Tuesday 31 May 2016

Resepi Buat Apom Lenggang


Bahan-Bahan:

(**)1 1/2 cawan tepung beras
(**)1/2 cawan tepung gandum
(**)1/2 cawan gula pasir
(**)1 sudu kecil yis
(**)1 cawan santan
(**)1 biji telur
(**)sedikit garam

Bahan untuk kisar halus –

(**)3/4 cawan nasi sejuk
(**)1 1/2 cawan air

Cara Membuat:

(**)1. Campur kesemua bahan, tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati, memudian masukkan garam secukup rasa.

(**)2. Tapiskan adunan dengan penapis supaya bahan tidak berketul.

(**)3. Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.

(**)4. Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.

(**)5. Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung. Hidangkan.


Resepi Apam Coklat Kukus Mudah


Bahan-Bahan:

(**)Tepung gandum – 1 cawan
(**)Gula merah/perang/pasir – setengah cawan
(**)Susu pekat – setengah cawan
(**)Minyak kelapa/jagung/kacang – setengah cawan
(**)Air – setengah cawan
(**)Serbuk penaik (baking powder) – 1 camca kecil (lebih sedikit dari paras rata)
(**)Telur – 1 biji (gred A)
(**)Serbuk koko – 2 camca besar (penuh)
(**)Garam halus – secubit (jika suka)

Cara Membuat:

(**)1. Panaskan air di dalam periuk pengukus.

(**)2. Sementara itu sukat dan masukkan bahan kering ke dalam bekas dan gaul rata dengan pemukul telur.

(**)3. Masukkan pula bahan lain satu persatu dan kacau sebati.

(**)4. Tuang atau salinkan bancuhan ke dalam jag yang bermuncung untuk memudahkan kerja anda.

(**)5. Tuang bancuhan ke dalam cawan kertas (tinggalkan sedikit ruang untuk apam mengembang).

(**)6. Kukus selama 15-20 minit atau bergantung kepada berapa banyak jumlah apam yang anda muatkan ke dalam pengukus.


Resepi Seri Muka Jagung


Bahan-Bahan:

Bahan A (Lapisan Bawah) –

(**)1 cawan pulut
(**)1 cawan jagung hiris @ jagung biji di dalam tin
(**)1 ½ cawan santan cair ( ½ biji kelapa)
(**)1 sudu teh garam

Bahan B (Lapisan Atas) –

(**)2 cawan santan pekat
(**)½ cawan air tapisan pandan
(**)1 sudu teh pewarna hijau
(**)½ cawan gula pasir
(**)½ cawan tepung gandum
(**)½ cawan gula pasir
(**)2 sudu makan tepung kastard
(**)1 biji telur
(**)1 sudu teh garam

Cara Membuat:

Cara Membuat Lapisan Bawah –

(**)1. Basuh dan rendamkan pulut selama 3 jam.

(**)2. Masukkan bahan A ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.

(**)3. Sapukan sedikit minyak atau lapikkan plastik ke dalam loyang.

(**)4. Tekan pulut dan jagung yang sudah masak tadi.

(**)5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Cara Membuat Lapisan Atas –

(**)1. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk dan kacau rata. Kemudian tapiskan.

(**)2. Masukkan di dalam kuali tidak lekat dan panaskan sekadar suam-suam kuku.

(**)3. Tuangkan perlahan-lahan ke atas pulut tadi.

(**)4. Kukuskan selama 30 minit.

(**)5. Sejukkan dahulu, kemudian potong dan sedia dihidangkan.


Resepi Apam Balik Nipis Rangup


Bahan-Bahan:

(**)½ cawan gula pasir
(**)1 biji telur
(**)1 ½ cawan air
(**)2 cawan tepung gandum
(**)½ sudu teh soda bikarbonat
(**)1 sudu teh baking powder

Bahan Tabur –

(**)Gula Pasir
(**)Jagung Krim
(**)Kacang tanah – ditumbuk kasar

Cara Membuat:

(**)1. Blend gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan blend lagi.

(**)2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, blend hingga sebati.

(**)3. Panaskan kuali ‘non stick’ atau sapukan planta sedikit pada acuan apam balik.

(**)4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.

(**)5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim dan kacang dan tutup seketika.

(**)6. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.


Resepi Kuih Lapis Gardenia


Bahan-Bahan :

(**)6 keping roti sandwic
(**)buang kulit tepi, siat kecil & rendam dengan 150 gm air
(**)75 gm gula pasir
(**)3/8 tsp garam
(**)300 gm santan
(**)150 gm air
(**)90 gm tepung beras
(**)30 gm tepung sagu
(**)1 tsp coklat emulco
(**)pewarna kuning & oren

Caranya Membuat :

(**)1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi. Alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.

(**)2. Satukan air, santan, gula, garam dan masak hingga gula larut. Biarkan suam.

(**)3. Masukkan roti yang direndam bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.

(**)4. Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas. Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati

(**)5. Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning, bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren, bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco. Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya sama tebal.

(**)6. Bila kukusan dah betul-betul mendidih, letakkan loyang dalam kukusan. Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit. Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit. Diikuti dengan selapis adunan oren. Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan. Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.


Resepi Samosa Kentang


Bahan-Bahan:

(**)Kulit popia secukupnya.
(**)Sedikit air utk melekatkan kulit popia/guna putih telur pun boleh.

Bahan Inti –

(**)4 biji kentang potong dadu
(**)ayam kisar
(**)*1/2 biji bawang besar kuning potong dadu
(**)*2 ulas bawang putih cincang halus
(**)2 sudu besar serbuk kari – bancuh dengan 2sb air
(**)Daun sup – hiris halus
(**)garam dan gula secukup rasa
(**)Minyak untuk menumis & mengoreng

Cara Membuat:

(**)1. Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda*. Masukkan pes kari, dan sedikit air. Biarkan sehingga terbit minyak.

(**)2. Masukkan ayam dan gaul rata . Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.

(**)3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir skali masukkan daun sup. Matikan api. Sejukkan.

(**)4. Untuk membuat kelongsong samosa, kulit popia potong kepada 2 bahagian dan sambungkan/gunakan air sbgai bahan pelekat kepada 2 bahagian tadi secara memanjang.

(**)5. Masukkan inti dan lipat seperti biasa (bentuk segitiga). Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.


Resepi Pulut Dakap


Bahan-Bahan:

(**)500 gm pulut – direndam dan dikukus
(**)1 1/2 cawan santan pekat
(**)Pisang raja secukupnya
(**)Garam secukupnya
(**)Gula secukup rasa
(**)Daun pisang dilayurkan

Cara Membuat:

(**)1. Kukus pulut hingga masak.

(**)2. Santan dicampur dengan sedikit garam,kemudian digaul bersama pulut.

(**)3. Letakkan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan.Pulut ditekan supaya rata.

(**)4. Pisang yang sudah dibelah dua disalutkan dengan gula.Kemudian letakkan di atas pulut.

(**)5. Balut pulut tersebut dan ambik 1 lagi pisang pulut yang telah dibalut dan dakapkan sekali.Ikat dengan tali.

(**)6. Kukus selama 30-40 minit dengan api yang sederhana. Balik balikkan pulut tersebut supaya masak dengan rata.

(**)7. Siap untuk dihidang.



