Sunday 24 April 2016

Filled Under:

telefon bimbit dicaj meletup lelaki cedera.


SUNGAI PETANI: Seorang pemandu bot berusia 27 tahun cedera pada tangan dan muka selepas telefon bimbit miliknya yang sedang dicaj tiba-tiba meletup awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 3pagi di rumah mangsa, Muhammad Syawal Md Isa, di Kampung Titi Serong, dekat Yan, di sini, yang baru bangkit dari tidur dikatakan cuba menjawab panggilan ketika telefon berkenaan berdering.

Berdasarkan maklumat, letupan berlaku ketika mangsa menekan butang pada telefon bimbit yang dipegangnya itu menyebabkan mata, muka dan tangan kanannya cedera.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Yan oleh ahli keluarga sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk rawatan lanjut.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail,kenyataan di sini, sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan Unit Kecemasan Hospital Yan mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan pada muka kanan, telinga kanan, dada sebelah kanan dan tangan kanan.

"Dari segi kecederaan dialami kita dapati ada kesan terbakar dengan serpihan besi pada bahagian kanan muka, dada dan tangan kanan, selain kecederaan pada mata kanan iaitu luka pada kornea mata kanan dan terdapat serpihan bendasing di dalam mata berkenaan.

"Mangsa turut mengalami pendarahan pada telinga kanan dengan kesan gegendang telinga berlubang iaitu pecah dipercayai akibat kesan letupan," katanya yang mengesahkan mangsa mungkin dirujuk ke Hospital Sungai Buloh di Selangor untuk pemeriksaan lanjut Pakar Oftalmologi.





0 comments:

Post a Comment