Saturday, 23 April 2016

Filled Under:

buaya tembaga muncul di pantai puteri melaka.


MELAKA: Kurang 24jam seekor buaya tembaga sepanjang hampir dua meter ditemui di permukaan sungai di Empangan Pasang Surut, Klebang, di sini, penduduk sekali lagi digemparkan dengan kemunculan reptilia itu di pesisir Pantai Puteri, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, buaya dipercayai spesies tembaga sepanjang kira-kira 4.5 meter itu dilihat kira-kira 500 meter dari pesisir pantai berkenaan.

Penduduk dari Pantai Kundor, Roslan Hamid, 35, mendakwa kerap melihat kelibat haiwan itu jika singgah di kawasan pantai untuk berehat.

"Setahu saya, buaya jenis ini berhijrah dari Sungai Linggi ke Pulau Gadong sebelum ke Sungai Muar, Johor dan ada masa kembali semula ke Sungai Linggi.

"Kadang-kadang ia keluar dan biasanya kelihatan kira-kira 500 meter dari tepi pantai," katanya ketika ditemui, hari ini.

Tinjauan BH mendapati, buaya berkenaan masih berada di pantai itu kira-kira jam 11.30 pagi manakala sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu turut memantau lokasi bagi tujuan keselamatan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri, Noorzakiah Hanum Mohd Noh, berkata kawasan itu adalah habitat reptilia berkenaan, namun tidak diwartakan sebagai tempat larangan.

"Penduduk sekitar mengetahui kewujudan buaya di situ tetapi agak menghairankan mengapa reptilia itu kerap muncul kebelakangan ini.

"Kita akan memasang jaring Isnin ini, namun peluang untuk menangkapnya tipis kerana keadaan laut yang luas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Penguasa Bomba Kanan II, K Kalaiselvam, berkata lapan anggota dan sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 10.53 pagi.

"Buaya itu tidak lagi kelihatan kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi dan dikesan bergerak ke kawasan penapisan minyak,





0 comments:

Post a Comment