Resepi Kuih Sardin Gulung


Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Kulit –

(**)1/2 kg tepung gandum
(**)1 sudu besar majerin
(**)1/2 cawan minyak masak
(**)sedikit garam
(**)air secukupnya

Bahan Untuk Inti:

(**)1 tin besar sardin
(**)6 ekor isi ikan sardin.
(**)bawang untuk tumis
(**)serbuk kari
(**)cili kering (dikisar)
(**)garam dan serbuk perasa

Cara Membuat:

(**)1. Untuk membuat doh, panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. masukkan ke dalam tepung gandum tadi digaul rata.

(**)2. Masukkan pula majerin dan digaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.

(**)3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati. Jangan biarkan doh menjadi terlalu keras atau terlalu lembik.

(**)4. Sediakan bahan untuk inti pula. Tumis bawang dan cili kering sehingga naik bau.

(**)5. Masukkan bawang dan kacau hingga layu. Masukkan isi ikan sardin dan serbuk kari.

(**)6. Masukkan garam dan masak sehingga kering.

(**)7. Ambil doh, buatkan bulat kecil dan canaikan. Masukkan sedikit inti sardin tadi, kemudian gulungkan.

(**)8. Masukkan ke dalam kuali, goreng sehingga garing atau keperang-perangan.


Resepi Tepung Bungkus


Bahan-Bahan:

(**)240 gm tepung beras
(**)4 sudu makan tepung pulut
(**)½ biji kelapa parut putih
(**)1 ketul gula melaka
(**)500 ml santan
(**)Daun pisang secukupnya

Cara Membuat:

(**)1. Untuk membuat intinya, masukkan kelapa parut ke dalam periuk bersama gula Melaka. Kacau dan masak di atas api perlahan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
(**)2. Masukkan tepung beras ke dalam periuk yang lain. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak.
(**)3. Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan dua biji inti. Tutup dengan dua sudu lagi tepung.
(**)4. Lipat daun pisang dengan kemas. Kukus sehingga masak.


Resepi Roti Sardin


Bahan-Bahan: 8 biji

Doh Roti –

(**)140ml air/ susu segar (suam atau suhu bilik)
(**)200g tepung roti
(**)8g butter
(**)20g gula
(**)1 sudu kecil garam
(**)1 sudu kecil dry yeast

Inti Sardin –

(**)1 tin kecil sardin
(**)1/2 biji bawang besar – potong dadu
(**)1/2 sudu kecil serbuk lada putih
(**)1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi
(**)ubi kentang- potong dadu dan rebus 2/3 masak (optional)
(**)sedikit minyak untuk menumis
(**)garam, gula secukupnya

Bahan Lain –

(**)breadcrumbs
(**)telur
(**)minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

(**)1. Buat Inti; Tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan sardin yang telah dilenyek dengan garfu. kemudian masukkan ubi kentang.

(**)2. Akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk lada putih, jus limau. Sesuaikan rasanya. Bila dah siap bolehlah tutupkan api.

(**)3. Buat Roti; Masukkan tepung, gula dan dry yeast ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.

(**)4. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda.

(**)5. Tumbuk-tumbuk doh roti untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan roti selama 10-15 minit.

(**)6. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan roti jadi bentuk leper. Buanglah sampai habis.

(**)7. Biarkan roti naik 2 kali ganda. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.

(**)8. Panaskan minyak. Celup roti dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang. Hidangkan.



Monday 30 May 2016

Resepi Roti Paun


Bahan-Bahan:

(**)6 cawan tepung gandum
(**)1 ¾ cawan susu cair/susu segar
(**)¾ cawan gula halus
(**)1 paket (11 gm) yis
(**)3 biji telur
(**)¼ cawan mentega, dicairkan
(**)sedikit pewarna kuning

Cara Membuat:

(**)1. Campurkan susu cair atau usu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.

(**)2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.

(**)3. Masukkan tepung ke dalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati. Boleh juga guna mixer dan uli dengan tangan.

(**)4. Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.

(**)5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat (timbang 65 gm, dapat 20 ketul).

(**)6. Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.

(**)7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.

(**)8. Keluarkan roti dari ketuhar sewaktu ia panas sapukan lagi dengan mentega. Sedia untuk dihidang.


Resepi Roti Goreng Rangup


Bahan-Bahan:

(**)8 keping roti
(**)Serikaya (Secukupnya)
(**)2 cawan Tepung gandum
(**)2 1/2 cawan air
(**)2 sm Marjerin
(**)1 sudu kecil garam dan gula
(**)Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat:

(**)1. Di dalam bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air (guna whisk lebih mudah) warnakan kuning dan ketepikan.

(**)2. Ambil 2 keping roti dan sapukan dengan serikaya, apitkan dan potong mengikut citarasa. Nak cantik, buang kerak tepi pun boleh.

(**)3. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.

(**)4. Celupkan roti tadi ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. Hidangkan.


Resepi Rendang Ayam


Bahan-Bahan: (5-6 orang)

(**)5-6 ketul ayam
(**)8 ulas bawang merah
(**)2 ulas bawang putih
(**)1/2 inci halia
(**)1/2 inci lengkuas
(**)1/2 inci kunyit hidup
(**)7 biji cili padi
(**)3-4 batang serai – dititik
(**)1 sudu besar cili kisar
(**)1 sudu besar kerisik
(**)2 sudu besar rempah kari
(**)1 sudu besar gula Melaka
(**)1 mangkuk santan
(**)5 helai daun kunyit
(**)5 helai daun limau purut
(**)Garam dan gula

Cara Memasak:

(**)1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.

(**)2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.

(**)3. Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan ayam.

(**)4. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.

(**)5. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.


Resepi Breadstick Cheese


Bahan-Bahan:

(**)4 cawan tepung gandum
(**)2 sudu kecil yis
(**)2 cawan air suam
(**)1 sudu kecil gula kastor
(**)2 sudu besar susu tepung
(**)2 sudu kecil garam
(**)3 sudu besar minyak zaitun
(**)Parmesan cheese
(**)Daun parsley (dicincang halus)

Cara Membuat:

(**)1. Campurkan gula dalam air suam, masukkan yis dan biarkan ia berbuih dalam masa 10-15 minit.

(**)2. Satukan tepung, garam, susu dan minyak zaitun dan masukkan air yis yang sudah berbuih kedalam satu bekas dan uli hingga sebati.

(**)3. Selepas diuli, gelek doh leper dan besar segiempat mengikut saiz tray pembakar. Sapukan tray dengan minyak zaitun dan letakkan doh yang telah digelek.

(**)4. Potongkan doh dengan anggaran 1 inci setengah dari hujung ke hujung menggunakan pisau. Tutup dengan plastik wrapper dan perap selama 40 minit.

(**)5. Panaskan oven pada suhu 180c selama 15 miniit. Taburkan parmesan cheese dan daun parsley atau sapukan permukaan doh dengan topping kesukaan anda.

(**)6. Bakar selama 25 minit dan siap untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama Sup Cendawan atau sos kegemaran anda.


Resepi Frozen Yogurt Buah Peach


Bahan-bahan:-

(**)1 plastik beg (16 oz.) peach beku atau 4 cawan peach segar yang dibekukan
(**)3 sudu besar agave nectar atau madu
(**)1/2 cawan yogurt biasa
(**)1 sudu makan jus lemon

Cara membuat:-

(**)Peach, agave nectar atau madu, yogurt dan jus lemon disatukan ke dalam mesin pengisar makanan. Kisar kesemua adunan sehingga sebati dan berkrim, kira-kira dalam 5 minit.

(**)Anda boeh hidangkan terus frozen yogurt atau masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan kira-kira 1 bulan.


Resepi Pancake Mint Bersama Cip Coklat


Bahan-Bahan:

(**)1 1/3 cawan tepung serbaguna
(**)1 sudu makan gula halus
(**)1 camca teh serbuk penaik
(**)1/2 camca teh soda bikarbonat
(**)1/2 camca teh garam
(**)1 cawan buttermilk
(**)1 biji telur besar
(**)2 sudu makan butter, dicairkan
(**)1/2 camca teh ekstrak vanila asli
(**)1/2 camca teh ektrak pudina (mint) asli
(**)3 hingga 4 titis pewarna makanan hijau
(**)3/4 cawan coklat cip mini separa manis
(**)Krim putar untuk hiasan
(**)Ais krim vanila

Arahan:

(**)Gabungkan tepung, gula, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.
(**)Gaulkan pula buttermilk, telur, butter, estrak mint dan pewarna makanan (jika anda menggunakannya) dalam mangkuk kecil. Tambahkan kesemua campuran ini di dlaam campuran kering tepung. Gaulkan sekali bersama cip coklat pilihan anda.
(**)Panaskan kulai leper tidak melekat di atas api pada suhu serdehana. Tambahkan sedikit butter ke dalam kuali, panaskan.
(**)Perlahan-lahan tuangkan adunan campuran di atas kuali menggunakan senduk. Hati-hati agar setiap satu pancake di dalam kuali tidak melekat sesama sendiri.
(**)Masak 1 hingga ke 2 minit pada setiap bahagian.
(**)Hidangkan hangat dan nikmati bersamaa krim putar, ais krim vanila dan coklat cip.


Resepi Minuman Shake Peanut Butter & Jelly


Bahan:

(**)2 cawan susu segar
(**)1  biji pisang masak, dihiris
(**)2 sudu makan mentega kacang
(**)2 sudu makan jam, jelly atau apa sahaja cecair perasa pilihan anda
(**)1/2 camca teh ekstrak Vanila

Cara:

(**)Guna pengisar (blender), masukkan semua bahan tadi, tutp dan mula mengisar selama 3 minit.
(**)Tuang ke dalam gelas dan minum dengan segera. *Hidangan ini cukup untuk 2 orang


Resepi Sardin Masak Lemak Cili Api


Bahan:

(**)1 tin sardin saiz besar
(**)10 biji buah belimbing besi
(**)1 batang serai (diketuk)
(**)2 cawan santan pekat
(**)1 biji tomato (dibelah 4)
(**)Garam secukup rasa
(**)5 ulas bawang merah (ditumbuk)
(**)5 ulas bawang merah (ditumbuk)
(**)2 cm kunyit (ditumbuk)

Arahan:

(**)Masukan sardin dan bahan yang telah ditumbuk bersama serai, buah tomato, garam dan belimbing.
(**)Biarkan ia merenih sebentar. Masukkan santan dan garam.
(**)Kacau perlahan. Pastikan tidak naik minyak.
(**)Hidang bersama nasi panas dan ulam-ulaman.


RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI


Bahan-bahan:

(**)4 biji mangga muda
(**)20 hingga 25 biji asam boi
(**)10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
(**)2 cawan gula
(**)1 biji limau nipis dihiris

Cara sediakan:

(**)Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
(**)Masukkan cili padi yang dihiris halus dan kacau rata.
(**)Akhir sekali masukkan asam boi.
(**)Tambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.
(**)Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk.
(**)Kemudian masukkan dalam bekas.
(**)Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh dinikmati.


RESEPI KIMCHI TIMUN PEDAS


Bahan-bahan :

(**)1 kg timun muda saiz kecil
(**)2 sudu besar garam
(**)1 biji lobak saiz sedang
(**)1 biji bawang bombay
(**)4 ulas bawang putih, dicincang kasar
(**)3 sudu besar sos ikan
(**)5 sudu besar serbuk cili (sesuai selera)
(**)30 ml air
(**)1 sudu kecil gula
(**)1 sudu besar bijan

Cara membuat :

(**)Timun dibelah menjadi empat, tapi jangan sampai terpotong hujungnya. Jadi bentuk poket.
(**)Letak garam ke seluruh timun. Biarkan selama 20 minit.
(**)Lobak merah dihiris nipis.
(**)Bawang merah juga dihiris nipis.
(**)Di dalam mangkuk, masukkan lobak merah, bawang bombay, serbuk cili, sos ikan, gula, aduk rata hinga semua tercampur rata.
(**)Cuci bersih timun yang sudah diletak garam.
(**)Masukkan di dalam timun campuran tadi, sampai penuh.
(**)Siap dihidangkan dengan nasi panas dan sup.


Sunday 29 May 2016

Resepi Pizza Pepperoni Quesadillas


BAHAN

(**)8 tortillas tepung (saya gunakan tortillas buatan tangan Trader Joe )
(**)8 auns keju mozzarella dicincang
(**)⅓ lb pepperoni
(**)1 16 auns balang sos pizza
(**)Pilihan: 1 6 auns tin dihiris buah zaitun hitam, 1 cawan cendawan cremini dihiris

ARAHAN

(**)Panaskan kuali sederhana dengan api yang sederhana dan goreng pepperoni sehingga garing. Transfer pada tuala kertas ke longkang.
(**)Berus setiap tortilla dengan lapisan nipis sos pizza ( begitu nipis bahawa jika anda berpaling ke atas , tiada seorang pun akan menitis ).
(**)keju taburkan di atas sos pada tortilla bawah. Top dengan pepperoni dan topping , jika dikehendaki. Taburkan dengan satu lagi lapisan keju dan letakkan tortilla yang lain di atas (sebelah sos dalam ).
(**)Panaskan medium besi tuang mahir atas api sederhana.
(**)Lay quesadilla dalam kuali dan masak selama 3-5 minit pada setiap sisi, sehingga keju cair dan tortillas rangup .
(**)Potong kepada empat dan berkhidmat dengan mangkuk kecil sos pizza mencelup.


Resepi Rocky Road Chocolate Bark


BAHAN :

(**)16 auns susu berkualiti baik atau semisweet coklat , dicincang halus
(**)1 cawan marshmallow kecil
(**)1 cawan walnut cincang kasar

ARAHAN :

(**)1. Jalur loyang dengan kertas roti , ketepikan .

(**)2. Cairkan coklat di atas double boiler ( atau dalam selang 30 saat di microwave kuasa 50 % , kacau selepas masing - masing ) . Setelah coklat cair , angkat dan ketepikan selama beberapa minit untuk menyejukkan sedikit , kacau sekali-sekala . Tambah marshmallow dan walnut dan kacau untuk menggabungkan .

(**)3. Menyebarkan campuran coklat ke dalam periuk disiapkan pada lapisan bahkan , meliputi sekitar ruang 7x7 inci . Ini tidak harus menjadi sempurna , tapi itu pedoman yang baik .

(**)4. Sejukkan selama sekurang-kurangnya 30 minit , atau sehingga set .

(**)5. Menggunakan pisau tajam , memotong kulit menjadi potongan - potongan . Menyimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti ais .

(**)Nota : Saya cadangkan Ghiradelli atau Lindt coklat .


RESEPI SUP CENDAWAN LEMAK BERKRIM ALA JAMIE OLIVER


Bahan-bahan:

(**)600 g cendawan campur
(**)minyak zaitun
(**)1 bawang besar, dikupas dan dihiris halus
(**)2 batang saderi, dipotong dan dihiris halus
(**)3 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris
(**)beberapa tangkai parsli segar, daun terpilih dan dicincang, batang dicincang halus
(**)beberapa tangkai thyme segar, daun dipilih
(**)1.5 liter stok ayam atau sayuran (boleh guna kiub ayam maggi 1 ketul, didihkan air dan masukkan kiub tadi – kemudian ketepikan.
(**)garam laut
(**)lada hitam
(**)75 ml single cream/susu segar atau cair

Cara penyediaannya:

(**)Bersih, hiris cendawan hingga halus. Panaskan periuk besar di atas api sederhana dan tuangkan dalam minyak zaitun. Tambah bawang, saderi, bawang putih, batang daun parsli, daun tyme dan cendawan, letakkan penutup di atas dan biarkan sehingga lembut.

(**)Tuang stok, kacau sebati dan biarkan mendidih, reneh selama 15 minit. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Selepas mendidih – ketepikan sup tadi dan biarkan sejuk seketika. Dengan menggunakan food processor atau blender hancurkan (blend) sup tadi sehingga sebati. Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk, masukkan krim atau susu dan biarkan mendidih.

(**)Selepas mendidih – matikan api dan hidangkan ketika panas. Taburkan parsli dan lada hitam ataupun hirisan cendawan di atas sup. Sesuai dihidang bersama garlic bread.


RESEPI STRAWBERRY CHOCOLATE TART TANPA BAKAR


Bahan:

Crust

(**)32 (330g) Oreo
(**)1/2 cawan (110g) mentega, dicairkan

Chocolate Filling

(**)7 oz (200g) coklat susu
(**)3.5 oz (100g) coklat pahit manis
(**)7 oz (200 ml) heavy cream

Topping

(**)10 oz (300g) strawberi segar
(**)kacang dicincang (badam, pistachios, dan lain-lain), pilihan

Cara penyediaan:

(**)Kisar Oreo sehingga lumat. Tambah mentega cair dan kisar lagi. Pastikan ianya sama rata dan lembab.
(**)Tuang adunan Oreo dan mentega ke dalam pan tart 5×14 inci segi empat tepat (12 x 36 cm).
(**)Sejukkan sehingga anda siap menyediakan filling.
(**)Dalam periuk kecil, letakkan heavy cream dengan api yang sederhana rendah untuk beberapa minit untuk menjadi panas.
(**)Masukkan coklat cincang dan biarkan selama 1-2 minit. Kacau sehingga semuanya sama rata.
(**)Tuang coklat ke dalam crust Oreo, tambahkan strawberi segar di atasnya.
(**)Letakkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.


RESEPI CARAMEL FRAPPUCCINO ALA STARBUCKS


Bahan:

(**)1 cawan besar ais kiub
(**)2 shots espresso, sejuk (atau ⅓ cawan kopi yang dibancuh, sejuk)
(**)½ cawan susu, sejuk
(**)1 sudu besar sos karamel
(**)3 sudu besar sirap karamel (45ml)
(**)Xanthan gum, pilihan

Topping

(**)Krim putar
(**)Sos karamel

Arahan

(**)Dalam pengisar, masukkan 1 cawan ais kiub dan 2 shots espresso. Anda juga boleh gunakan ⅓ cawan bancuhan kopi. Jika anda menggunakan kapsul Nespresso, anda hanya mengambil kapsul intensiti sederhana. Kemudian ½ cawan susu sejuk, mana-mana susu yang anda mahu. Masukkan 1 sudu besar sos karamel. Dan masukkan 3 sudu besar sirap karamel bergantung kepada pilihan anda. Kemudian masukkan hanya secubit Xanthan gum, ini adalah pilihan.
(**)Kisar kesemuanya, kira-kira 30 saat.
(**)Nak sedap, diatasnya letak krim putar dan sos karamel.


Resepi Brokoli Bersama Udang Goreng


Bahan-Bahan:

(**)1 paun kacang hijau
(**)1 biji brokoli (ambil bunganya sahaja)
(**)2 sudu makan pes miso yang bebas gluten
(**)3 inci halia (dikupas dan dicincang halus)
(**)1/4 cawan cuka
(**)1 jambang daun kucai halus (chives) (dicincang)
(**)Minyak bijan untuk menggoreng
(**)1 1/2 paun udang segar yang dikopek kulit dan dibuang urat hitamnya.

Arahan:

(**)Isi air dalam periuk setinggi separuh ukuran periuk dan renehkannya. Masukkan kacang hijau dan brokoli bersama. Reneh selama 5 minit. Alihkan dari periuk dan masukkannya dalam air sejuk untuk memberhentikan proses memasak brokoli dan udang tersebut.
(**)Dalam kuali yang besar, goreng miso, halia, cuka dan daun kucai halus jenis chives bersama. Dalam masa yang sama, titiskan sedikit minyak bijan di atas api yang serdehana panas selama 10 minit.
(**)Masukkan udang dan gaul selama 10 minit lagi sehingga ia nampak garing dan warnanya bertukar kepada warna jingga terang.
(**)Sekarang, masukkan kacang hijau dan brokoli yang telah siap direnehkan tadi bersama bahan gorengan. Hidangkan.


Resepi Kebab French Toast Berinti Peanut Butter & Jelly


Bahan-Bahan:

(**)1/3 cawan jam strawberi tanpa biji
(**)8 keping roti putih
(**)1 cawan hirisan strawberi segar
(**)1 camca teh serbuk kayu manis
(**)1/2 mentega kacang berkrim
(**)5 biji telur bersaiz besar
(**)3/4 cawan 2% susu
(**)5 sudu makan sirap maple
(**)3/4 camca teh ekstrak Vanila
(**)8 biji strawberi segar (dipotong dua)

Cara:

(**)Sapu jam pada 4 keping roti. Lapiskan dengan hirisan strawberi segar, kemudian taburkan sedikit serbuk kayu manis di atasnya (jangan terlalu banyak dikhuatiri pahit nanti).
(**)Sapu pula mentega kacang di atas 4 keping sisa roti lain dan letakkannya diatas kepingan roti yang telah dispu dengan jam untuk dijadikan sandwich.
(**)Gris kuali leper tidak melekat anda dengan sedikit butter pada api serdehana.
(**)Dalam mangkuk kecil, pukul telur, susu dan 3 sudu sirap maple bersama ekstrak Vanila  sehingga sebati.
(**)Celupkan sandwich roti tadi ke dalam campuran telur , pastikan rata dikedua-dua belah roti. Biarkan ia terendam selama 10 saat.
(**)Goreng roti di atas kuali leper selama 3-4 minit untuk setiap permukaan atau sehingga roti menjadi garing kekuningan.
(**)Letakkan sandwich yang siap digoreng pada papan pemotong untuk dipotong kepada 4 bahagian.
(**)Cucuk sandwich mini yang telah dipotong pada batang kayu skewers sambil di selang-seli dengan buah strawberi yang telah dibelah awal tadi. Jika nak lagi sedap, anda boleh tuang lebihan sirap maple dan serta taburkan lagi buah strawberi segar sebagai penyeri hidangan. *Hidangan ini cukup untuk 4 orang.


RESEPI UBI KENTANG MUDAH


Bahan-bahan:

(**)3 sudu besar mentega, dicairkan
(**)3 sudu besar minyak zaitun extra-virgin
(**)10 – 12 biji kentang russet, dikupas
(**)Garam kosher
(**)1 biji merah, dikupas dan dihiris nipis
(**)1/2 sudu teh kepingan lada merah (pilihan)
(**)4 – 6 tangkai thyme segar
(**)Kira-kira 3 auns kepingan daging (beef bacon) – dekat Jusco Aeon ada jual

Cara membuatnya:

(**)1. Panaskan ketuhar kepada 375 darjah.

(**)2. Gabungkan minyak dan mentega cair dalam piring kecil. Ketepikan.

(**)3. Sapu mangkuk pembakar bulat (sekitar 9 – 10 inci) dengan sedikit mentega dan minyak campuran.

(**)4. Potong kentang senipis mungkin melintang. Susun kentang menegak dalam keadaan menegak. Letakkan bawang merah yang dihiris di sekitar kentang – pada kira-kira 3 atau 4 bahagian setiap kentang. Taburkan dengan garam dan kepingan lada merah  (gunakan lada hitam jika tidak menggunakan kepingan lada merah). Sapu dengan mentega dan minyak campuran.

(**)5. Bakar selama 1 jam 25 minit. Jika anda mendapati kentang agak kering, sentiasa sapu minyak zaitun. Juga, pisau mentega boleh digunakan untuk memisahkan beberapa keping kentang jika ada kentang yang melekat bersama-sama terlalu banyak.

(**)6. Ketika kentang sedang dibakar. Goreng kepingan daging dalam kuali kecil, tak perlu terlalu garing. Ketepikan.

(**)7. Kentang dikeluarkan dari ketuhar. Tabur kepingan daging yang digoreng secara berselerak. Letakkan tangkai thyme di atas kentang.

(**)8. Bakar lagi selama 35 minit. Keluarkan dari ketuhar.

(**)9. Taburkan sedikit garam kosher. Hidangkan serta-merta.

(**)Nota : Sebagai tambahan, anda boleh makan bersama krim masam, thousand island ataupun apa-apa ikut suka. Anda boleh juga letakkan cheddar, parmesan, grated cheese di atas kentang. Memang serius sedap!


RESEPI KEK KEJU OREO TANPA OVEN


Bahan:

Dasar Kek:

(**)8 keping biskut sandwich OREO
(**)2 sudu besar butter cair

Kek Keju:

(**)1 cawan krim putar berat
(**)8 oz. krim keju atau cream cheese (dilembutkan)
(**)1 camca teh ekstrak vanila
(**)4 sudu besar gula
(**)1 camca teh jus lemon

Arahan:

(**)Hancurkan biskut oreo dengan mesin pengisar atau lesung batu. Campurkan ia dengan butter cair tadi dan bahagikan kepada 4 hidangan. Anda boleh guna mangkuk ais krim. *OREO hancur berfungsi sebagai dasar rangup kepada kek keju ini.
(**)Kacau krim putar berat sehingga ringan. Letak di tepi.
(**)Dalam mangkuk yang lain, gaulkan krim keju, estrak vanila, jus lemon dan gula sehingga sebati.
(**)Masukkan campuran krim keju ke dalam campuran krim putar tadi. Gaul mesra kesemuanya.
(**)Skop sama rata campuran ini ke dalam mangkuk ais krim yang telah berisi dengan biskut hancur OREO.
(**)Taburkan cip coklat sebagai hiasan.
(**)Anda boleh sejukkan di dalam peti sejuk sebelum menikmatinya!


RESEPI SALAD ANEKA BUAH-BUAHAN LEMAK BERKRIM


Bahan-bahan:

(**)1 (20 oz.) nenas dipotong kiub
(**)2 c. Anggur hijau
(**)2 c. Strawberi, dibelah empat
(**)1 c. Blueberry
(**)(**)Buah Mandarin, ambil setiap satu
(**)1 c. Plain Greek yogurt
(**)2 sudu besar Truvia® Sugar Blend
(**)¼ sudu kecil vanila

Cara membuatnya:

(**)Kesemua buah-buahan disatukan dalam mangkuk besar, gaulkan kesemuanya tapi jangan bagi hancur. Hati-Hati!
(**)Dalam mangkuk berasingan, gabungkan yogurt, gula (kalau tak ada gula jenis ini, anda boleh guna gula halus yang lain ataupun brown sugar) dan vanilla, gaul rata.
(**)Masukkan dressing ke dalam salad buah-buahan. Tadaa siap.


Saturday 28 May 2016

Resepi Masak Kari Korean Style


Bahan :

(**)7 oz daging lembu, dipotong kiub (200g)
(**)2 kentang, dikupas dan dipotong dadu
(**)1 lobak merah sederhana, dikupas dan dipotong dadu
(**)2 bawang, dicincang
(**)1 zucchini sederhana, dipotong dadu
(**)1/2 sudu teh serbuk bawang putih
(**)4 oz campuran serbuk kari (113g)
(**)Garam dan lada
(**)Minyak sayuran untuk menumis

Cara membuatnya :

(**)Panaskan minyak dalam kuali yang dalam, atau kuali dengan api yang sederhana. Masukkan daging lembu. Perasakan dengan garam dan lada. Tumis selama 2 minit.
(**)Masukkan kentang, lobak, bawang, dan serbuk bawang putih. Tumis selama 5 minit. Akhir sekali masukkan kacau zucchini.
(**)Masukkan 3 cawan air ke dalam. Biar sehingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan renehkan sehingga kentang masak selama kira-kira 15 minit.
(**)Serbuk kari dimasukkan sedikit demi sedikit. Reneh sehingga sos pekat.
(**)Biarkan semuanya empuk. Tuang ke atas nasi panas.


RESEPI AISKRIM TEH HIJAU YANG SIHAT. HANYA GUNA 3 BAHAN & TANPA MESIN


Bahan-bahan:

(**)1 cawan heavy cream, ambil yang sejuk (240ml)
(**)¼ cawan (4 sudu besar) susu pekat manis, sejuk (76g)
(**)4½ sudu teh serbuk teh hijau (12g)

Cara penyediaan:

(**)1.Pertama, campurkan 4 ½ sudu teh serbuk teh hijau dalam 3 sudu besar air panas dan biarkan sejuk.

(**)2.Heavy cream dikacau sehingga keras/sebati.

(**)3.Sekarang campurkan teh hijau dengan ½ cawan susu pekat sejuk manis.

(**)4.Kacau heavy cream, campuran teh hijau dan susu pekat sehingga sebati.

(**)5.Masukkan ke dalam bekas. Kemudian bekukan sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman.


JOM BUAT AISKRIM MANGGA INI. GUNA 3 BAHAN SAHAJA!

Bahan-bahan

Aiskrim

(**)1 cawan santan/santan kotak
(**)3 cawan mangga organik yang frozen punya
(**)3 sudu besar madu

Sos raspberi – ini pilihan

(**)1/3 cawan raspberi
(**)3 sudu besar madu, pilihan sirap maple tulen
(**)1 sudu teh chia seed

Cara membuat:

(**)Campurkan santan, mangga dan madu ke dalam mesin pengisar makanan, Kisar sehingga kesemua tekstur adun sebati dan lembut.

(**)Sendukkan ais krim ke dalam mangkuk. Atau anda boleh bekukan semalaman.

(**)Sos raspberi – Bahan-bahan untuk sos raspberi dimasukkan ke dalam mesin pengisar makanan.

(**)Petua: Jika menggunakan mesin pengisar dengan kelajuan tinggi, gunakan tamper supaya hasilnya lebih creamy.


RESEPI FROZEN YOGURT STRAWBERRY YANG SIHAT & MUDAH. HANYA 5 MINIT JEE


Bahan-bahan :-

(**)4 cawan strawberi beku
(**)3 sudu besar agave nectar atau madu
(**)1/2 cawan yogurt biasa
(**)1 sudu makan jus lemon segar

Cara membuat:-

(**)Tambahkan strawberi beku, agave nectar ataupun madu, yogurt dan jus lemon ke dalam mesin pengisar makanan. kisar sehingga kesemuanya berkrim, kira-kira 5 minit.

(**)Hidangkan frozen yogurt segar ataupun letak ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk sehingga 1 bulan.


RESEPI SANDWHIC BISKUT M&M BERINTI AISKRIM


Bahan-bahan:

(**)1 cawan penuh gula perang
(**)1/2 cawan gula biasa
(**)10 sudu besar mentega, cair dan disejukkan
(**)2 biji telur
(**)1 sudu besar vanila
(**)2 cawan tepung
(**)3/4 sudu teh baking soda
(**)1/2 sudu teh garam
(**)1 cawan M&M
(**)Aiskrim pelbagai perisa, ikut suka anda
(**)Candy ataupun coklat untuk ditabur

Cara membuatnya:

(**)1. Laraskan rak ketuhar kepada kedudukan tengah (sama ada di atas atau bawah). Panaskan ketuhar kepada 350°F. Diletakkan dengan kertas minyak.

(**)2. Dalam mangkuk besar, gaul gula merah dan gula biasa. Pukul mentega cair sehingga sebati. Tambah telur dan vanila, pukul sehingga sebati.

(**)3. Tambah tepung, baking soda dan garam. Dengan menggunakan spatula getah, adun kesemuanya, masukkan M&M ke dalamnya.

(**)4. Drop 2 sudu besar adunan biskut 2 inci di atas kertas minyak. Bakar kira-kira 15 minit.

(**)5. Untuk membuat sandwhic biskut, letakkan aiskrim antara dua kepingan biskut. Taburkan segala candy atau coklat yang anda suka.


RESEPI CHICKEN CHEEZY BALLS


Bahan-bahan:

(**)500g Ayam/Daging Kisar
(**)200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan)
(**)300g Breadscrumb (Serbuk Roti)
(**)400g Tepung Ubi
(**)3 Biji Kentang
(**)1 Biji Telur (Putih Sahaja)
(**)Sedikit garam
(**)Sedikit serbuk lada hitam

Cara membuat:

(**)Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur.
(**)Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama ayam/daging kisar.
(**)Campurkan tepung ubi secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.
(**)Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong.
(**)Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese (Lagi banyak cheese lagi sedap). Tutup dan bentukkan kembali kepada bulat.
(**)Pecahkan telur (Putih Sahaja) dan pukul sehingga kembang.
(**)Sediakan sepinggan breadscrumb (Serbuk Roti)
(**)Celup bebola tadi di dalam telur.
(**)Golek-golekkan bebola atas breadscrumb pula. Golek sehingga serbuk roti kena pada semua tempat.
(**)Goreng Chicken Cheezy Balls anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus.


RESEPI MANISAN NOUGAT


Bahan-Bahan:-

(**)Loyang Besi
(**)Mesin Pemukul Elektrik
(**)Semburan Anti-Lekat (Pan Spray)
(**)Berus Pastri
(**)Foil Aluminium
(**)2 Biji Putih Telur
(**)Kekacang & Buah-Buahan Campuran Kering Pilihan Anda
(**)2 1/2 Cawan Gula
(**)1 1/3 Cawan Air
(**)1 Camca Teh Estrak Vanila
(**)500gm Sirap Glukosa (Cairkan)


Cara-Cara:-

(**)Panaskan periuk pada api serdehana.

(**)Masukkan gula, air dan sirap glukosa. Kacau rata.

(**)Biarkan ia merenih sehingga menggelegak. Untuk elak gula mengeras dan hangus, sapu air menggunakan berus pastri di sekeliling periuk berdekatan permukaan campuran yang sedang mendidih.

(**)Apabila campuran gula sudah cair dengan sempurna, kuatkan sedikit api beberapa ketika sebelum menurunkannya semula pada kadar serdehana apabila campuran mula berbuih.

(**)Jika ada termometer memasak, ukur suhu kepanasan dalam periuk sehingga mencapai 220 °C atau 240 °F sebelum mematikan api.

(**)Sementara menunggu, pukul putih telur menggunakan mesin pemukul elektrik sehingga menjadi ringan.

(**)Rendam periuk yang mengandungi campuran gula tadi dalam air sejuk sebentar untuk memberhentikan proses memasak.

(**)Sambil mesin memukul telur, masukkan sedikit demi sedikit campuran gula ke dalam mesin pemukul.

(**)Masukkan 1 camca teh estrak Vanila ke dalam campuran. Pukul sehingga semuanya sebati dan ringan.

(**)Setelah itu, masukkan kekacang (bakar sedikit) dan buah-buahan campuran kering pilihan anda. Adun sebati.

(**)Tuang campuran ke dalam loyang yang telah siap dialas dengan foil aluminum dan disembur dengan semburan anti-lekat (pan spray).

(**)Lakukan dengan cepat kerana dikhuatiri campuran akan mengeras.

(**)Ratakan dan tindih dengan sesuatu yang berat agar permukaan Nougat rata apabila telah mengeras nanti.

(**)Potong menggunakan pisau yang tajam untuk dapatkan hasil potongan Nougat cantik dan rapi.

(**)Hidang sebagai manisan untuk majlis keramaian mahupun untuk menu minum petang.


Resepi Pai Peanut Butter & Jelly


Bahan-Bahan:

(**)1 paket cream cheese (8 auns), dilembutkan
(**)1/2 cawan gula aising
(**)1/3 cawan mentega kacang
(**)Biskut Digestive, dihancurkan
(**)1/2 cawan perasa strawberi
(**)2 cawan krim putar
(**)Kerak Pai (boleh dibeli di kedai pastri mahupun pasaraya terkemuka di bahagian makanan sejuk beku)

Cara:

(**)Dalam mangkuk besar, pukul cream cheese, gula dan mentega kacang sehingga sebati dan ringan.
(**)Senduk campuran yang telah dipukul tadi ke dalam kerak pai segera yang dibeli dari kedai pastri.
(**)Curahkan perasa strawberri diatas campuran cream cheese sebelum anda lapiskannya dengan krim putar.
(**)Tutup dengan platik makanan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. *Hidangan ini cukup untuk 8 orang


RESEPI RINGKAS TELUR BUNGKUS YANG SEDAP


Bahan-bahan:

(**)2 keping isi ayam dipotong kecil
(**)1/2 biji bawang holland dicincang halus
(**)1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
(**)1/2 batang daun saderi didadu kecil
(**)1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
(**)1 biji cili merah
(**)2 sudu sos tomato
(**)2 sudu sos cili
(**)1 sudu sos tiram
(**)Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
(**)Secubit garam jika perlu
(**)Minyak untuk menumis
(**)2 biji telur ayam

Cara membuat:

(**)Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu.
(**)Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak.
(**)Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata.
(**)Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
(**)Taburkan secubit garam jika perlu.
(**)Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
(**)Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
(**)Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.
(**)Letakkan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut.
(**)Biarkan telur garing seketika dan bolehlah diterbalikkan ke dalam pinggan.


