Friday 2 September 2016

Resepi Kek Gula Hangus Lembut

Kek Gula Hangus sesuai dihidang untuk tetamu, mahupun dimakan seisi keluarga. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

(*)1 cawan gula 
(*)1 cawan air panas 
(*)1 cawan tepung gandum 
(*)1 cwn susu pekat
(*)2 s/k baking soda 
(*)4 biji telur
(*)2 s/b butter
(*)1 s/k esen vanila

Cara-cara :

1.Masak gula dengan api sederhana hingga jadi gula hangus.
2.Tambahkan air panas, kacau sehingga menjadi air gula hangus. 
3.Masukkan butter, kacau hingga butter cair. Tutup api, biarkan sejuk. Ketepikan.
4.Dalam bekas lain, pukul telur hingga berbuih dan kembang.
5.Tambahkan susu pekat dan esen vanila ke dalam telur dan kacau sebati. 
6.Ayak tepung dan baking soda ke dalam adunan susu dan telur tadi, kacau lagi hingga sebati.
7.Campurkan air gula ke dalam adunan, sebatikan.
8.Perap adunan selama 3-4 jam. Proses pemerapan ini adalah bertujuan supaya baking soda dapat bertindak dengan adunan untuk membentuk sarang pada kek.
9.Sapu marjerin pada loyang, kemudian taburkan sedikit tepung. Buang lebihan tepung. -ini petua supaya kek mudah ditanggalkan nanti. Tuang adunan ke dalam loyang.
10.Bakar selama sejam dengan suhu 160-180 darjah. Dah sejuk, baru potong.



Resepi Kuih Keria Lembut

Kuih keria keledek merupakan kuih warisan asli di Malaysia, diperkenalkan secara turun-temurun. Selamat mencuba!

Bahan-Bahannya :

(*)600 g keledek
(*)1 s/t garam
(*)1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
(*)1 camca teh baking powder
(*)80 g gula pasir
(*)1/4 cawan air

Cara-cara :

1.Kupas keledek, potong kecil dan rebus dengan 1 sudu teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat.
2.Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
3.Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung.
4.Ambil doh tadi, bulat dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.
5.Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
6.Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata.
7.Kemudian boleh diangkat, bila sejuk kuih keria tadi akan "bersakar" dengan gula.



Resepi Sambal Ikan Bilis Kacang

Resepi warisan Sambal Bilis Kacang. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

(*)cili kering
(*)ikan bilis digoreng
(*)kacang tanah - goreng
(*)sedikit garam
(*)sedikit gula
(*)minyak masak
(*)sedikit bawang merah
(*)sedikit bawang putih

Cara-cara :

1.Panaskan minyak & masukkan bawang  merah  & bawang putih yang telah ditumbuk tadi. goreng sehingga ia nampak garing.
2.Masukkan cili kering tadi yang telah ditumbuk lumat. masak sehingga ianya garing & pecah minyak.
3.Setelah ianya hampir masak, jangan lupa masukkan sedikit garam dan sedikit gula.
4.Setelah ianya betul-betul masak tutup api dan biarkan ianya sejuk.
5.Apabila bahan yang telah ditumis tadi sejuk, baru gaulkan ikan bilis, kacang tadi sehingga rata.



Resepi Nasi Daging Utara


Memasak sememangnya tidak mudah, apatah lagi perlu bijak memilih menu yang berbeza dan sedap setiap hari. Nasi Daging Utara pastinya menjadikan hari anda berbeza, selamat mencuba.

Bahan-bahan :

(*)bawang besar
(*)bawang putih
(*)halia
(*)tomato
(*)rempah kurm
(*)rempah 3 sekawan
(*)daging direbus siap2 sehingga empuk
(*)minyak sapi
(*)beras
(*)2-3 helai daun pandan
(*)setengah tin susu cair

Cara-cara :

1.Panaskan minyak/minyak sapi.
2.Tumis rempah sekawan bersama bawang putih, halia dan rempah kurma.
3.Masukkan garam dan perasa.
4.Setelah sebati, masukkan 1 mangkuk air rebusan daging.
5.Tunggu mendidih dan masukkan beras.
6.Masukkan susu cair
7.Masukkan daging rebus dan tomato.
8.Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi elektrik dan tunggu sampai masak.



