Friday 2 September 2016

Resepi Tradisional Kuah Kacang

Kuah kacang kebiasaannya dimakan bersama nasi impit, sate dan cucur udang. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

(**)5 cawan kacang tanah - dikisar
(**)2 batang serai - dititik 
(**)*3 s/b gula perang atau gula merah 
(**)3 s/b gula putih 
(**)3 keping asam gelugor (asam keping) 
(**)¼ cawan pati santan atau ¼ cawan susu sejat 
(**)1 s/t serbuk perasa
(**)¾ cawan marjerin 
(**)¼ cawan minyak kelapa 

Bahan-bahan B (Digoreng kering tanpa minyak dan dikisar) : 

(**)100 g cili kering 
(**)8 batang serai
(**)2 biji bawang besar
(**)3 ulas bawang putih 
(**)1 inci kunyit hidup 
(**)3 inci halia 
(**)2 inci lengkuas 
(**)½ inci belacan 

Penyediaan Bahan-bahan B :

1.Cili kering dipotong kecil dan kemudian direbus ataupun direndam dengan air panas sehingga lembut.
2.Kemudian dibasuh. Semasa membasuh, ramas cili kering supaya bijinya keluar. Kemudian toskan. 
3.Semua bahan B digoreng kering terlebih dahulu di dalam kuali sehingga naik bau lebih kurang 15 minit. 
4.Masukkan bahan B di dalam blender bersama air secukupnya. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus. 

Cara-cara menyediakan kuah kacang :

1. Panaskan marjerin dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak. 
2. Masukkan sedikit air dan kacau rata. 
3. Kemudian masukkan gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa, asam gelugor, dan serai. Kacau rata sehingga semua bahan mesra. 
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang tanah kisar dan kacau rata. Masukkan pati santan dan air secukupnya. Masak sehingga kuah mendidih.





0 comments:

Post a Comment