Thursday, 21 April 2016

Filled Under:

Resepi Sotong Masak Kicap Berempah.


Resepi Sotong Masak Kicap Berempah ni agak istimewa dari masak kicap biasa. Kalau anda mencari sedikit kelainan untuk masakan sotong boleh mencuba. Sotong yang ada telur di dalamnya lagi sedap. Sebenarnya masakan ni ala-ala masakan daging hitam, cuma diolah untuk sotong dan hasilnya sangat menyelerakan. Sesuai dimakan bersama nasi putih atau yang berperisa seperti nasi jagung, nasi kunyit atau yang serupa dengannya.
MASA.

PENYEDIAN: 15minit | MEMASAK: 20minit | KESELURUHAN: 35minit
JUMLAH HIDANGAN: 4orang

BAHAN BAHAN:

  • 8-10 ekor sotong, dibersihkan.
  • 3 sudu besar cili kisar.
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul.
  • 1 batang serai, dititik.
  • 1 biji tomato, hiris nipis.
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar.
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • kicap manis, secukupnya.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis.
BAHAN UNTUK DIKISAR atau TUMBUK HALUS:
  • 1/2 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang merah.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
BAHAN UNTUK REMPAH TUMIS:
  • 2 biji bunga lawang.
  • 1 batang kayu manis.
  • 3 batang cengkih.
  • 4 biji buah pelaga.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan pula daun pandan, serai, tomato dan sotong. Apabila sotong sudah separuh masak, tuang kicap manis bersama sos tiram. Masak sehingga sotong lembut. Perasakan guladan garam secukupnya. Hati-hati kerana kicap sudah manis.
  2. Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar dan kacau dalam 2-3 minit.
  3. Angkat dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA?





0 comments:

Post a Comment