Friday 22 April 2016

Filled Under:

Barang Pos,Kurier Perlu Melalui Pemeriksaan Kastam Untuk Sekat Penyeludupan?


KUALA LUMPUR:Penghantaran barang menggunakan perkhidmatan syarikat pos dan kurier akan melalui pemeriksaan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menyekat aktiviti penyeludupan barang terlarang.

Pegawai Perhubungan Media Bahagian Komunikasi Pejabat Pos Malaysia, Mohd Asyraf Mohd Fauzi berkata selagi Kastam tidak memeriksa dan mengesahkan kandungan barang yang dihantar, pihaknya tidak akan mengedar barang berkenaan kepada penerima.

"Biasanya pihak kastam akan periksa dahulu kandungan barang yang dikurier sebelum diserahkan kepada syarikat kami (Pos Malaysia).

"Lepas pihak kastam dah periksa, tak mengandungi barang-barang terlarang, barulah kita akan ambil dan edarkan kepada penerima.

Pada 21Mac lalu, polis berjaya menumpaskan dua sindiket penyeludupan dadah yang menggunakan khidmat kurier dan berjaya merampas 4.8 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1juta dalam dua serbuan di Nilai, Negeri Sembilan dan Klang, Selangor serta menahan tiga lelaki warga Afrika yang terlibat dalam sindiket itu.




0 comments:

Post a Comment