Wednesday, 27 April 2016
Filled Under:
berita semasa
Tiada Keperluan Catu Air Di Negeri Sembilan .
Posted By:
Unknown
on 04:14
SEREMBAN: Paras air di kesemua tujuh empangan di Negeri Sembilan masih berada dalam keadaan baik dan mampu bertahan sehingga dua bulan akan datang sekiranya tidak hujan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata untuk itu, tiada keperluan untuk kerajaan negeri melaksanakan catuan air.
"Dia punya status macam dululah...dia hujan (tapi) tak masuk dalam empangan,(tapi) hujan luar empangan. Kawasan empangan dalam keadaan yang stabil (dan) belum lagi sebabkan atau buatkan kita catu air.
tapi saya nak nasihatkan orang ramai supaya berhemat guna air. Kita masih boleh bertahan untuk dua bulan lagi tapi semua jangan membazir air. Dalam keadaan sekarang, (empangan) kita boleh bertahan sehingga bulan Jun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status terkini paras air di tujuh empangan iaitu empangan Gemencheh di Tampin, empangan Talang (Kuala Pilah), empangan Triang (Jelebu), empangan Sungai Terip (Seremban), empangan Kelinchi (Kuala Pilah), empangan Ulu Sepri (Rembau) dan empangan Sungai Beringin (Rembau).
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengenakan bayaran yang tinggi untuk lot tapak bazar Ramadan kepada para peniaga.
"Pihak Berkuasa Tempatan hanya mengenakan bayaran RM100 ke RM150 untuk bayaran angkut sampah dan sebagainya. Bazar Ramadan ini adalah peluang untuk peniaga ... saya ada dengar khabar yang tapak diberikan pada harga RM2,000 hingga RM3,000 dan ia adalah kadar yang melampau. Kalau bayaran tinggi, peniaga jangan berniaga di situ dan kalau orang tak tahu dia akan kata kerajaan yang mengenakan harga yang tinggi walhal kita mengenakan bayaran yang biasa," katanya.
Katanya, sikap sedemikian akhirnya akan membebankan pengguna yang terpaksa membayar dengan harga yang mahal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment