Sunday 8 May 2016

Filled Under:

3 Cara Mudah Halau Nyamuk.


Cara Mudah Halau Nyamuk,Bila tiba musim hujan pasti banyak nyamuk yang keluar dari sarang! Kekadang saiz nyamuk bukan main besar, ngeri juga dibuatnya. Dan, jika nyamuk tidak dihalau, mungkin ia juga boleh membawa denggi.

Jom kita lihat 3 cara mudah untuk halau nyamuk yang sering bermaharaja lela di kawasan rumah kita atau di kawasan taman mini di ruang depan rumah.

3 Cara Mudah Halau Nyamuk

1. Ambil cengkih dan limau nipis. Kemudian cucukkan cengkih pada limau nipis. Letakkan di tempat yang banyak nyamuk seperti di bawah meja, di dalam bilik dan di kawasan yang gelap. Pasti kita boleh tidur lena selepas ini kerana nyamuk sudahpun kena halau. Hihi...

2. Pasang lampu mentol kuning di bilik atau kawasan yang tersorok. Seeloknya, mula memasang lampu apabila lewat petang dan malam. Lampu berwarna kuning dan jingga mampu menghalau nyamuk daripada menghampiri kawasan sekitarnya. Lampu berkenaan tidak akan menarik serangga lain yang sukakan kawasan gelap dan tersorok.

3. Yang ketiga lagi mudah. Guna minyak cap kapak. Guna cebisan kain yang dikoyak panjang dalam 1 kaki atau kurang. Titiskan minyak kayu putih atau minyak cap kapak ( sebab ada eucalyptus ) pada kain tersebut. Gantungkan di ruang atau bilik yang tak mahu nyamuk datang. Bila nak tidur, letak lagi minyak cap kapak tadi agar kesegaran baunya berpanjangan.






0 comments:

Post a Comment