dari pangkal mata ke dalam pangkal mata luar sambil berselawat atau bertasbih. Paling kurang 7 kali setiap kali. Ini dapat membantu mengelakkan kuning naik ke kepala. Bimbang akan diserang sawan.


RESEPI IKAN MERAH MASAK ASAM PEDAS.wow.


Assalamualaikum, Hari ni saya masak asam pedas kegemaran kami sekeluarga.  Kalau dah peminat no 1 asam pedas, kalau makan kat luar pun mesti nak cari asam pedas juga. Tapi biasalahkan, kalau masak sendiri, lagi puashati dan puas makan. Resepi ni biasa2 je, yg penting kita guna ikan segar yg menepati citarasa kita.barulah umphhhhhh masakan kita tu. Kalau lauk asam pedas, laparnya terus lain macam, kenyangnya pun lain macam juga.

Bahan-Bahan.

* 1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong.
* 2 biji tomato-belah 4.
* secekak daun kesom-agak2lah ya.
* 2 btng bunga kantan-belah 2.
* 1btng serai- di ketuk.
* 3/4 cawan air asam jawa. (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
* Garam dan sedikit gula.
* minyak utk menumis.

Bahan Kisar.

* 1 cawan cili kisar.
* 1 inci kunyit hidup.
* 1 inci halia.
* 1 biji bawang besar.
*  biji bawang merah.
* 3 ulas bawang putih.
* 1/2 inci belacan, dibakar.
* 1 sudu kecil lada hitam biji.(*di tumbuk kasar)
* Air secukupnya -dlm 4 cwn.

Cara-Cara.

1.Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
2.Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
3.Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
5.Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
6.Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


resepi kuih lapis sedap.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua. Rasanya semua dah bersarapan pagi ni.Kuih lapis ni saya buat untuk minum petang. Biasalah kalau dah siap masak.yang sukakan kuih jenis berkukus.Ini adalah antara kuih lapis yang selalu saya buat dan rasanya lembut dan sedap.Buat kuih lapis ni kenalah bersabar,sekiranya kuih yang kita buat tu tak menjadi, janganlah kita salahkan pd tuan punya resepi. Kita mestilah kaji di mana silapnya kita.mungkin kita kukus sekejap sangat atau sukatan tak berapa betul.

Pastikan setiap lapisan yang kita kukus tu membeku,kadang2 lapisan yang pertengahan kena lebihkan masa sikit sbb lapisan dah tebal.masa ini kita kena pandai mengagak ikut kesesuaian. Sekiranya adunan tak membeku betul, adunan akan bercampur dngn adunan warna lain.Inilah saja cara saya untuk pastikan kuih lapis ni menjadi dan cantik.Di sini saya sekadar berkongsi sedikit petua utk pastikan kuih lapis ni menjadi. Kalau yg rajin tu bolehlah guna 7 warna pada setiap adunan sebab namanya kuih lapis pelangi.Saya guna loyang 10 inci untuk resepi ini.Kawan2 bolehlah buat separuh adunan sekiranya terasa kuih ni terlalu banyak.

Bahan-bahan.

* 1 1/2 cawan tepung gandum.
* 1 1/2 tepung beras.
* 1/2 cawan tepung ubi.
* 1 1/2 cawan gula pasir.
* 8 cawan santan sederhana pekat.( 1 1/2 biji kelapa parut)
* 1 sudu kecil garam.
* pewarna merah, hijau, putih, kuning.

Cara Penyediaan.

1.Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.

2.Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.

3.Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.

4.Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar.nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.

5.Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.

6.Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.

7.Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.

8.Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).

9.Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.



Belum Ada Keperluan Bekalkan Antivenom Ular Di Sekolah.


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menjelaskan belum ada keperluan untuk membekalkan antivenom ular di sekolah-sekolah walaupun berlaku beberapa kes murid dipatuk ular baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata bekalan antivenom yang digunakan untuk rawatan patukan ular berbisa boleh diperoleh di semua hospital kerajaan di negara ini.

"Bukan semua ular yang patuk itu berbisa. Terdapat dua jenis ular, satu yang berbisa dan satu bukan berbisa. Jadi, antivenom hanya digunakan untuk patukan ular yang berbisa sahaja dan antivenom itu kita jamin bekalannya memang mencukupi," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, di sini Selasa.

Beliau mengulas beberapa kes pelajar dipatuk ular, terbaharu seorang pelajar tingkatan tiga sekolah berasrama penuh, Sekolah Dato' Abdul Razak Sungai Gadut, Seremban, yang dipatuk ular pada Sabtu lepas dan kes seorang murid tahun dua yang dipatuk ular dalam kawasan sekolah semasa kelas Pendidikan Jasmani di padang sekolahnya di Rembau, Rabu lepas.

Selain itu, seorang murid tahun satu, Nuriey Nadhirah Roslan, 7, meninggal dunia dipercayai akibat dipatuk ular pada 19 April lepas di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam perkembangan lain, pada sesi soal jawab di Dewan Negara Dr Subramaniam berkata beberapa kajian lanjutan perlu dilakukan sebelum kerajaan membuat keputusan mengenai penggunaan vaksin denggi di negara ini dan keputusan mengenai kelulusan penggunaan vaksin itu akan dibuat pada Jun atau Julai ini.

Katanya syarikat farmasi telah mengemukakan penilaian, dan vaksin akan didaftarkan dalam negara, namun terpulang pada kerajaan menentukan bagaimana vaksin itu boleh digunakan.

"Berdasarkan hasil kajian yang ada, ia akan menjadi garis panduan bagaimana ia boleh digunakan, kita jangka keputusan boleh dibuat pada bulan Jun atau Julai akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Chandra Mohan S Tambirajah yang mahukan kepastian adakah Malaysia akan mengikut jejak langkah Filipina menjadi negara Asia pertama yang meluluskan penjualan vaksin demam denggi pertama di dunia baru-baru ini.

Dr Subramaniam berkata berdasarkan hasil kajian yang dibuat, vaksin denggi tersebut boleh mengurangkan kes-kes denggi serius dan mengurangkan jumlah kes yang perlu dimasukkan ke hospital yang merupakan suatu petunjuk yang baik.

Sementara itu, ketika menjawab soalan asal Senator Datuk Abdul Rahman Mat Yasin mengenai kaedah dan teknik dalam mengawal pembiakan nyamuk Aedes bagi membendung denggi, Dr Subramaniam berkata, sehingga 5 April lepas sebanyak 574 lot tanah kosong seluruh negara telah dibersihkan sebagai salah satu cara mengawal pembiakan Aedes.

Selain itu katanya, Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes secara besar-besaran di seluruh negara telah diadakan dalam tempoh dua bulan bermula 11 April terutama di lokasi 'panas' dan wabak.