Thursday, 26 May 2016
Filled Under:
resepi masakan
Resepi Putu Mayam
Posted By:
Unknown
on 11:48
Bahan-bahan
(**)300g Tepung Beras
(**)600-700 ml Air Panas
(**)Garam secukup rasa.
(**)2 helai daun pandan
(**)Pewarna jika suka
(**)Alat atau acuan muruku (yang berlubang paling halus).
Cara-cara
(**)Masukan tepung beras dalam periuk dan gorengkan sedikit. AWAS jangan sampai perang, just panaskan sikit jer.
(**)Didihkan air dan masukkan garam supaya larut.
(**)Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh lembut dan tak melekat di periuk/mangkok adunan. Kalau nak boh kaler pandailah adjust yer
(**)Kalau tangan tu tahan panas boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan kalau tak tahan gunalah senduk kayu apabila dah sedikit warm bentukkan doh kepada 4 bahagian.
(**)Panaskan air dalam bekas kukus bersama daun pandan.
(**)Lapikkan kain putih sebagai pelapis pada bekas pengukus, kalau ada daun pisang pon ok kot.
(**)Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau tekan mengikut saiz yang disukai.
(**)Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terburai apabila masak.
(**)Kukus 5-10 minit.
(**)Hidangkan dengan kelapa parut dan Gula perang.
(**)Nota:- Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan air blend daun pandan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment