Wednesday, 25 May 2016
Filled Under:
resepi masakan
Resepi Daging Masak Kicap Pedas
Posted By:
Unknown
on 11:32
Bahan-Bahan: 5-6 orang
(**)400 gm daging batang pinang – dihiris nipis, dibersihkan.
(**)1/4 cawan kicap manis
(**)1 keping asam gelugur
(**)1 labu bawang besar – hiris bulat gelang
(**)1 biji cili hijau – belah 4
(**)1 biji cili merah – belah 4
(**)1 1/2 – 2 sb. gula
(**)1/3 cawan air
(**)garam secukup rasa
(**)sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk dan Tumis –
(**)2 sb cili kering kisar
(**)3 biji bawang merah – ditumbuk
(**)2 ulas bawang putih – ditumbuk
(**)1 inci halia – ditumbuk
(**)1 sk jintan manis – ditumbuk
(**)1/2 sk jintan putih – ditumbuk
(**)1 batang serai – diketuk
(**)1 batang kulit kayu manis
(**)1 kuntum bunga lawang
(**)2 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:
(**)1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai.
(**)2. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
(**)3. Tambahkan kicap dan gaul rata. Masukkan sedikit air dulu, biar daging mesra dengan kicap.
(**)4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi. Tambahkan pula garam dan gula secukup rasa.
(**)5. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau. Kacau hingga layu sekejap dan angkat. Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment