Thursday 26 May 2016

Filled Under:

Resepi Kuih Kura Kura


Bahan-bahan

(**)Untuk Kulit
(**)3 cawan tepung pulut
(**)1 cawan tepung gandum
(**)1 sudu teh garam
(**)500ml air
(**)10 sudu makan minyak masak
(**)Sedikit pewarna merah
(**)Daun pisang sebagai alas. (boleh dipotong bentuk segiempat atau bentuk bulat)


Untuk Inti

(**)2 cawan kacang dhal (rendam lebih kurang 3 jam. Kemudian rebus hingga empuk. Selepas ia empuk, hancurkan menggunakan pengisar tangan)
(**)1/2 cawan gula
(**)1 sudu teh garam
(**)2 sudu makan minyak masak

Cara-cara

(**)Gaulkan kacang dhal yang telah dihancurkan bersama gula, garam dan minyak masak hingga sebati.

(**)Ketepikan seketika sebelum digunakan.

(**)Adun tepung bersama semua bahan untuk kulit tadi hingga sebati hingga boleh dibentukkan seperti bebola.

(**)Bentukkan sebesar bola ping pong. Masukkan inti kacang dhal.

(**)Tekapkan bebola adunan berisi inti tadi dalam acuan berbentuk kura-kura.

(**)Letakkan atas daun pisang tadi.

(**)Masak dalam pengukus selama 10 - 15 minit (pastikan pengukus telah dipanaskan sebelum memasukkan kuih tadi)

(**)Setelah masak, sedia untuk dihidangkan.




0 comments:

Post a Comment