Resepi Tauhu Sumbat Johor

Resepi ringkas dan mudah, pastinya menjadi pilihan kerana bahannya sangat menyihatkan dan berzat. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

(**)10 keping tauhu
(**)taugeh
(**)sebiji timun
(**)1/2 batang carrot
(**)10biji lada merah
(**)1biji tomato
(**)4 ulas bawang putih
(**)5 s/bcili sos
(**)gula dn garam secukup rasa

Cara-cara :

1.goreng tauhu dn di potong tiga segi dan di belah tengah
2.Celur taugeh. Carrot dan timun di racik halus.
3.Sumbatkn taugeh,carrot n timun ke dalam tauhu tadi.

SOS :

1.Lada merah,tomato,bawang putih di blend.
2.Kemudian masukkn dlm periuk dan di masak.
3.Pastikn api sederhana dan di kacau selalu.
4.Apabila mendidih,masukkan cili sos,gula dan garam secukup rasa
5.Masak lagi hingga pekat.


Resepi Tradisional Kuah Kacang

Kuah kacang kebiasaannya dimakan bersama nasi impit, sate dan cucur udang. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

(**)5 cawan kacang tanah - dikisar
(**)2 batang serai - dititik 
(**)*3 s/b gula perang atau gula merah 
(**)3 s/b gula putih 
(**)3 keping asam gelugor (asam keping) 
(**)¼ cawan pati santan atau ¼ cawan susu sejat 
(**)1 s/t serbuk perasa
(**)¾ cawan marjerin 
(**)¼ cawan minyak kelapa 

Bahan-bahan B (Digoreng kering tanpa minyak dan dikisar) : 

(**)100 g cili kering 
(**)8 batang serai
(**)2 biji bawang besar
(**)3 ulas bawang putih 
(**)1 inci kunyit hidup 
(**)3 inci halia 
(**)2 inci lengkuas 
(**)½ inci belacan 

Penyediaan Bahan-bahan B :

1.Cili kering dipotong kecil dan kemudian direbus ataupun direndam dengan air panas sehingga lembut.
2.Kemudian dibasuh. Semasa membasuh, ramas cili kering supaya bijinya keluar. Kemudian toskan. 
3.Semua bahan B digoreng kering terlebih dahulu di dalam kuali sehingga naik bau lebih kurang 15 minit. 
4.Masukkan bahan B di dalam blender bersama air secukupnya. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus. 

Cara-cara menyediakan kuah kacang :

1. Panaskan marjerin dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak. 
2. Masukkan sedikit air dan kacau rata. 
3. Kemudian masukkan gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa, asam gelugor, dan serai. Kacau rata sehingga semua bahan mesra. 
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang tanah kisar dan kacau rata. Masukkan pati santan dan air secukupnya. Masak sehingga kuah mendidih.



Kuih Ketayap Lembut

Kuih tradisional ini semakin dilupakan ditelan zaman. Khas buat peminat kuih tradisional. Boleh dihidang sebagai hidangan minum petang. Selamat mencuba!

Bahan-bahan Inti :

(**)3 cawan kelapa parut putih
(**)1/2 cawan gula merah
(**)1/3 cawan gula pasir*
(**)1 cawan air*
(**)1 helai daun pandan

Bahan-bahannya :

(**)1 1/2 cawan tepung gandum
(**)2 1/3 cawan air*
(**)2 helai daun pandan, potong kecil*
(**)Beberapa titik pewarna hijau
(**)2 s/b minyak masak

Cara-caranya :

INTI KELAPA :

1.Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat.
2.Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Sejukkan.

KULIT :

1.Satukan semua bahan-bahan, kacau rata dengan whisk dan tapis, atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan dan putar hingga rata. Rehatkan 10 minit.

KETAYAP :

1.Panaskan non-stick pan bersaiz 8 inci dengan sedikit minyak, sapu permukaan non-stick pan tu dengan paper towel yang dicelup dalam minyak masak.
2.Bila panas, masukkan 1 senduk bancuhan tadi dan ratakan. Masak hingga permukaan kelihatan pucat dan seakan jernih.
3.Alih ke dalam pinggan. Letak 1 sudu teh penuh init kelapa, kemudian lipat dan gulung kemas. Buat hingga siap.