Resepi pada kali ini memang sungguh istimewa. Saya kongsikan Resepi Gulai Daging Utara yang sedap, lebih kurang sama dengan resepi gulai kawah yang dimasak di kenduri kendara. Resepi asal adalah dari Chef Sabri yang terkenal dengan kepakaran memasak resepi ala kampung dan resepi ini mmg di olah dari resepi gulai kawah beliau. Rasa gulai daging ni memang mengingatkan kepada sedapnya gulai kenduri di kampung. Jika tiada rebung, anda boleh gantikan dengan batang pisang, ataupun kentang
BAHAN-BAHAN.
* 1 kg daging bahagian tulang.
* 1 mangkuk rebung, dihiris dan rebus.
* 2 sudu besar kerisik.
* 1 sudu besar minyak sapi.
* 1/2 senduk minyak masak.
* 2 cawan santan pekat.
* 1 cawan santan cair.
* daun kari.
* sedikit gula melaka.
* garam secukup rasa.
BAHAN UNTUK KISAR HALUS.
* 1 biji bawang besar.
* 6 ulas bawang putih.
* 2 inci halia.
BAHAN UNTUK REMPAH TUMIS.
* 1 batang kayu manis.
* 3 kuntum bunga lawang.
* 2 btg cengkih.
* 6 biji buah pelaga.
* 1/2 sudu kecil lada hitam.
BAHAN UNTUK PES REMPAH.
* 1 bungkus rempah kari daging.
* 1 sudu besar serbuk cili.
* 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
* 1 sudu kecil serbuk ketumbar.
* 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
CARA PENYEDIAAN.
1.Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut. Kalau menggunakan pressure cooker, masa memasak bergantung kepada jenis pressure cooker anda. Jika rebus menggunakan kaedah biasa, anggaran masa merebus dalam 1.5 hingga 2 jam.
2.Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis 'Bahan Kisar', daun kari dan 'Bahan Rempah Tumis' sehingga kekuningan dan naik bau.
3.Bancuh 'Bahan Pes Rempah' dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
4.Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.
5.Masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.
Friday, 22 April 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment