Wednesday 25 May 2016

Filled Under:

Resepi Murtabak Maggie Mini


Bahan-bahan:

(**)5 peket maggie – direbus mee sahaja
(**)2 biji bawang merah
(**)3 ulas bawang putih
(**)4 biji telur
(**)1 batang lobak
(**)Dada ayam yang telah dipotong dan bebola ayam secukupnya
(**)3 sudu besar tepung jagung
(**)5 peket serbuk perisa maggi
(**)Sedikit daun sup dan bawang

Cara-cara membuat:

(**)1.Bersihkan dada ayam serta bebola ayam dan potong ke semuanya menjadi ketulan kecil kemudian Kupas semua bawang serta racik sehingga halus.Selepas itu , bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil .
(**)2.Bersihkan daun bawang dan daun sup serta diracik halus juga .
(**)3.Rebus mee maggi sampai kembang dan tos kemudian ketepikan dulu.Lepastu,panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sampai menjadi layu dan wangi
(**)4.kemudian terus masukkan isi ayam serta dikacau , masukkan bebola ayam , carrot , daun sup/bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak .
(**)5.Masukkan sepeket serbuk perisa maggi kemudian kacau sampai sebati.
(**)6.Masukkan semua mee maggi dan tepung jagung , kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni .
(**)7.Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau lagi kesemua bahan supaya menjadi mesra dan rata .
(**)8.Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat antara satu sama lain.
(**)9.Akhir sekali, panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ini sehingga masak .
(**)10.Angkat dan tos serta boleh dihidangkan .




0 comments:

Post a Comment