Bahan-Bahan:
(**)4 biji telur gred A
(**)1/2 cawan susu segar
(**)1/4 cawan cincangan sosej
(**)1 biji tomato – cincang
(**)2 sudu makan parutan keju mozarella
(**)1 sudu makan cincangan daun basil
(**)Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
(**)Mentega secukupnya
Cara Memasak:
(**)1. Dalam satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar hingga sedikit kembang (jangan pukul berlebihan)
(**)2. Masukkan cincangan tomato, soswj, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
(**)3. Sediakan loyang atau bekas pembakar yang telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.
(**)4. Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut. Tabur cincangan daun basil dan parutan keju.
(**)5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190c-200c selama 15-20 minit atau hingga telur masak. Angkat dan sedia dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment