Monday, 25 April 2016

Filled Under:

6 Cara Berkesan Basmi Anai-Anai.


Anai -anai merupakan serangga perosak yang berwarna putih. Kebiasaannya anai-anai ini akan memakan kayu yang sudah lapuk. Namun, terdapat juga kes anai-anai makan kayu yang masih elok dan baik seperti yang terdapat di tiang atau bumbung rumah yang sememangnya berasaskan kayu.

Sarang anai-anai adalah di dalam tanah dan dipanggil busut  kerana anai-anai sukakan tempat yang lembab, dingin dan terlindung.Anai-anai menimbulkan masalah besar jika ia menyerang rumah anda kerana ia boleh merosakkan perabut, syiling rumah, pakaian, dokumen dan lain-lain lagi.

Tempat kebiasaan anai-anai bersarang:

* Kerangka pintu.
* Kerangka tingkap.
* Parquet atau lantai kayu.
* Skirting kayu.
* Siling rumah.
* Binaan kabinet kayu.
* Wardrobes.
* Stor.


Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai?

Laluan Anai-anai.

Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot. Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

Kesan Perubahan Warna “Texture Color” Pada Bahan Kayu
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai paquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warna yang berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

Kehadiran Kelkatu.

Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

Rekahan atau Lubang.

Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda. Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

Bunyi Anai-anai – “Tik-Tik-Tik

Pasang telinga anda pada bunyi tik-tik tik kerana bunyi tersebut adalah berpunca daripada aktiviti anai-anai yang sedang memecahkan struktur kayu. Kadangkala ia juga menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.

6 Cara Membasmi Anai-Anai

1.Minyak Tanah.

Caranya cukup mudah iaitu semburkan minyak tanah di kayu yang telah diserang anai-anai dan juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini.Untuk kesan yang lebih omptimum,tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah itu.

2.Tembakau.

Tembakau berkesan terhadap anai-anai tetapi untuk kesan yang lebih efektif,anda boleh anda boleh mencampur tembakau tersebut dengan air lalu dibiarkan semalaman agar memperoleh larutan tembakau. Kemudian,semburkan air campuran itu pada kayu yang diserang dan juga sarang anai-anai itu.

3.Air Cucian Beras.

Ramai yang tidak tahu air pertama daripada basuhan beras dapat mencegah anai-anai. Caranya mudah sahaja,siramkan air tersebut di sekeliling sarang anai-anai itu.

4.Air Kapur Sirih.

Air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi anai-anai kerana sifat panas dari kapur tidak disukai anai-anai kerana ia memiliki kulit yang tipis dan lembut. Oleh itu,siramkan air kapur sirih ke kayu yang diserang dan juga sarangnya.

5.Garam Dapur.

Campurkan garam dengan air dan juga tembakau. Biarkan semalam dan semburkan air di tempat yang berkemungkinan diserang anai-anai. Anda juga boleh menaburkan sahaja garam itu di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garamnya hanya dibahagian permukaan sahaja.

6.Racun.

Pilihan yang terakhir yang boleh anda lakukan adalah beli sahaja racun anai-anai di pasaran. Namun, pastikan racun tersebut digunakan mengikut aturan. Pastikan anai-anai dihapuskan daripada bermaharajalela di dalam rumah anda untuk menyelamatkan harta benda dan mengelakkan daripada menanggung kerugian.  Selamat mencuba.




0 comments:

Post a Comment