Sunday, 24 April 2016
Filled Under:
resepi masakan
RESEPI RENDANG AYAM.
Posted By:
Unknown
on 09:29
Resipi Rendang Ayam, sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Di sebelah utara atau juga di sesetengah kawasan lain, rendang ayam juga dimakan bersama pulut kuning, iaitu pulut yang dikukus dan digaulkan bersama santan. Memang sedap, bagi sesiapa yang belum pernah makan pulut kuning bersama rendang, harus mencuba. Ada beberapa cara untuk memasak rendang, cara yang pertama menggunakan kaedah tumis bahan kisar di dalam minyak dan cara yg kedua pula tidak menggunakan minyak tetapi dimasak dia dalam santan yang pekat sehingga pecah minyak. Resepi di bawah adalah menggunakan kaedah yang pertama.
Bahan-Bahan.
Bahan untuk di kisar...
* 5 ulas bawang putih.
* 5 ulas bawang merah.
* 2 biji bawang besar.
* 2 cm kunyit hidup.
* 2 inci halia.
* 2 inci lengkuas.
* 2 batang serai, hiris nipis.
* 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus.
Bahan-bahan berkaitan lain.
* 1 kg ayam, potong ikut selera anda.
* 3 sudu besar kerisik.
* 2 senduk minyak, untuk menumis.
* 2 cawan santan pekat.
* 1 cawan santan cair.
* 2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar.
* 2 keping asam keping.
* 2 sudu besar sos tiram.
Cara Penyediaan.
Cara untuk memasak...
1.Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.
2.Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.
3.Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.
4.Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
5.Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.
Tips.
Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment