Friday 2 September 2016

Resepi Kek Gula Hangus Lembut

Kek Gula Hangus sesuai dihidang untuk tetamu, mahupun dimakan seisi keluarga. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

(*)1 cawan gula 
(*)1 cawan air panas 
(*)1 cawan tepung gandum 
(*)1 cwn susu pekat
(*)2 s/k baking soda 
(*)4 biji telur
(*)2 s/b butter
(*)1 s/k esen vanila

Cara-cara :

1.Masak gula dengan api sederhana hingga jadi gula hangus.
2.Tambahkan air panas, kacau sehingga menjadi air gula hangus. 
3.Masukkan butter, kacau hingga butter cair. Tutup api, biarkan sejuk. Ketepikan.
4.Dalam bekas lain, pukul telur hingga berbuih dan kembang.
5.Tambahkan susu pekat dan esen vanila ke dalam telur dan kacau sebati. 
6.Ayak tepung dan baking soda ke dalam adunan susu dan telur tadi, kacau lagi hingga sebati.
7.Campurkan air gula ke dalam adunan, sebatikan.
8.Perap adunan selama 3-4 jam. Proses pemerapan ini adalah bertujuan supaya baking soda dapat bertindak dengan adunan untuk membentuk sarang pada kek.
9.Sapu marjerin pada loyang, kemudian taburkan sedikit tepung. Buang lebihan tepung. -ini petua supaya kek mudah ditanggalkan nanti. Tuang adunan ke dalam loyang.
10.Bakar selama sejam dengan suhu 160-180 darjah. Dah sejuk, baru potong.



Resepi Kuih Keria Lembut

Kuih keria keledek merupakan kuih warisan asli di Malaysia, diperkenalkan secara turun-temurun. Selamat mencuba!

Bahan-Bahannya :

(*)600 g keledek
(*)1 s/t garam
(*)1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
(*)1 camca teh baking powder
(*)80 g gula pasir
(*)1/4 cawan air

Cara-cara :

1.Kupas keledek, potong kecil dan rebus dengan 1 sudu teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat.
2.Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
3.Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung.
4.Ambil doh tadi, bulat dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.
5.Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
6.Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata.
7.Kemudian boleh diangkat, bila sejuk kuih keria tadi akan "bersakar" dengan gula.



Resepi Sambal Ikan Bilis Kacang

Resepi warisan Sambal Bilis Kacang. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

(*)cili kering
(*)ikan bilis digoreng
(*)kacang tanah - goreng
(*)sedikit garam
(*)sedikit gula
(*)minyak masak
(*)sedikit bawang merah
(*)sedikit bawang putih

Cara-cara :

1.Panaskan minyak & masukkan bawang  merah  & bawang putih yang telah ditumbuk tadi. goreng sehingga ia nampak garing.
2.Masukkan cili kering tadi yang telah ditumbuk lumat. masak sehingga ianya garing & pecah minyak.
3.Setelah ianya hampir masak, jangan lupa masukkan sedikit garam dan sedikit gula.
4.Setelah ianya betul-betul masak tutup api dan biarkan ianya sejuk.
5.Apabila bahan yang telah ditumis tadi sejuk, baru gaulkan ikan bilis, kacang tadi sehingga rata.



Resepi Nasi Daging Utara


Memasak sememangnya tidak mudah, apatah lagi perlu bijak memilih menu yang berbeza dan sedap setiap hari. Nasi Daging Utara pastinya menjadikan hari anda berbeza, selamat mencuba.

Bahan-bahan :

(*)bawang besar
(*)bawang putih
(*)halia
(*)tomato
(*)rempah kurm
(*)rempah 3 sekawan
(*)daging direbus siap2 sehingga empuk
(*)minyak sapi
(*)beras
(*)2-3 helai daun pandan
(*)setengah tin susu cair

Cara-cara :

1.Panaskan minyak/minyak sapi.
2.Tumis rempah sekawan bersama bawang putih, halia dan rempah kurma.
3.Masukkan garam dan perasa.
4.Setelah sebati, masukkan 1 mangkuk air rebusan daging.
5.Tunggu mendidih dan masukkan beras.
6.Masukkan susu cair
7.Masukkan daging rebus dan tomato.
8.Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi elektrik dan tunggu sampai masak.



Resepi Tauhu Sumbat Johor

Resepi ringkas dan mudah, pastinya menjadi pilihan kerana bahannya sangat menyihatkan dan berzat. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

(**)10 keping tauhu
(**)taugeh
(**)sebiji timun
(**)1/2 batang carrot
(**)10biji lada merah
(**)1biji tomato
(**)4 ulas bawang putih
(**)5 s/bcili sos
(**)gula dn garam secukup rasa

Cara-cara :

1.goreng tauhu dn di potong tiga segi dan di belah tengah
2.Celur taugeh. Carrot dan timun di racik halus.
3.Sumbatkn taugeh,carrot n timun ke dalam tauhu tadi.

SOS :

1.Lada merah,tomato,bawang putih di blend.
2.Kemudian masukkn dlm periuk dan di masak.
3.Pastikn api sederhana dan di kacau selalu.
4.Apabila mendidih,masukkan cili sos,gula dan garam secukup rasa
5.Masak lagi hingga pekat.


Resepi Tradisional Kuah Kacang

Kuah kacang kebiasaannya dimakan bersama nasi impit, sate dan cucur udang. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

(**)5 cawan kacang tanah - dikisar
(**)2 batang serai - dititik 
(**)*3 s/b gula perang atau gula merah 
(**)3 s/b gula putih 
(**)3 keping asam gelugor (asam keping) 
(**)¼ cawan pati santan atau ¼ cawan susu sejat 
(**)1 s/t serbuk perasa
(**)¾ cawan marjerin 
(**)¼ cawan minyak kelapa 

Bahan-bahan B (Digoreng kering tanpa minyak dan dikisar) : 

(**)100 g cili kering 
(**)8 batang serai
(**)2 biji bawang besar
(**)3 ulas bawang putih 
(**)1 inci kunyit hidup 
(**)3 inci halia 
(**)2 inci lengkuas 
(**)½ inci belacan 

Penyediaan Bahan-bahan B :

1.Cili kering dipotong kecil dan kemudian direbus ataupun direndam dengan air panas sehingga lembut.
2.Kemudian dibasuh. Semasa membasuh, ramas cili kering supaya bijinya keluar. Kemudian toskan. 
3.Semua bahan B digoreng kering terlebih dahulu di dalam kuali sehingga naik bau lebih kurang 15 minit. 
4.Masukkan bahan B di dalam blender bersama air secukupnya. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus. 

Cara-cara menyediakan kuah kacang :

1. Panaskan marjerin dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak. 
2. Masukkan sedikit air dan kacau rata. 
3. Kemudian masukkan gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa, asam gelugor, dan serai. Kacau rata sehingga semua bahan mesra. 
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang tanah kisar dan kacau rata. Masukkan pati santan dan air secukupnya. Masak sehingga kuah mendidih.



Kuih Ketayap Lembut

Kuih tradisional ini semakin dilupakan ditelan zaman. Khas buat peminat kuih tradisional. Boleh dihidang sebagai hidangan minum petang. Selamat mencuba!

Bahan-bahan Inti :

(**)3 cawan kelapa parut putih
(**)1/2 cawan gula merah
(**)1/3 cawan gula pasir*
(**)1 cawan air*
(**)1 helai daun pandan

Bahan-bahannya :

(**)1 1/2 cawan tepung gandum
(**)2 1/3 cawan air*
(**)2 helai daun pandan, potong kecil*
(**)Beberapa titik pewarna hijau
(**)2 s/b minyak masak

Cara-caranya :

INTI KELAPA :

1.Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat.
2.Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Sejukkan.

KULIT :

1.Satukan semua bahan-bahan, kacau rata dengan whisk dan tapis, atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan dan putar hingga rata. Rehatkan 10 minit.

KETAYAP :

1.Panaskan non-stick pan bersaiz 8 inci dengan sedikit minyak, sapu permukaan non-stick pan tu dengan paper towel yang dicelup dalam minyak masak.
2.Bila panas, masukkan 1 senduk bancuhan tadi dan ratakan. Masak hingga permukaan kelihatan pucat dan seakan jernih.
3.Alih ke dalam pinggan. Letak 1 sudu teh penuh init kelapa, kemudian lipat dan gulung kemas. Buat hingga siap.



Pisang Goreng Cheese Meleleh

Pisang Goreng Cheese kini semakin menjadi tarikan. Dahulunya masakan tradisional ini dihidang bersama sos kicap, kini dimakan bersama cheese. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

(**)Pisang nipah secukupnya
(**)Cheddar cheese secukupnya
(**)Coklat susu secukupnya

Bahan-bahan Batter :

(**)1 cawan tepung beras cap teratai
(**)2/3 cawan air (kurang lebih)
(**)1/2 camca teh garam
(**)1 biji telur
(**)Beberapa titik pewarna kuning makanan

Cara-caranya :

1.Bancuh semua bahan2 untuk batter, kecuali air. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk.Ketepikan.
2.Sementara itu pisang dibelah 2 setiap satu, ini bergantung pada ketebalan dan saiz pisang yang anda guna. 
3.Panaskan minyak untuk menggoreng, celup pisang dalam adunan batter dan masukkan perlahan ke dalam minyak panas.
4.Goreng pisang hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Buat hingga siap.
5.Ambil beberapa keping mengikut kuantiti yang anda perlukan dan susun dalam pinggan sesuai.
6.Parutkan keju cheddar secukupnya atas pisang goreng tadi dan juga sedikit parutan coklat susu.



Roti Jala Nur Kasih

Roti jala biasanya dicicah dengan kuah kari. Boleh dijadikan masakan minum petang seisi keluarga. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya :

(**)3 cawan tepung gandum
(**)3 1/2 cawan santan cair
(**)1 biji telur sedikit pewarna kuning
(**)1 sudu kecil rata garam 1 sudu besar mentega yang dicairkan


Cara-caranya :

1.Bancuh semua dengan whisk hingga sebati.
2.Tapiskan Panaskan kuali non stick. Lengserkan dengan sedikit minyak.
3.Dengan mengunakan acuan roti jala ceduk adunan tadi dan kirai ke dalam kuali menjadi jala Biarkan roti jala masak.
4.Tak perlu lengserkan minyak untuk menjala seterusnya kerana adunan tadi sudah ada mentega.



Daging Masak Hitam Menyelerakan

Pastinya anda bosan dengan menu yang sama setiap hari. Resepi ini memberi kelainan, selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

(**)100 ml minyak masak
(**)3 labu bawang besar
(**)500 gm daging batang pinang
(**)2 batang cili merah
(**)2 batang cili hijau

Bahan Kisar :

(**)2 tangkai daun kari
(**)8 ulas bawang merah
(**)5 ulas bawang putih
(**)3 cm halia
(**)2 sudu besar pes cili kering
(**)2 sudu besar rempah kari daging
(**)8 cm kulit kayu manis

Sos :

(**)4 sudu besar kicap pekat
(**)125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut
(**)1 sudu teh asam jaw
(**)Gula dan garam secukup rasa
(**)1 kiub daging

Cara-caranya :

1.Pijarkan minyak dalam kuali.
2.Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan.
3.Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan.
4.Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum.
5.Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk.
6.Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging.
7.Kacau rata sehingga kuahnya pekat.
8.Perasakan dengan garam dan gula.
9.Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi.
10.Kacau hingga cili layur.
11.Sedia di hidangkan.


Bubur Pulut Hitam Manis

Khas buat anda yang meminati masakan tradisional Melayu, selamat mencuba.

Bahan-bahannya :

(**)Beras Pulut Hitam ~ Saya guna 1kg. Basuh bersih dan rendam.
(**)Santan
(**)Susu Cair
(**)Gula secukupnya
(**)Sedikit garam
(**)Daun pandan

Cara-caranya :

1.Rebus beras pulu sampai kembang.
2.Bila pulut cukup kembang masukkan gula, masak sampai gula hancur.
3.Masukkan daun pandan. Masukkan santan.
4.Sentiasa kacau bubur supaya santan tak pecah minyak.
5.Masukkan susu cair. Masak dan kacau lagi.
6.Taburkan sedikit garam. Siap.


Resepi Sup Gearbox Legend

Anda menginginkan Sup Gearbox Legend tetapi tidak sempat ke kedai? Kami bawakan khas resepi ini, selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

(**)3 ketul tulang yang ada daging
(**)4 - 5 liter air
(**)5 inci halia tua*
(**)10 biji bawang merah*
(**)6 ulas bawang putih*
(**)1 inci lengkuas*
(**)1 1/2 s/b lada hitam biji*
(**)2 s/b ketumbar*
(**)1 s/t jintan halus*
(**)1 s/t jintan manis*
(**)1/2 inci kunyit hidup*
(**)1 biji pala* - dikisar
(**)rempah ratus adik-beradik
(**)1 pokok daun ketumbar
(**)1/3 cawan bawang goreng

Bahan-bahan Sampingan :

(**)Hirisan daun bawang
(**)Hirisan dan sup
(**)Bawang goreng
(**)Sambal kicap

Cara-cara :

1.Bersihkan tulang lembu, cuci, toskan dan masukkan ke dalam periuk yang sesuai.
2.Tuang air dan masukkan bahan2 kisar halus, sedikit garam, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, daun ketumbar dan bawang goreng.
3.Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api dan renih hingga daging pada tulang lembut dan empuk. Lebih kurang 4 jam bergantung pada jenis lembu.
4.Bila empuk, rasa kuah dan tambah garam jika perlu.
4.Hidangkan bersama bahan sampingan.


Resepi Ikan Bakar Sedap

Resepi ringkas tentang cara-cara membuat ikan bakar, bersama digandingkan dengan air asam. Pastinya memikat hati suami anda. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

(**)1 ekor ikan siakap

Bahan-bahan Perencah :

(**)1/2 cawan pati santan
(**)2 sudu makan cili kisar
(**)1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh garam / perasa pilihan
(**)1 sudu besar sos ikan
(**)2 sudu makan minyak masak 1 sudu teh susu pekat

Cara-cara :

1.Ikan dibersihkan.Perasakan garam kunyit.Ketepikan.
2.Satukan kesemua bahan perencah. Panggang atau bakar ikan.
3.Setelah ikan masak, lumurkan dengan bahan perencah. Balik-balikkan ikan.
4.Bila mata ikan menjadi putih atau tersembul ke atas, angkat.
5.Hidangkan bersama sambal belacan, air asam atau ratah begitu saja.

AIR ASAM BUDU

Bahan Kisar/Tumbuk :

(**)3 biji cili padi
(**)2 biji cili merah
(**)Sedikit Belacan Bakar

Bahan-Bahan Lain :

(**)1 labu Bawang Besar hiris nipis
(**)1 Biji Tomato Di dadu/Hiris nipis 1 biji
(**)Cili Merah hiris nipis
(**)2 biji Cili Padi Hiris
(**)Air Asam Jawa Secukupnya 1 biji
(**)Air Perahan Limau Kasturi
(**)1 s/b Sos Ikan
(**)1sudu Besar Budu
(**)Garam dan Gula/perasa secukup rasa

Cara Penyediaan :

1.Campurkan smua baha yang dihiris dengan bahan kisar kasar,budu, air asam jawa dan sos ikan gaul sehingga sebati.
2.Perahkan jus limau.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
3.Simpan sekejap dalam peti ais supaya mesra semua bahan.Sedia untuk dihidang bersama ikan bakar, kerang rebus dan sebagainya.


Resepi Mee Bandung Utara

Mee bandung merupakan resepi turun-temurun. Boleh dihidangkan kepada tetamu ataupun menjadi hidangan seisi kelaurga. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan: 

(**)2 bungkus mee kuning - dicelur
(**)4-6 ekor udang basah - dikupas kulit
(**)1-2 ekor sotong - potong secara bulat
(**)50 gm udang kering 
(**)1/4 cawan kacang tanah goreng - ditumbuk 
(**)3 tangkai Sawi 
(**)3 keping tauhu - potong kecil
(**)Hirisan daging 
(**)Air rebusan daging
(**)4 biji telur 
(**)Air secukupnya 
(**)Minyak untuk menumis 
(**)Serbuk perasa 

Bahan-Bahan Kisar :

(**)1/2 biji bawang besar 
(**)3 ulas bawang putih 
(**)5 tangkai cili kering - dikisar
(**)1 cawan gula aising 

Bahan-Bahan Hiasan :

(**)3 keping tauhu goreng - hiris
(**)Daun sup dan Bawang goreng 
(**)Hirisan cili merah 
(**)Limau kasturi/ limau nipis 

Sos yang boleh dicampur di dalam mee :

(**)Sos Tiram 
(**)Sos Tomato 
(**)Sos Cili 
(**)Sos Cili Pedas 
(**)Sos Cili Bawang Putih 
(**)Sos Cili Thai 

Sayur-Sayuran :

(**)Tomato Puree 
(**)Lobak Merah 
(**)Brokoli 
(**)Sawi 
(**)Kubis Bunga 
(**)Sengkuang 

Cara-caranya :

1.Celurkan mee kuning, panaskan minyak di dalam kuari, kemudian tumiskan bahan kisar yang dicincang halus sehingga naik bau dan garing. 
2.Masukkan cili kering dan biarkan sehingga naik minyak sebelum masukkan udang kering. 
3.Masukkan udang kering yang telah dicampur hingga naik bau. 
4.Kemudian, masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan campuran tersebut. Masukkan gula dan garam secukup rasa. 
5.Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji dengan sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/ separuh masak dengan mengikut citarasa.
6.Akhir sekali masukkan sawi.Tutupkan api dan curahkan kuah di atas mee.
8.Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/ limau kasturi. Siap untuk sedia dimakan. 


Wednesday 24 August 2016

Resepi Karipap Kentang Rangup

Karipap merupakan kuih yang sangat tidak asing bagi masyarakat Malaysia. Walaupun telah dimasak zaman berzaman, naum kuih ini tetap menjadi pilihan. Selamat mencuba!

BAHAN A

1)Gaulkan tepung bersama dengan garam. Kemudian gaulkan tepung dengan mentega.
2)Masukkan air sebanyak setengah cawan dahulu kemudian ulikan. Perhatikan, jika doh pecah dan berderai tambah lagi air, jika doh seperti melekat pada tapak tangan tambahkan sedikit tepung gandum.
3)Jika doh elok, tidak kering dan pecah serta tidak melekat pada tangan. Tahniah! Anda sudah memiliki doh idaman.

BAHAN B

1)Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, bawang holland dan daun kari sehingga naik bau.
2)Masukkan cili boh dan serbuk kari. Goreng sehingga garing. Kemudian masukkan air dan kentang. Tutupkan dengan penutup kuali dan biarkan kentang empuk.
3)Apabila kentang sudah empuk. Perisakan dengan garam dan padamkan api.
4)Masukkan ke dalam mangkuk. Sejukkan seketika.

KARIPAP

1)Sediakan papan pencanai dan penggelek. Ambil sedikit doh mengikut saiz yang dikehendaki. Bulat-bulatkan dan gelekkan atas papan pencanai.
2)Masukkan inti dan kelim tepi karipap. Kemudian susun karipap yang telah dikelim di atas dulang.
3)Jika menggunakan acuan karipap. Gelekkan tepung sehingga memenuhi papan pencanai dengan ketebalan yang sama, kemudian tekapkan tepung menggunakan acuan karipap tadi.
4)Ambil tepung yang telah ditekap tadi, letakkan atas acuan karipap, masukkan inti. Kemudian lekapkan.
5)Susun atas dulang.
6)Panaskan minyak dan goreng sehingga berwarna kuning keemasan.


Resepi Spaghetti Aglio Olio

Khas buat anda yang menginginkan kelainan dalam masakan. Resepi Aglio Olio, selamat mencuba!
Bahan-bahan :

(**)Bawang putih 3 ulas - cincang
(**)Bawang besar holland 1/2 biji - dadu
(**)Cili flakes 1 s/d besar
(**)Lada benggala 1/2 biji 
(**)Kacang peas
(**)Carrot 1/2 biji
(**)Udang
(**)Sotong
(**)Pasta 
(**)Minyak masak

Cara-cara :

1)Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili flakes.
2)Masukkan pula udang dan sotong, kacau hingga msk. 
3)Kemudian, masukkan sayuran. Masak kejap dan terus masukkan pasta. Gaul sampai sebati.
4)Hidangkan panas-panas.



Tuesday 23 August 2016

Resepi Mudah Kek Batik Coklat Sedap

Kek batik merupakan kek yang paling simple dan mudah dibuat. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

(**)Biskut Marie - 2 mangkuk
(**)Susu pekat - separuh
(**)Milo - 1 mangkuk
(**)Marjerin - 1/2 bekas

Bahan tambahan. Kalau tak ada pun tak apa. 
(**)2 s/b serbuk koko 
(**)1 s/k esen vanilla 

Cara-cara :

1)Patah-patahkan biskut Marie. Boleh patah 2, patah 4 dan sebagainya. 
2)Panaskan kuali. Pastikan gunakan api perlahan. Masukkan susu pekat, Milo, serbuk koko & Marjerin, terus kacau perlahan-lahan.
3)Masukkan esen vanilla dalam periuk. Gaul sebati dan padam api. Kalau tak letak esen vanilla pun tak apa.
4)Bila semuanya dah sebati, masukkan biskut dan kacau lagi.
5)Kacau sampai semua biskut dah bersalut dengan coklat.
6)Kemudian, masukkan ke dalam loyang atau bekas yang sudah dialas dengan plastik.
7)Tekan-tekankan adunan tadi sampai semua mampat dan padat.
8)Lastly, sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam.
9)Kek batik sedap dah siap untuk dimakan.



Kek Snow Cheese Lazat

Khas buat peminat kek dan peminat keju. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

KEK:
(*)6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
(*)100 gram gula halus
(*)100 gram tepung hong kong
(*)60 gram tepung jagung
(*)50 gram air sejuk
(*)1 sudu teh baking powder
(*)2 sudu makan ovelet
(*)75 gram mentega - dicairkan

KRIM :
(*)1 kotak cream cheese philadelphia
(*)1/2 tin susu pekat manis-(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul)

TOPPING :
(*)1/2 kotak kraft cheddar cheese - diparut

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Resepi Pecel Ikan Pari

Pecel Ikan Pari merupakan masakan tradisi bagi masyarakat Indonesia. Lauk ini boleh juga dihidang bersama Nasi Ambeng. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

(*)1 ekor ikan pari kecik 
(*)2 1/2 cawan santan pekat
(*)5 biji bawang merah*
(*)2 ulas bawang putih*
(*)5 inci ubi cekur*
(*)20 biji cili padi kampung*
(*)1 inci belacan - dibakar*(*ditumbuk halus)
(*)1 keping asam gelugor
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)2 helai daun cekur - hiris halus
(*)Beberapa cili hiasan

Cara-cara :

1.Ikan pari dibersihkan, perap dengan jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci dan toskan, lumur sedikit garam dan bakar hingga masak. Ketepikan.
2.Dalam periuk, satukan bahan tumbuk, asam gelugor dan didih kan, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan pari dan masak dengan api sederhana hingga kuah pekat.
3.Masukkan hirisan daun cekur, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan cili padi dan hidangkan segera bersama nasi hangat.



Resepi Kuih Talam Keladi

Kuih Talam Keladi merupakan kuih-muih tradisi masyarakat Malaysia. Khas buat peminat masakan tradisional, selamat mencuba!

Bahan Lapisan Bawah :

##2 Cawan tepung beras 
##3 Sudu besar tepung ubi
##1 1/2 Sudu kecil garam
##6 Sudu besar gula pasir 
##300 ml santan pekat
##700 ml air

##300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).

Cara-cara :

1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3".
4. Kukus selama 25 minit.

Bahan Lapisan Atas :

##1 1/2 cawan tepung gandum
##250 gm gula halus
##3 biji telur 
##250 ml santan
##500 ml air
##Sedikit pewarna purple dan perisa

Cara-cara :

1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.


Resepi Nasi Tomato Spesial



Nasi tomato merupakan masakan tradisi masyarakat Malaysia sejak turun temurun. Pastinya anda tidak perlu runsing lagi memikirkan kelainan dalam masakan di rumah. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan untuk Nasi :

(*)3 cawan Beras
(*)1 biji bawang besar – hiris
(*)2 biji bawang putih – hiris
(*)Rempah tumis
(*)2 inci halia – hiris
(*)2 helai daun pandan
(*)2 cawan air
(*)1 cawan santan pekat
(*)Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan untuk Sambal :

(*)10 Ulas bawang merah – dikisar
(*)2 ulas bawang putih – dikisar
(*)10 sudu besar cili kisar
(*)Sedikit gula merah
(*)1 ½ cawan air
(*)Sedikit air asam jawa
(*)Sedikit belacan.
(*)Sedikit ikan bilis – dikisar
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Minyak masak

Cara-cara Menyediakan Nasi :

1.Basuh nasi dan toskan.
2.Tumis bawang besar, bawang putih, rempah tumis dan halia.  Tumis sampai naik bau. 
3.Kemudian masukkan air. Tunggu hingga air mendidih baru masukkan nasi.
4.Kemudian masukkan santan.
5.Kemudian masukkan daun pandan yang dah disimpul cantik tadi untuk mendapatkan aroma yang indah.

Cara-Cara Menyediakan Sambal :

1.Tumis bawang besar dan bawang putih sampai garing sedikit.
2.Masukkan cili kisar. Biarkan sekejap.
3.Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Masak sampailah sambal ni pekat sedikit. Lebih kurang 45 minit.
4.So, bolehlah menjamu selera  Boleh tambah dengan telur goreng atau telur rebus, bilis goreng, kacang tanah goreng dan jugak timun.



Monday 22 August 2016

Resepi Mee Kari Warisan Berapi

Mee Kari yang pastinya menambat hati suami. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

(*)1 paket Mee kuning – cuci dan celur
(*)1 biji bawang besar - dihiris halus
(*)2 ulas bawang putih
(*)1/2 inci halia - hiris halus
(*)100gm udang
(*)100gm sotong
(*)Ayam
(*)2-3 biji kentang -dipotong dadu
(*)1paket fishcake – dihiris
(*)1 paket tauhu - dikerat 2
(*)2 biji tomato - dipotong
(*)1 kotak kecik santan kotak
(*)3 s/b rempah kari daging
(*)Garam dan gula secukup rasa

Bahan sampingan :

(*)Sayur sawi – dicuci, potong, dicelur
(*)Telur rebus - dibelah dua
(*)Hirisan daun sup
(*)Hirisan daun bawang
(*)Hirisan cili merah/hijau
(*)Bawang goreng
(*)Limau kasturi - dibelah 2

Cara-cara :

1)Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
2)Kemudian masukkan pes rempah dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3)Tuang air, kacau dan biar mendidih.
4)Masukkan kentang dan part tulang ayam. Masak hingga empuk.
5)Selepas itu masukkan udang dan sotong, fishcake dan juga tauho. Biarkan mendidih.
6)Tuang santan. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
7)Biarkan mendidih, tutup api.
8)Sediakan Mee dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atasnya bersama bahan sampingan lain. Siap.



Cara Membuat Bakso Sedap

Bakso merupakan masakan tradisional Indonesia yang semakin mendapat sambutan di Malaysia. Khas buat anda yang inginkan kelainan dalam masakan di rumah. Suami dan anak-anak anda pasti tidak akan mengadu bosan dengan menu harian lagi. Selamat mencuba!
BEBOLA BAKSO

Bahan-bahan :

##400gm daging - dicincang
##2 biji bawang besar
##1 ulas bawang putih
##1 sudu kecik lada sulah
##2 sudu makan tepung ubi
##2 sudu makan tepung gandum
##1 biji putih telur
##Garam secukup rasa

Cara-cara :

1)Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2)Rebus air bila air dah mendidih bulatkan doh tadi dan masuk kat dalam air menddih.
3)Rebus sehingga timbul dan boleh di angkat.

SUP BAKSO

##1 biji biji buah pala}diblender
##1 inci lengkuas}diblender
##1 inci halia}diblender
##1 biji bawang besar}diblender
##3 ulas bawang putih}diblender
##11/2 sudu lada putih-ditumbuk halus}diblender
##1 tangkai kulit kayu manis
##2 biji bunga lawang
##4 tangkai bunga cengkih
##2 bji buah pelaga
##2 paket perencah atau ciub pati lembu
##1 kepal lemak daging
##daun sup dan daun bawang
##1/2 sudu makan gula
##garam secukup rasa
##1 sudu makan meegi secukup rasa
##minyak untuk menumis

Cara-cara :

1)Panaskan minyak dan tums bahan blender dan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
2)Kemudian masukkan lemak daging dan biar sehingga masak.
3)Tuangkan air dan biar mendidih selama 5 minit
4)Masukkan daun sup dan daun bawang,gula,garam dan meggi secukup rasa dan biar mendidih selama 2 minit..ampa rasa dulu taw..bg secukup rasa..kalu kurang boleh tambah garam atau meegi cukup rasa okey
5)Masukkan bebola bakso tadi dan biar mendidih selama 2-3 minit dan boleh tutup api.

Bahan-bahan Sampingan :

##1 paket bihun - dicelur
##1 paket mee kuning dicelur
##1 batang karot - di hiris halus
##Kubis - dihiris halus
##Bawang goreng
##Dan daun sup dan daun bawang

SAMBAL BAKSO 

Bahan-bahan :

##3-4 tangkai cili merah
##34-5 tangkai cili padi
##31 biji bawang besar
##31 ulas bawang putih
##sos cili
##Kicap 

Cara-cara :

1)Semua bahan direbus(cili merah,cili padi,bawnag besar,bawang putih) dan ditoskan.
2)Blend bahan rebus tadi sehingga lumat dan letak dalam 1 bekas.
3)Campurkan dengan sos dan kicap bila menghidang. Siap!


Cara Mudah Membuat Kerabu Mangga

Resepi Kerabu Mangga pengikat hubungan kekeluargaan. Anda pastinya menginginkannya lagi. Selamat mencuba!

Bahan Bahan :

##sebiji buah mangga
##sekuntum bunga kantan
##sedikit udang kering ditumbuk lumat
##2 ulas bwang merah
##3 biji cili api
##1 biji cili besar
##gula secukupnya
##garam

Cara-cara :

1.Buah mangga dibuang kulitnya kemudian disagat
2.Bunga kantan dihiris halus
3.Bawang merah dihiris nipis
4.Cili besar dipotong tipis
5.Cili api dipotong
6.Campurkan kesemua bahan2 ini kedalam satu bekas
7.Masukkan gula,udang kering yg ditumbuk lumat serta garam
8.Gaulkan bagi rata, suaikan rasanya, siap utk dimakan.