Thursday, 21 April 2016

Filled Under:

RESEPI IKAN MASAK TIGA RASA ?

Resepi Ikan Masak 3 rasa, untuk resepi ini, saya menggunakan ikan siakap, boleh jugak digantikan dengan ikan bawal, Ikan masak tiga rasa memang tak asing lagi di restoran masakan Thai di Malaysia.

BAHAN BAHAN.

Bahan untuk menggoreng ikan.

  • 1ekor ikan siakap.
  • 2sudu besar tepung jagung.
  • Sedikit garam.
  • Sedikit Kunyit.
BAHAN UNTUK KUAH.

  • 4ulas bawang putih, dicincang halus.
  • 3biji bawang merah, dicincang halus.
  • 1inci halia, dicincang halus.
  • 1biji bawang besar dipotong bulat.
  • 1biji tomato dipotong dadu.
  • 1batang bunga kantan, dihiris nipis.
  • 1batang serai, dititik.
  • 6biji cili padi , dihiris nipis.
  • 1biji cili merah, dihiris nipis.
  • 2sudu besar cili kisar.
  • 4besar sos cili.
  • 3sudu besar sos tomato.
  • 1sudu besar sos tiram.
  • 1sudu besar sos ikan.
  • 2helai daun limau purut.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Dain bawang untuk hiasan.

Cara Penyediaan:

  1. Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika.
  4. Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
  5. Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
  6. Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.
  7. Hiasakan dengan daun sup.





0 comments:

Post a Comment