Resepi Oreo Goreng


Bahan:

(**)Minyak Untuk Memasak
(**)1 Biji Telur Ayam (saiz besar)
(**)1 cawan Susu
(**)2 camca teh minyak sayuran
(**)1 cawan campuran penkek (boleh dibeli dari kedai)
(**)1 paket OREO berperisa asli

Arahan:

(**)Panaskan minyak mengoreng sehingga benar-benar panas.
(**)Kacau bersama telur, susu, dan 2 camca teh minyak sayuran di dalam mangkuk sehingga sebati.
(**)Kemudian, masukkan tepung penkek dan gaul campuran berkenaan sehingga tiada ketulan yang tersisa.
(**)Celup biskut OREO ke dalam campuran tepung.
(**)Perlahan-lahan masukkan ia ke dalam kuali panas. Pastikan anda hanya menggoreng 4-5 biskut dalam satu-satu masa supaya ia masak dengan sempurna dan tidak melekat sesama sendiri.
(**)Masak sehingga salutan tepung berwarna perang keemasan lebih kurang selama 2 minit.
(**)Angkat dari kuali dan toskan minyak.
(**)Tabur gula aising sebagai hiasan dan penambah perasa.


BACA SURAH AL-IKHLAS 3 kali SELEPAS SETIAP SOLAT FARDU, KITA MENGUBATI DIRI KITA SENDIRI


BACA SURAH AL-IKHLAS 3 kali SELEPAS SETIAP SOLAT FARDU, KITA MENGUBATI DIRI KITA SENDIRI

Assalammualaikum & ‎Bismillahhirohmanirrohiim‬.

[1.] Qul huwa allaahu ahad(un), allaahu alshshamad(u), lam yalid walam yuulad(u), walam yakullahu kufuwan ahad(un).

[2.] Qul huwa allaahu ahad(un), allaahu alshshamad(u), lam yalid walam yuulad(u), walam yakullahu kufuwan ahad(un).

[3.] Qul huwa allaahu ahad(un), allaahu alshshamad(u), lam yalid walam yuulad(u), walam yakullahu kufuwan ahad(un).

##MasyaAllah, jika tdk ada perbedaan di dlm 3 bacaan surah Al-Ikhlas ini berati orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama dgn memperoleh ganjaran/seperti membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

##satu kali baca surah Al-Iklas sma dgn 10 juz,sedangkan membaca tiga kali surah Al-Iklas sma dgn 30 juz jdi ukhti wa akhi tdi sudh baca 3x surah Al-Iklas sma dgn mendapat pahala seperti membaca satu Al-Qur'an,masyaAllah Alhmdulilllah.

●# Sesiapa yangmembaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy).

●# Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3x selepas setiap sholat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah;Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).”
(HR: IbnuMajah r.a.)

●# Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggaldunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia darikesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap merekamelintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikianditerangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

●# Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siangdan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”
(HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.).


Friday 27 May 2016

Resepi Pancake Gandum Hitam Bersama Pisang


Bahan-Bahan:

(**)1/4 cawan Tepung Gandum Hitam
(**)1/4 cawan Tepung Oat (Anda boleh kisar emping oat untuk jadikannya serbuk)
(**)1/2 sudu makan serbuk penaik
(**)1/2 sudu makan soda bikarbonat
(**)1/8 camca teh garam
(**)3 sudu makan yogurt kosong
(**)5 sudu makan susu almond (Boleh juga guna susu perisa lain)
(**)1/2 sudu makan sirap maple
(**)1/2 camca teh ekstrak vanila
(**)1/2 camca teh serbuk kayu manis
(**)1 biji pisang serdehana besar, dihiris
(**)1/2 sudu makan minyak, jika mahu


Arahan:

(**)Panaskan kuali leper anda pada suhu serdehana selama 3-5 minit sementara anda membuat adunan.
(**)Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam bersama. Tambahkan yogurt, susu, sirap maple, ekstrak vanila dan minyak. Gaulkan.
(**)Gaul adunan rata sehingga pekat. Jika anda mahu pancake yang sedikit leper, tambah satu atau dua sudu makan susu. Masukkan hirisan pisang ke dalam adunan.
(**)Titiskan minyak di atas kuali leper yang telah dipanaskan. Biarkan minyak panas seketika.
(**)Curahkan aduanan pancake perlahan-lahan menggunakan senduk. Curah mengikut kebesaran pancake yang anda mahu.
(**)Masak selama dua minit untuk setiap bahagian.
(**)Makan ketika pancake masih hangat. Sebagai penambah rasa, anda boleh nikmati pancake bersama sirap maple, butiran coklat cip, kekacang dan hirisan pisang.


Resepi Tteokbokki


Bahan-Bahan:

(**)Beberapa butir ikan bilis bersaiz besar (rencah kuah)
(**)Rumpai Laut Kering (rencah kuah)
(**)Kek Beras (boleh beli di pasaraya AEON)
(**)Daun Bawang (hiasan)
(**)Pes Cili jenis “Sunchang Gochujang” (secukup rasa)
(**)2 biji Telur (yang telah direbus)
(**)Gula (secukup rasa)
(**)Bijan (hiasan)
(**)Serbuk Cili (Chili flakes)
(**)Aneka bebola/kek ikan

Cara-Cara:

(**)Reneh air dalam periuk. Sambil itu, kupas dan bersihkan ikan bilis anda untuk dijadikan perencah enak pada kuah Tteokbokki anda.
(**)Setelah air renehan cukup panas, masukkan ikan bilis serta rumpai laut kering ke dalam periuk.
(**)Biarkan kesemua perasa itu bergabung dalam air renehan untuk 10 hingga 15 minit.
(**)Sementara menunggu, anda boleh mula potong kek beras kepada beberapa bahagian. Jangan terlalu panjang dan jangan pula terlalu pendek. Jangan lupa untuk hiris daun bawang sebagai penambah seri kepada masakan Tteokbokki ini.
(**)Buat campuran pes dalam mangkuk kecil yang terdiri daripada 1 setengah cawan pes cili, satu sudu makan emping cili (chili flakes) dan satu sudu makan gula. Gaul sebati.
(**)Okay, jika anda rasa air renehan tadi sudah cukup sempurna, alihkan ikan bilis dan rumpai laut yang anda renehkan tadi daripada periuk. Selepas itu, baru anda mula masukkan kek beras berserta campuran pes cili yang anda telah gaulkan tadi.
(**)Setelah beberapa ketika, masukkan pula hirisan daun bawang, telur dan bebola/kek ikan pilihan anda.
(**)Biarkan ia masak sehingga kuah mula memekat.
(**)Kacau secara perlahan supaya konsistensi sajian tidak rosak.
J(**)angan lupa taburkan bijan!


RESEPI MAC & CHEESE RANGUP BERKRIM


Bahan:

(**)1 paun makaroni jenis “elbow”
(**)1 paun (4 cawan) keju jenis “sharp cheddar” (diparut)
(**)2 sudu besar tepung serbaguna.
(**)1/4 camca teh serbuk biji sawi (ground mustard)
(**)Garam dan lada secukup rasa
(**)2 cawan susu lemak rendah *jika nak rasa berkrim, boleh guna susu “whole milk”
(**)1 1/2 sudu besar butter

Arahan:

(**)Panaskan ketuhar dengan suhu 375ºF. Sembur atau griskan bekas kaserol mahupun dulang pembakar bersaiz 9 x 13 supaya hidangan Mac & Cheese tidak melekat kemudian.
(**)Rebus makaroni pilihan anda mengikut arahan pada plastik bungkusan.
(**)Sementara menunggu makaroni masak, anda boleh gabungkan bersama 2 1/2 cawan keju serta bahan kering lain (tepung, serbuk biji sawi, garam dan lada).
(**)Gaulkan kesemua ramuan itu agar mesra bersama.
(**)Alih dan toskan makaroni anda yang telah masak dengan lembut. Kemudian, masukkan ia ke dalam bekas kaserol atau dulang pembakar yang telah digris awal tadi. Jangan lupa tuangkan campuran keju yang siap digaul mesra.
(**)Dalam masa yang sama, tuang susu ke atas makaroni, lantas taburkan lebihan keju parut di atasnya untuk hasilkan kerak rangup.
(**)Bakar selama 45 minit sehingga ia bertukar warna keemasan. Guna pisau untuk cucuk dan periksa jika Mac & Cheese anda telah benar-benar kental.
(**)Apabila siap, keluarkan ia dari ketuhar dan biar ia sejuk selama 10 minit sebelum dihidang.


(**)Tip bonus! Nak lagi best? Anda juga boleh taburkan kerak roti atau bread crumbs sekali bersama lebihan keju sebelum membakar. Lagi rangup, lagi sedap!


RESEPI SUP LABU ALA BARAT UNTUK SARAPAN SIHAT


Bahan-bahan:

(**)1 Kg labu yang masak
(**)190 ml Krim memasak (cooking cream)
(**)Minyak masak (virgin olive oil)
(**)2 labu bawang besar (hiris)
(**)1 kiub pati ayam dicairkan di dalam 1500ml air panas
(**)Serbuk lada hitam

Cara membuatnya:

(**)1. Panaskan 4 sudu besar minyak dalam periuk dan tumis bawang sehingga lembut. Jangan sampai bertukar warna ya, kalau tidak nanti warna sup anda akan berubah.

(**)2. Masukkan labu yang telah dipotong kecil. Masak selama 8-10 minit sehingga warna menjadi kuning keemasan dan sedikit lembut.

(**)3. Tuangkan larutan kiub ayam dan biarkan mendidih. Kemudian reneh sup tersebut selama 10 minit.

(**)4. Masukkan krim memasak dan biarkan mendidih. Tutup api dan masukkan garam dan sedikit serbuk lada hitam mengikut cita rasa anda.

(**)5. Blend sup tersebut sehingga sebati. Nota – Jika gunakan hand blender, anda boleh terus blender dalam periuk, tapi jika tidak ada, anda boleh guna blender yang biasa cuma harus tunggu sehigga sup sejuk sedikit.

(**)6. Sedia dihidangkan begitu sahaja atau disertakan bersama roti bakar untuk sarapan. Elok dimakan ketika panas dan ianya boleh disimpan lama dalam peti sejuk.


RESEPI KERABU SOTONG


Bahan-bahan :

(**)3 ekor sotong bersaiz besar – direbus dan dipotong
(**)2 biji tomato – dihiris dadu
(**)1 biji bawang besar – dipotong kecil
(**)1 batang kacang panjang – dipotong kecil
(**)1 genggam kacang tanah – digoreng tanpa minyak
(**)2 biji buah mangga – dipotong nipis
(**)2 biji lada besar – dihiris halus
(**)10 biji lada kecil – dihiris halus
(**)3 biji limau nipis/kasturi – ambil airnya
(**)Garam secukup rasa
(**)Gula secukup rasa
(**)Daun ketumbar sebagai hiasan

Cara membuatnya :

(**)Gaulkan kesemua bahan di dalam bekas.
(**)Taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.


Resepi Sardin Kasturi


Bahan:

(**)1 Tin Sardin
(**)1-2 Biji Bawang Besar (dihiris bulat-bulat)
(**)Cili Api (secukup rasa)
(**)8-10 Biji Limau Kasturi
(**)Kicap lemak manis

Arahan:

(**)Goreng bawang dan cili sehingga naik bau.
(**)Tuangkan sardin berserta sos tomatonya sekali.
(**)Perahkan limau untuk dapatkan jus asamnya.
(**)Jika anda suka, anda boleh hancurkan sedikit isi ikan sardin.
(**)Taburkan garam sesedap rasa. Curahkan sedikit kicap lemak manis.
(**)Jika anda mahukan lebih sensasi rasa masam, boleh campurkan beberapa potong tomato.


(**)Nota: Limau kasturi digunakan untuk mengurangkan hanyir ikan sardin tersebut. Jika dapat menikmati masakan sardin asas ini dengan telur dadar memang menjilat jari habis!


Resepi Salad Mangga


Bahan-bahan:

(**)Sebiji mangga manis, dipotong dadu
(**)10 biji tomato ceri, dipotong dadu
(**)Sebiji bawang merah, dicincang
(**)Sebiji limau nipis, diambil jusnya / boleh gantikan dengan lemon
(**)Sesudu besar daun ketumbar segar, dicincang
(**)Sepotong nenas, dipotong dadu
(**)Dua sudu besar kacang gajus
(**)Sebiji cili padi (ikut cita rasa masing-masing)
(**)Garam secukup rasa

Cara sediakannya:

(**)Tuang jus limau nipis dalam mangkuk.
(**)Campur semua bahan dan tomato yang dipotong dadu, kemudian gaulkan sebati.
(**)Tambah garam secukup rasa, daun ketumbar cincang, kacang gajus dan cili padi.


Resepi Laici Kang


Bahan-bahan

(**)Air gula atau air sirap
(**)Sedikit agar-agar berwarna
(**)Barli yang telah direbus
(**)Buah kabung
(**)Buah laici ( dalam tin)
(**)Sedikit isi cendol
(**)Cincau
(**)1 sudu besar katirah ( direndam selama 4 jam)
(**)2 sudu besar biji selasih ( direndam selama 5 minit)
(**)5 ke 6 biji buah kembang semangkuk ( direndam selama 5 jam)


(**)Cara membuatnya amat mudah sekali. Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan kesemua bahan diatas. Laici Kang anda siap untuk dihidangkan dan diminum.


Resepi Takoyaki


1. Bahan acuan:-

(**)1 cawan tepung gandum
(**)1 1/2 Tbsp tepung jagung
(**)2 biji telur saiz A (120g)
(**)2 cawan air
(**)1 tsp serbuk stok ayam
(**)3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

Cara menyediakan adunan:-

(**)Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk yang besar. Kacau dan sebatikan dengan pukul sampai semua larut, tiada gumpalan tepung. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam. Sediakan bahan inti.

2. Bahan Inti:-

(**)Octopus / sotong / udang / ketam segera / sosej (pelbagai variasi)
(**)Daun bawang – hiris nipis
(**)Kobis bulat yang dicincang/disagat

Cara memasak:-

(**)Panaskan acuan takoyaki dan sapu minyak masak di setiap lubang. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh. Letakkan inti di setiap lubang. Taburkan daun bawang dan kobis. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.

(**)Pusingkan bebola takoyaki sampai dapat bentuk bebola. Drizzle dari semasa ke semasa minyak masak dicelah-celah acuan. Teruskan sampai nampak garing. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan. Sedia dimakan bersama bahan hiasan atas.

3. Bahan hiasan atas:-

(**)Sos takoyaki
(**)Mayonis Japanese
(**)Ao-nori (serbuk rumpai laut)
(**)Katsuobushi/bonito flake (kepingan ikan)

Cara hias:-

(**)Letak sos takoyaki dan mayonis. Tabur serbuk rumpai laut dan bonito flakes/ katsuobushi.

4. Bahan untuk sos takoyaki:-

(**)1 cawan sos tomato
(**)3/4 cawan kicap cair
(**)1/4 cawan air asam jawa
(**)2 cm halia – tumbuk halus
(**)1 ulas bawang putih – tumbuk halus
(**)1/2 cawan gula

Cara menyediakan sos:-

(**)Campur kesemua bahan dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki. Sejukkan sos, tapis ke dalam botol sos (botol sos yang biasa orang jual burger guna tu) – guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia.