Saturday, 2 April 2016

Filled Under:

Abang Manja Rupanya GANAZZZ

Ingat tak aritu Lara terperangkap dalam kesesakkan lalulintas masa nak gi keje?
Sampai Lara kena potong gaji sebab lambat sampai.huhuhuhu
Kemudian baru dapat tahu apa yang terjadi.
Jadi Lara pun jadilah inspector gajet.... baru tau sebenarnya apa yang benar benar berlaku.
Kenapa abg abg manja teksi mengganazz aritu.


Kepada yang kurang tahu macam Lara. Uber dan juga Grabcar adalah serbis perkhidmatan pengangkutan seperti Teksi atau dalam terma inggerisnya "app connected limo service".

Menggunakan khidmat kereta biasa sekecil Myvii. Dan kedua dua nya di "booking" secara online. Sesiapa yang menggunakan phn android boleh memuat turun aplikasi Uber dan juga Grabcar.

Sudah lama kedua dua perkhidmatan ini digunakan di negara luar.

Caj perkhidmatan adalah berdasarkan jarak & masa perjalanan yang dikira melalui aplikasi gps dan peta yang terbina di dalam aplikasi.

Uber bertapak di Malaysia sejak 18 Oktober 2013. Alex Yoong pelumba kereta dan juga artis Felina Cheah antara pengguna pertama menggunakan perkhidmatan ini.

Grabcar pula memulakan serbis mereka di Malaysia sejak Jun 2014. Di mulakan dengan aplikasi Myteksi dan kemudiannya Grabcar.

Setahu Lara... beza antara perkhidmatan Uber dan Grabcar :

Pengguna Uber perlu ada kad kredit. Smua caj akan terus ditolak dari akaun kad kredit pengguna.

Pengguna Grabcar pula boleh memilih untuk membayar secara tunai atau kad kredit. 

Kenapa ramai MEMILIH menggunakan khidmat Uber dan Grabcar?? Lara pun tertanya tanya...

Sebab PERTAMA : Smua pemandu DI SARING oleh syarikat tersebut sebelum di benarkan menjadi pemandu Uber dan Grabcar. Kedua dua syarikat memastikan setiap pemandu TIADA rekod jenayah.

Sebab KEDUA : Semua kenderaan adalah milik persendirian dan MESTI berumur kurang dari LIMA tahun!!

Sebab KETIGA : Oleh kerana sebab sebab di atas, kenderaan yang digunakan sentiasa berkeadaan baek. Pemandu pun tidak memandu dengan merbahaya dan laju. Minyak dan kerosakan kenderaan di tanggung sendiri.  

Mesti la jaga sebab KERETA SENDIRI... Lara sendiri pun jaga kereta letak wangian dan bersih. Apatah lagi kalau guna untuk cari makan begini.

Sebab KEEMPAT : Gambar pemandu, no telefon pemandu dan no plate kereta di paparkan di aplikasi. Jadi pengguna kondifen nak naek.

Sebab KELIMA : Perkhidmatan Pemandu Uber dan Grabcar berdasarkan RATING!! Jika pengguna membuat aduan dan memberi rating rendah melalui aplikasi tentang prestasi pemandu dan kenderaan. Pemandu tersebut akan di "BAN" seumur hidup!!! Maknanya kalau bermasalah mereka tidak lagi dapat cari makan sebagai pemandu Grabcar dan Uber sampai BILA BILA.

Sebab KEENAM dan yang paling PENTING : Kalau lihat dari aplikasi serbis yang ditawarkan. Punya la MURAH !!!!! Jauh berbeza cam langit ngan bumi dengan caj perkhidmatan TEKSI!!!




Yang nyata Adik faham kenapa abang abang manja Teksi marah. Sampai bertindak ganazzzz.
Periuk nasi mereka TERANCAM!!! Perkhidmatan Uber dan Grabcar juga sebenarnya tidak ber "LESEN" macam di pekan pekan kecil... org panggil PREBET SAPU.

Tepuk dada tanya perut.... Nak guna Teksi atau perkhidmatan Uber dan Grabcar.

ps : perut Lara tak gendut tau... Lara selalu gi gym :p




0 comments:

Post a Comment